Sabtu, 23 Julai 2011

one night only ;





walaupun ini adalah video band UK. totally bukan k-pop. but a few seconds starting at 1:36 really made my life. soo random and cute!

sebenarnya SHINee and ONO memang ada performed at MTV music video aid japan. SHINee memang dari UK ke jepun after their japan debut reception at abbey road studio, london. kebetulan sama flite.

agak-agak taemin tau tak ex-bf emma watson ada dalam plane yang sama dengan dia masatu? hehe.


ps: ramadhan dah dekat (:

Isnin, 18 Julai 2011

awan sirus ;



tadi nak cari lirik lagu awan nano supaya senang nak sing along kalau kuar lagu tu kat radio ke tv ke. aku suka taip lepastu tengok apa options kat bawah tu sebab options tu menunjukkan apa yang femes kan? ke tak?

baru taip lirik dah keluar apa yang dicari kat options tu. tekejut kejap. memang lagu nanonano ni tengah femes atau lebai google macam tau aku nak cari apa? hehe. pasni nak try cari lirik lagu korea pulak ah. tapi payah la pulak nak kena taip word lyric translation suma la plak kan.

anyhoo. aku tau ini sangat random. jangan belasah.

duduk rumah asyik:

  1. tidur
  2. makan
  3. mengadap lappy

gila pemalas doh. baru-baru balik haritu lagilah. online pun malas. ni je dah rajin sikit. sebab nak download Running Man punya pasal.

w300i dah hilang. taktau mana pergi. tertinggal dalam kereta ofis abah atau ada somewhere kat umah ni atau cicir dalam plane atau kat lcct airport. taktau mana satu. tapi instinct kuat mengatakan ada somewhere dalam rumah ni. sebab jodoh aku dengan dia panjang. hehe (:

so tinggal fon celcom je. sebenarnye takde la masalah sangat pun sebab aku rasa aku ni ada fon ke takde sama jehh. takde kredit, aku reply text orang kat facebook. pastu yang call selalu abah je.

sebab tu impian nak memiliki sony ericsson xperia x10 mini pro tu suam-suam kuku je. lagi-lagi tengah takde duit ni kan.

oooh mungkin raya kat semenanjung. & gombak to be exact. mungkin lah. suma disebabkan seorang makhluk dalam rumah ni. wa tengah panas ati dengan dia tu sebab wa makhluk2 kan je dia. eh tapi makhluk ni of course bukan pakcik hasdi atau acik latifah. yee ko gila aku nak makhluk2 kan bos-bos besar ni? kena penampar kang sia-sia je. haih, baruuu je nak rasa macam mana raya kat kuching. punahhh. cis.

last sekali,

HAPPY HAPPIEST BIRTHDAY SHINee makdoongie Lee Taemin
motif birthday taemin kena ada gambar ondubu sekali? takpe, sebab aku suka gambar ni. and dah godek-godek folder gambar shinee tadi (wahh nak bagitau ko ade gambar shinee 1 folder la ni?) aku rasa macam takde gambar taetae yang best. gambar ondubu banyak hehehe.

aku tengah jeles ni. punyalah dok rumor shinee nak datang malaysia september ni. siap mula-mula showcase pastu tukar jadi shinee world 1st concert pulak, alih-alih aku online balik lepas seminggu tak online kuar poster ni:


tapi dalam hati tu ada lega sikit sebab kalau jadi datang pastu aku takdapat pergi sebab takde duit lagi pilu kan. sebab aku ni pun bukan kategori fan yang sanggup buat apa saja. dah takde duit, ko mampu ke nak sanggup-sanggup apa saja kan? buat cara takde duit!

tapi kalau jadi kat malaysia, rasanya nak lah pergi kot hehehe :p

ada dua je k-pop group yang aku betul-betul seikhlas hati nak jumpa. suju & shinee je. tak salah kann kalau shinee datang nak pergi since suju datang dua kali dah aku takdapat pergi. tak salah kann? *nada zizan*

oklahhh dah merapu sangatt dah ni. mintak penampar dah nii.

wa chiow dulu.

daaa~


ps: to spore shawols & malay shawols & sumalah yang bakal pergi, korang jangan lupa snap gambar & fancam banyak-banyak tau. den disini menunggu. hehe :)

Khamis, 14 Julai 2011

heartstrings ;


kadang-kadang bila kita dah sampai tahap malas nak fikir, dah sampai tahap kita tak kesah dah, kita dah tak rasa nak cakap ayat-ayat macam ni kat siapa-siapa:

"aku dah tak kesah la weh"

"entahlah malas dah nak fikir"

"dah malas nak layan"


kita biar je benda-benda bodoh tu buat semak kat sekililing kita.

sebab kita tau, kita takkan affected at all kalau tak ambik tau.

sebab kita tau, sakitnya hati tu datang sebab kita sebok-sebok mengkaji & ambik tahu benda-benda yang memang tak patut & tak perlu kita tahu.

.
.
.
.


jadi kau tak perlu risau sebab aku takkan buta-buta percayakan mereka. dan aku juga takkan buta-buta terus percayakan kau.

(:

Isnin, 4 Julai 2011

bideng ;



salam.

selamat pagi.

tak boleh tido pulak semalam bangun extra awal pulak tadi.

layan-layan vids konon nak bagi mengantuk tapi hampehh. makin cerah biji mata. seddihh sangat. kemas-kemas gambar dalam lappy then jumpa pic bidin. lama tak tengok dia. so tadi pergi la melawat pet society kat facebook.

bagi makan, mandi, tambah duit & beli pape yang patut. punya ah lama kan tak main pet society sampai tak jumpa kat mana nak pergi shopping. sengal.

bidin ada baju baruuuu. and nu hairstyle. comel kan. eh harusla kena bagi dia pakai SHINee style sekarang. hihihi :p

ok dah ngantuk. bila matahari dah nak terbit pandai pulak mata ni mengantuk kan. dem je.

next update mungkin kat rumah.

bye iiu! jumpa lagi dua bulan.

dan selamat bercuti (:

Ahad, 3 Julai 2011

hot summer hot hot summer ;

salam,

exam dah habisssss.

summer vacation bermula wohoooo. aiceh summer ah sangat kan. alah kira summer ah tu cuti sampai september kannn.

cuti ni takpayah angkut barang balik atau angkut ke dalam stor. boleh tinggal kat bilik jeh. baguss.

isnin ni last day checkout. tapi wa balik kuching lambat lagi. 13julai. lepak rumah gombak dulu. nak joli-joli katak harus lah takde duit kan.

apape pun,

selamat bercutiii ((:

dan selamat menjalani internship buat yang bakal lapor diri isnin ni. goodluck kak jijah :P

tengah tengok Heartstrings. muka aku ni tengok drama bersebab je. ngehngehngeh. nanti kalau rajin wa review ehh.

daa~



ps: drummer tercomel ((:

Photobucket


Jumaat, 1 Julai 2011

yang duludulu, yang semalamsemalam ;

kenapa sedih bila benda dah tak macam yang dulu lagi. kan yang penting sekarang, mereka masih ada. dia masih ada. aku masih ada. kalau boleh aku dah takmau. tapi aku patah balik untuk kamu. cuma apa yang aku bagi dulu dah tak boleh lagi aku bagi sekarang. because its already gone. dan aku dah tak pandai membina yang baru.

biar macam ni je ah.

aku sayang, cuma untuk menunjukkan tu bukan lagi aku.


Jika kau mau, kuterima kau kembali
Dengan sepenuh hati
Aku masih tetap sendiri
Kutahu kau bukan yang dulu lagi
Bak kembang sari sudah terbagi
Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani
Jika kau mau, kuterima kau kembali
Tapi untukku sendiri
Sedang dengan cermin aku enggan berbagi

Penerimaan --Chairil Anwar
Mac 1943