Ahad, 31 Januari 2021

2021 ;

 Salam'alaykum,


Lamanya tak membebel dalam ni. Banyak sangat benda nak di update tapi tak terupdate. 

2020.

2020 dah jadi tahun yang tak dapat dilupakan oleh dunia.

Munculnya Covid19 yang mengubah hidup kita semua. 

Siapa sangka kita akan disekat untuk ke luar negara. Bukan luar negara sahaja, nak ke daerah lain pun ada sekatan perjalanan. 

Siapa sangka kita keluar kemana-mana perlu pakai pelitup muka, hinggakan menjadi kesalahan dan boleh didenda jika berada di tempat public 'bare faced'.

Siapa sangka kita akan bekerja di rumah.

Siapa sangka anak-anak bersekolah terpaksa bersekolah di rumah.

Banyak sebenarnya part yang sedih. Yang hilang keluarga disebabkan Covid19 ni, yang hilang pekerjaan and banyak lagi.

Tapi kita perlu percaya ada hikmah di sebaliknya.

Dan untuk aku, 2020 jugak mengubah hidup aku. Dari hanya seorang isteri, skarang dah jadi mak orang pulak. Tapi tula, ujian anak yang lahir di kala Covid ni, banyak di rumah je la. Macam Bilal, dia dah 9 bulan tapi tak pernah keluar kat tempat public, mall apa semua tak pernah jejak. Sedih memang sedih tapi siapa kita untuk menidakkan takdir Allah kan. InsyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik untuk anak-anak kita nanti. Amin.

Sekarang dah 2021. Like many others said, tak terasa berlalunya 2020. Seolah kehidupan terhenti di bulan Mac. Tiba-tiba dah hujung tahun. And tahun ni pun kita dah mulakan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang sekelip mata dah habis Januari.

Tarikh hari ni, genap 2 tahun aku berkhidmat di sekolah baru. Covid punya pasal tak terasa macam dah lama. Rasa baru je lagi. Lagi terasa macam baru bila kena mengajar online sekarang. Ni dugaan cecikgu pulak. PDPR. Tahun lepas people werent expecting much sebab semua masih terkejut dan adapting. Tahun ni dah takde alasan dah. Nak taknak kena ikut arus semasa, kena usaha bagi something kat kekanak ribena. Kesian diorang setahun dah habis macam tu je. Nak nak aku ni mengajar sekolah swasta. Like they said, kena usaha la memberi 'khidmat' yang terbaik. Tak boleh nak fikir gaji yang ciput tu, kena la fikir yuran mahal yang telah dibayar iteww. Ok benda ni aku dah dengar dari kat sekolah lama. Memang dah biasa kena brain washed ayat-ayat gini. Cuma lepas datang sekolah baru ni, tahun ni baru diorang basuh cikgu dengan ayat gini. Mungkin pentadbiran baru.

Anyhoo, doakan aku ya. Moga dapat aku strive and survive teacherhood dan parenthood ni. Oh dan juga marriagehood. haha. Alhamdulillah marriagehood ok je sampai rasa macam dah 10 tahun kahwin. Alhamdulillah. Semoga Allah tarik hati kami untuk lebih dekat dan sentiasa dekat dengan Dia. Ameen.

All the best korang. We can beat this Covid thingy insyaAllah. Yang penting jangan suffer sensorang ok. Cari tempat untuk share okeh.

Bring it on 2021!

Toodles!

Akhir kata nah belanja gambar si dobot.


Bilal bin Omar. 9 months old.