Jumaat, 26 Julai 2013


tengah menstrugglekan diri siapkan research eaw (english for academic writing). isnin depan kena hantar. presentation hari rabu dann SELAMAT HARI RAYA. lepas raya on 14th final exam dan selamat bercuti sampai september.

tapi, kerja takkan siap sendiri kalau ko tak start buat sanad. maka jomlah kita.

dah hampir 10 malam terakhir. jom maximize kan amal ibadat :)

Selasa, 23 Julai 2013

YongSeo ;



tapi macam yang paulo coelho cakap, The best future is based on the forgotten past.

memang bukan senang nak bagi kemaafan tapi sebenarnya kemaafan tu bukan orang tu je yang perlukan, sebab selagi kita tak memaafkan, selagi kita berdendam, sakit tu ada kat hati kita jugak.

as for me, aku sebenarnya bukan suka sangat pun nak ingat masa lalu yang sakit sakit tu. aku just taknak orang tu lupa apa depa buat. but takde pulak aku sampai hati nak ingatkan depa pun. lumrahlah kita taknak orang lupa bila diorang dah sakitkan kita kan. tapi kenyataannya, bila kita buat salah dengan orang kita nak orang maafkan & nak cecepat lupakan kan? so apa point kita nak ingat suma yang sakit tu sorang sorang bila orang yang kita kononnya nak biar terseksa dengan perasaan bersalah tu entah ingat entah tak kan?

so tutup je la buku, tinggalkan & lupakan je yang sakit sakit dan orang orang nya di belakang. rasa sakit memang susah nak hilang tapi tu suma atas pilihan kita. kita yang pilih nak move on ke tak.

salah orang tu, tu antara dia dengan Allah. jangan risau sebab Allah akan bagi sama rata.

cumanya, jangan lah jadi bodoh biarkan diri disakitkan orang sama ulang ulang kali.

(:

terfikir nak tulis ni sebab terbaca dalam qur'an banyak ada sebut pasal memaafkan. tengok betapa pentingnya untuk kita maafkan orang. memanglah susah, tapi benda yang baik walaupun susah dah tentu tentu la bila kita buat baik untuk kita kan.

reminder untuk diri sendiri jugak. kadang kadang tak sengaja judge orang based on the past. 

maafkan, dan lupakan. sebab thats the truest meaning of forgiveness :)

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (An Nuur, 24:22)
 "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (As-Shura 42:43)
"... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (At Taghaabun, 64:14)
 ” Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. .” (QS. Al A’raaf [7] ; 199)
Sabda Rasullulah, “Tidaklah Allah memberi tambahan kepada seseorang hamba yang suka memberi maaf melainkan kemuliaan.” (HR: Muslim)


*yongseo (용서) = forgiveness

Selasa, 9 Julai 2013


mardhiah, hilmi and I.

20 ke 19 tahun yang lalu. bila tengok gambar zaman kecik terfikir, apalah agaknya yang bermain dalam fikiran masatu eh? apa lah agaknya my biggest concern at that time?

fatimah & alif la mawjud lagi masani. kitorang tiga je lah yang ada. ummi hantar rumah pengasuh. cik ijah nama dia. takde anak. kat rumah dia banyak kucing and teddy bears. weekend kitorang selalu dipujuk tidur rumah dia. mardhiah jarang nak ikut. hilmi dengan aku je. aku sebab tak reti nak tolak cakap taknak. kesian kat cik ijah. husband dia kerja shift kekadang malam sorang sorang. padahal dalam hati homesick jugak. nampak tak dari kecik baik hati tak pandai say no. eh *lempang*. dulu ummi abah macam kagum hilmi nak follow tidur umah cik ijah. padahal masatu umur dia baru 2-3 tahun, still manja manja anak omak lagi. dah besar ni baru la boleh tengok. hilmi walau manja kededek pun dulu sekarang memang boleh campak memana and mardhiah sampai sekarang memang tak suka spend masa kat rumah orang. haha.

rindu masa kita besfriends dulu. cakap kite-kite. i wonder bila titiba jadi aku-kau. 

banyak benda yang aku rindu zaman kecik tapi yang paling rindu mestilah abah.

:)