Selasa, 13 Ogos 2013

final exam kedua terakhir ;

raya kelima dah balik uni sebab rabu exam. gila tak cool. relaks ah kan.. orang lain raya ke berapa dah kerja. 

all the best in your finals iium-ians~~

minggu ni je exam minggu depan dah boleh sambung raya kann.

17th. another bestfriend's wedding. mengenang nasib diri dan mengeluh bila makin hari makin ramai rakan sebaya menamatkan zaman bujang is too mainstream already jadi mari kita rilekkkk aje menikmati kehidupan. haha. 

oh alang-alang ni kan sebab aku dah juling biji mata nengok timeline twitter penuh dengan keluh kesah budak budak yang desperate nak kawen. kepada adik adik belasan & yang baru mencecah 20an yang tak habis habis kat fb twitter duk kepada bakal imam bakal suami bakal pengambil tulang rusuk bakal tulang rusuk apa segala tu, rentikan je la dulu. hangpa ingat kawen tu habis takat kenduri pakai baju cantek cantek ja ka? dah pergi buat esaimen ke baca notes ke. tunggu dah habis belajar dah kerja dah umur 25-26 ke dulu baru nak menggelupur. nanti mak apak korang baca diorang kata korang garit je. 

nak post gambar raya tapi tak transfer lagi so nanti ah lepas exam.

bai.

SELAMAT HAWI WAYAA *nada lagu raya bunkface*

Jumaat, 2 Ogos 2013

final draft research dah submit. presentation dah selesai. tinggal nak final exam lepas raya.

lega.

ahad ni insyaAllah balik dengan hilmi, poksu & cousin. and maybe mardhiah. taktau lagi dia ada cuti raya ke tak. hilmi drive. first time trip balik kampung dengan adik beradik. abah paling tunggu ni dulu. anak-anak drive sendiri balik. and paling tunggu nak naik kereta rileks kat passenger seat anak drivekan. hehe. sayang dia tak sempat rasa. abah pernah rasa naik kereta hilmi drive tapi hilmi takde lesen lagi masatu. dia sempat tau mardhiah dah boleh drive sendiri, tapi masatu abah dah sakit teruk. tak sempat tau bila aku akan drive. banyak yang abah nak tengok tak sempat.

but thats life kan. takkan kita sempat buat semua benda. sebab kita tak tahu bila hari terakhir kita. (:

tak sabar mahu pulang. tapi taknak ramadhan cecepat pergi.

jangan tinggalkan aku jauh sangat Ramadhan.