Isnin, 17 Disember 2012


gambar ni bebetul setahun lepas. masatu abah lagi 6 bulan nak pencen. dia ada kursus kat KL and stayed at berjaya hotel. sebab bilik abah besar, ada dua bilik lagi kat dalam, abah ajak aku & hilmi lepak sana on d weekend. mestilah seronok kan spend the night kat tengah-tengah kl. boleh jalan-jalan kt times square suma. but i remember we didnt spend the night there dengan alasan busy & ada kerja. just datang lunch dengan abah & jalan-jalan je. bila ingat balik, macam menyesal sangat. sebab lepasni mungkin dah takde dah nak spend masa dengan abah kat luar.

masatu excited & tak sabar nak tunggu abah pencen. manalah nak tau kan abah jatuh sakit as soon as he retired. tapi takpe, ni suma kehendak Allah. kenelah redha.

ingat lagi masatu sebab tengah excited nak pencen, banyak la borak pasal apa nak buat lepas pencen, nak tinggal kat mana apa suma. nak pergi situ sini beli itu ini. kira-kira harta benda (walaupun tak berapa minat benda-benda camni). ingat lagi satu ayat abah, 

"abah punya duit suma ni nanti bukan untuk sapa-sapa jugak, untuk awak suma. bukan untuk abah pun."

masatu i rembember bergenang air mata.

sekarang ummi pun mungkin kena pencen awal. rayuan pertukaran lulus, tapi ke terengganu. macam mana nak ulang alik dari trengganu ke kb kan. susah. in fact, even if ummi dapat tukar ke kelantan pun belum tentu dapat mengajar balik macam biasa. aku rasa pence je lah is the best option.

lepasni, economically mungkin kami akan susah sikit. pencen umi tak banyak sangat pun, nak bayar rumah lagi. tapi aku rasa ada duit, tapi hati susah pun buat apa kan. rezeki Allah ada kat mana-mana. aku cakap kat umi, takpe, anak-anak pun dah besar. lepasni kami kerja kami boleh support kite suma (walaupun aku macam jauh lagi je kan nak ke penghujung jalan dunia belajar ni :p)

well, things happened. and they happen for a reason. 

mengeluh, bersedih tak boleh nak membantu pun. kena pandang ke depan, & cari solutions untuk suma masalah. fikir benda-benda best. walaupun situation macam takde harapan je.

things will get better.

believe in Allah and His plans. He knows better (:


ps: dari haritu nak cerita macam mana abah boleh titiba sakit. since aku ada dengan abah from the start, nak tulis macam sedikit memeritkan sebab kena ingat balik those painful memories. but i'll try to cerita later. 




Jumaat, 14 Disember 2012


i miss these two babies. dah empat bulan ummi & abah tinggal kat hospital. abah sakit, ummi jaga abah. diorang berdua tinggal kat rumah ayah ngah kat kota bharu. nasib baik lah dua-dua jenis tak berkerenah. imah duduk asrama on school days. alif je la yang tinggal dengan ayah ngah. kesian alif. i remember when i was 9 years old hampir semua benda masih bergantung kat umi abah. dia dah kena tinggal asing dengan parents.

rasa bersalah sangat. sepatutnya after umi abah, i am the one who is supposed to look after them. tapi aku sendiri tak dapat buat apa-apa. nak balik kota bharu pun kena fikir siap nak ambik hantar kat bus station.

dulu alif pergi mana-mana pun akan beli mainan. walaupun dah janji taknak beli tetap umi abah belikan jugak. tapi sejak abah sakit, dapat ikut pergi pasaraya pun dah heaven dah untuk dia. and dia tak mintak beli pun. tengok je pun takpe. tapi Alhamdulillah ayah ngah n mak ha takde complain pasal dia. senang nak jaga. lega jugak la dengar. pernah sekali alif kena keracunan makanan, muntah muntah teruk. pucat kuning muka dia. masatu kakak sedara cakap nak bagitau umi pun serba salah. abah memang takkan lah kitorang bagitau berita sedih-sedih ni. imah call umi bagitau. masatu alif marah dia sebab bagitau. dia taknak umi tau. taknak umi risau kot. and awal-awal cuti sekolah tu, mak ha ada cakap kat alif, nanti dia nak pergi KL cuti sekolah jaga cucu-cucu. dia gurau cakap nanti alif kena tinggal dengan tok ayah kat gua musang la kejap. dia cakap, tak boleh nanti susah dia nak pergi tengok abah. rasa nak menitik je air mata dengar masatu.

aku taktau bila semua ni akan berakhir. i hope things will get better. tak cepat lambat pun takpe lah.

i'm sorry adik-adik kakak. tunggu ye kakak habis belajar, nanti kita tinggal sama-sama kat rumah kok lanas. belajar rajin-rajin. jangan susahkan ayah ngah & mok ha.

berikanlah kami kekuatan ya Allah. ameen.


Sabtu, 8 Disember 2012

lepas pre-reg haritu baru perasan tak banyak dah subjek yang tinggal. menandakan perjalanan hidup di iiu ni dah tak lama.

kejap je rasa masa. walaupun sebenarnya dah lama dah kat sini.

im still torn between minoring in islamic revealed knowledge or just go with single major. nak minor irk, just tambah dua subjek but i have to extend my studies to another long sem. & konvo in 2014. lambat lagi. if tak minor boleh lah dapat final semester sem depan. & dapat konvo tahun depan.

nak habis lambat lambat, teringat abah. ikutkan hati nak habis cecepat balik kelantan duduk dengan abah umi. 

tapi sayang pulak tinggal intro to fiqh & usul fiqh je yg belum ambik. & most of friends are graduating in 2014. kalau habis sem depan, possibility konvo sorang sorang sangat besar.

hmm, marilah mentuakan diri di iiu.

Sabtu, 1 Disember 2012

For 1000 Years, Always Be By My Side ;


suka lagu ni. macam sedih.

 miracle. thats what i'm waiting for right now.

there will be a limited version of this PV which will be released only for 3 days from 7-9 disember kat shinee japan fansite http://shinee.jp.





source: