Selasa, 31 Mei 2016

gudbye may ;

lama tak membebel. tapi dah nak tidur ni. saja test sign in blogger kat fon. tempoh hari tak boleh. nanti aku bebel bila dah online dengan hincek lappy keyh. dengan fon payah.

just a quick update. aku sedang berkursus di kala cuti. short escape to cikyani's last weekend. masa yang singkat dengan family. tengah berusaha untuk move on lagi ni.

toodles

Selasa, 3 Mei 2016

last weekend & feelings ;

kok lanas - gombak - melaka - gombak - kok lanas.

shortly planned + unplanned trip. puan latifah gumbira dapat ketemu anak-anaknya.

and i'm happy sebab dapat lupakan realiti kerja sekejap.

tapi tak sempat jumpa sesapa. huhu. tak sempat nak get my dose of dadahgumbira. takpa next cuti.



asalnya sabtu nak hantar imah gi lrt je. dia nak balik melaka. pastu kesian, ok la reramai hantar tbs. tapi umi pesan, bawak berus gigi & baju JUST IN CASE. just in case la sangat. terusss lajak ke melaka. tapi silapnya gerak dah petang. kalau plan awal musti best. 

malamnya after checked in hotel, konon nak pi beli apa yang patut kat the store seblah hotel. umi & madi tak ikut. shoping lelaju kat the store, pastu gi aeon sebab weekend aeon tutup lambat. cari apa patut ingat nak balik hotel da. nak round cuci mata dalam kete kononnye. dah sampai kat tempat parking, imah cakap ala dekat je jonker street jalan kaki. kami berpegang pada kata-kata itu dann.. walkathon dalam sejam di tepi sungai melaka. tapi malam minggu ramai orang so meriah la. kami siap kena kejar anjing. 

kitorang stay kat hotel sentral riverview. dekat dengan kolej imah. dengan uitm bandar melaka suma. haritu walk in je, nasib baik ada bilik available. dapat deluxe room ke apatah namanya. dua twin beds & dia ada macam sofa buleh tido dua orang. cukup la untuk kami 6 orang. harga standard. tapi kalau book awal thru agoda ka trivago dan seangkatan murahla. recommended untuk yang memang nak jenjalan di bandar melaka tapi nak hotel yang selesa tapi tak mahai sangat. breakfast so so je katanya. umi & madi yang gi. tapi melaka banyak hotel kan so takde masalah kot. tapi nak yang standard 3 star yang ok boleh la hotel ni. sebab dekat dengan kolej imah banyak je hotel tapi yang jenih banyak bintang ni takut pulak weols nak main walk in je.

alhamdulillah Allah bagi rehat hari pekerja dengan family. cukup semua ada. tak plan pun. seronok tengok ummi happy. & seronok dapat belanja adik2 yang kecik. walopon tak la diorang dapat shopping sakan pasai kakak depa ni gaji ciput je huhu tapi dapat tengok depa happy pun ok dah. adik beradik aku ni lain sikit kami punya pendiam. we rarely talk. macam aku dengan hilmi, masa borak kami adalah dalam kete. on roadtrips. masatu berjela jela tak benti. imah memang lagi la tak bercakap tapi bila kita start, banyak la mulutnya. madi ikut mood dia. jenis sukar difahami, umi dengan imah je yang dia minat untuk borak-borak. aku ngan dia always at war. tapi kalau mood dia baik, we can talk all night. cuma dia saiko so kekadang aku malas layan. asalkan ko bahagia mek yah. andd alif. dia takde masalah sesuai dengan namanya Alif Farhan (kawan rapat yang gembira), he's everyone bestfriend. suma suka menempel kat dia, dia pun suka menempel kat suma orang. takde masalah life dia. haha. kagum kan dengan parents, macam manala diorang boleh handle setiap orang anak dengan perangai yang berbeza-beza. sayang umie :)

and now, back to work. lemau weh jalan tak renti. poket pon lemau haha. duk dendiam kejap sampai next gaji hujung bulan ni. aeon kb baru bukak pun tak berani nak pi lagi. kikiki. pening kepala menguruskan & memikirkan personal financial. cita-cita ada walaupun tak la besar mana, tapi dengan financial tak stable2 ni, hmm. takpa-takpa, apalah sangat cita-cita aku ni berbanding perancangan Allah. perancangan Allah lebih hebat, lebih best sudah pastinya sebab Dia lagi tau apa yang terbaik untuk aku. aku tak tau pun, hanya mampu merancang. tu pun rancang dalam hati je. tak berani lebih-lebih. insyaAllah semoga Allah permudahkan.

ada kawan khabarkan perkhabaran yang sedih. tak jadi kawen. bila dapat tau memang down. kesian, sedih suma ada. aku tak tau macam mana nak adakan diri dalam kasutnya sebab tak masuk lagi dah rasa sedih tu. mesti malu. dengan alasan yang tak berapa nak relevan. how can you crush someone's feeling just like that bila kau dah yakin kau bersedia untuk pikul tanggungjawab tu. paling sedih, how can your feeling change dalam masa yang singkat tu? letting someone go dengan alasan taknak sakitkan dia. takut nak commit? ok ye la memang ada saying yang cakap when you love someone, let them go. tapi tengok tempat la. kalau ko dah love each other, kenapa nak let go? huhu. sedihh tapi tak dapat nak buat apa untuk dia. i'm so sorry dear.

i'm not afraid of waiting. tapi apa yang scary about masa is, things can change, feelings can change. benda tu paling perit dalam relationship. benda yang aku takleh nak faham sampai sekarang. kadang-kadang dengan kawan rapat gila pun bila dah lama tak contact, tak jumpa, nak ajak jumpa rasa segan. rasa siapalah aku ni. rasa macam mungkin diorang dah tak ada masa untuk aku dan memacam lagila. aku pulak jenis pasrah. tapi dalam hati sedih sebenarnya. tapi aku pun salah, kekadang aku ni yang susah sangat untuk dicontact. lelama kawan pun larik. huhu  

apapun yang terjadi, jaga hati, jaga perasaan. always remember apa yang Allah bagi tu adalah yang terbaik untuk kita. sentiasa bersangka baik dengan Allah.

ok kenapa sayu sangat post aku ni? haha. hmm, aku doakan semoga that dear friend of mine diberikan kekuatan untuk semua ni. you are strong bebeh, i know u are. like ur dad said, biar orang buat kita, jangan kita buat orang.