Khamis, 13 Februari 2014

uiii lama tak update belog. haha. selamat 2014 suma! :)

well tahun ni permulaan dia macam ok lah kot. first sekali, i finally graduated! yeehaaa. passed suma subjek final sem (walaupun ada yang sipi sipi je) alhamdulillah. syukur sangat. tak kesah la pointer macam mana passed ni pun dah miracle sangat. aku tak belajar weh. sejak aku masuk 4th year aku dah stop belajar dah. bawak jasad je pergi kelas pergi exam.

lepas ni nak kerja apa tak tau la. buat masa sekarang ni kena balik kampung, take over tugas nenek jaga alif. sebab nenek aku dah tinggalkan rumah dia setahun untuk jaga adik adik. kesian tau. tapi aku tak balik lagi la sebab still belum quit part time dan dah menambah lagi satu keje part time hihi. nak kumpul duit sikit pastu baru larik balik kampung. sebab kat kampung nanti taktau bila pulak boleh kerja.

joined boon & kakak kecik buat kerja invigilating with british council. its a new experience. at least for me. aku ni benda kecik pun cuak kan so i took the challenge. followed the team to johor last week. sorang sorang je melayu. i thought matilaa cane nak survive. but everything went smoothly, suma orang pun baik. best jugak. sebenarnya mencabar kemampuan diri adalah benda best. as long as kita tak malas dan mintak kat allah banyak banyak dipermudahkan. ok dah bajet gila k life challenge ko sanad.

so semoga 2014 korang dipenuhi benda benda yang best, blissfull, rezeki melimpah ruah dan berkat. happy happy selalu dan jaga kesihatan ye.

baiiii ^^

oh oh lupe, a good friend of mine tubuhkan satu team kecil dimana tiap tiap bulan diorang buat projek untuk society. setakat ni diorang dah buat projek wakaf quran untuk anak anak pelarian rohingya & wakaf telekung untuk surau surau awam. so this time diorang nak hadiahkan personal kit untuk gelandangan kota kat kl. so if ada sesiapa yang baca belog ni dan berminat untuk  donate boleh la donate kat akaun seperti dalam poster kat bawah ni ye. tak kesah berapa berapa pun. and if ada nak tanya can pm me on my facebook tak pun komen kat post ni pun takpe. thank you in advance ye. semoga allah berkati usaha kita :)



ps: tahun ni ramai weh kenduri rakan rakan seumur. as im moving to kelantan this march, tak tau la taun bila lagi dapat turun kl. so taktau la dapat pi ke tak kenduri sumerang. sobsob sedih :(