Memaparkan catatan dengan label we got married. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label we got married. Papar semua catatan

Isnin, 8 Ogos 2016

goguma sweet potato ;



wuhu habis dah nonton goguma couple. buat kali keberapa tah. haha. dalam banyak banyak We Got Married couples aku rasa yonghwa ngan seohyun je yang paling best. rasa dalam 6 tahun banyak kali jugak la tengok balik. sebab diorang tak fake. very natural. innocent. takde pegang pegang ke peluk peluk ke tapi still best tengok. couples yang banyak skinship ni kadang rasa macam sakit mata pun ada jugak. nak tengok banyak kali pun tak best. wgm yang bebaru banyak sangat scene geli-geli. tak syok tengok. baru episod 3-4 dah peluk peluk. kemon lah.

apa yang aku suka kat goguma couple ni (goguma sebab seohyun suka sweet potato) adalah the way they tried to understand and fit each other's personality. yonghwa memang bagus. kalau ikutkan seohyun ni jenis jenis innocent pastu agak skema tapi yonghwa really tried his best untuk ngamkan diri dia dengan personaliti seohyun. seohyun suka baca buku, yonghwa pulak memang tak minat. tapi bila si seohyun belikan dia buku, dia siap baca & buat review lagi.

aku ni da banyak kali tengok pun still rasa sedih tengok last episode. saiko betul. secretly wishing yonghwa & seohyun really end up together. haha. andd mak aku memang sangat suka depa dua ni. kitorang download masuk pendrive pasang kat tv. kekadang umie dengan makcik pakcik commentator kat studio tu sama naik dah. haha.

yeongseo is the best of all wgm couples. bagi aku la. sebab 2014 onwards aku tak tengok dah so taktau sangat. rasanya ada lagi kot yang best jugak tp yongseo jugak la paling best aku rasa. walopon ada ahli fave group aku which is SHINee (taemin) yang join jugak wgm kan. taemin ngan naeun best jugak tapi dorang nampak muda sangat so feel tak sampai. haha. walopon suka tengok si naeun tu.

kalau ada wgm fans yang rasa nak tengok semula YongSeo Couple bleh layan kat sini. aku donlod semula all episodes sebab yang dah ada dalam external hard disk yang da rosak. huhu. silalah layan banmal song di atas. lagu dorang buat sesama. gajah kat belakang tuuu. masa tengok episod yonghwa balik thailand bagi gajah tu jeles wey. haha

ps: baru perasan i blogged about yongseo couple years ago and even put the same video. pasal jeles dengan gajah pun ayat sama. haha

Khamis, 3 September 2015

3rd sept ;

salam'alaykum,

yeayyy dah setel kertas exam wuhuu. 

minggu ni sampai minggu depan budak exam boleh setelkan menanda buku. dah lama tak menyempat. rph pun dah start delay.

thankiyuuuuuu those yang wish birthday semalam. rasa macam baru je birthday tahun lepas. tapi makin tua ni makin tak rasa apa pun kan birthday. kekawan wish ke tak pun tak sempat ambik perhatian dah. dulu kalo besties tak wish adala sedikit sentap kan. hihi.

semoga aku lebih matang dan lebih rajin. k tu je. haha.

harini sebagai hadiah hari jadi balik keje nanti tak boleh tido. nak layan wgm 2young. ngehehe. dah intai sampai eps 5. makin interesting pula. suka tengok yang awkward2 nih.

ok bye nak makan pastu ada kelaih stret sampai 1.45pm T_T tak stret pun sebenarnya tapi gap setengah jam macam takde gap jugak lah pon. haha

thank you for reading
toodles!

-lttlgjh-

maafkan aku kalau over the weekend i keep on spazzing about them

Selasa, 1 September 2015

hello SEPTEMBER :))))

salam'alaykum,

(:
walaupun aku selalu claim yang aku ni takde lah ambil berat sangat pasal birthday sendiri tapi aku sangat la suka bulan september taktao pasepa. walaupun selalunya september ni musim orang bergelumang exam aku tetap suka. haha. 

hello september :) i dont want to ask you to be nice. am gonna be nice to you hihi. HOPEFULLYY. haha.

kalau dulu-dulu september mesti bergelumang dengan exam, tahun ini tidak terkecuali. except that now bergelumang buat soalan exam *insert emoji gelak sambil nangis* memang sepanjang september ni lah kot. pas exam nak menanda meng-key-in markah apa suma pulak.

ok dah tu je nak bebel. harap aku boleh setel everything by tonite dan esok malam nak tidoooo. aku rasa tak dan malam balik kerja terus pengsan. haha. pastu nak layan WGM. haa sekarang rumah dah tak pakai maxis broadband dah pakai tm punya internet jadi aktiviti mendonlod kembali bersambung. dah lama tak tau kat mana nak carik tapi ingat dulu last tergendala tengok we got married. jadi nak sambung tengok 2young couple dan joonmi couple. weeee. superman returns macam pause kejap pulak sebab susah nak carik katne nak tengok with subs dah.

joonmi couple yang tak romantik tapi comel

yang ni tatao lagi sebab last tengok 2 tahun lepas masa 1st episode.
harap ada feel lagi la layan benda bergula ni. kalau dah takleh nak feel nampaknya superman returns je lah taste aku. (tuanya rasa padahal baru setahun tinggal kshows)

thanks for reading!
-lttlgjh-

Khamis, 31 Mac 2011

pasangan ubi keledek ;





akhirnya habis dah perjalanan goguma (sweet potato) couple dalam variety show We Got Married. aish sedih. teringat pulak tahun lepas shinee hello baby pun habis time time camni gak.

banyak banyak couples dalam wgm, yongseo adalah one of my fave. sebab aku prefer yang awkward sebab bila dorang titiba buat benda sweet cam baru lah best kan nak sengih2 bahagia atau menjerit suka. haha.

banmal dalam bahasa melayu nya macam bahasa tak formal la. koreans selalunya dengan strangers or orang2 yang lagi tua diorang cakap guna bahasa formal. seohyun (the wife) sangat susah nak cakap guna informal language dengan yonghwa (the husband) & yonghwa nak sangat dia cakap guna banmal. macam satu seksaan okay seohyun nak cakap guna banmal. lagu ni diorang cipta sama2.

aish sedih. now dah takda benda nak looking forward every week (ok tipu. u still have khuntoria couple and running man. takyah drama sangat)

yonghwa & seohyun. kawen la bebetol! haha :p

new couple t-ara's eunjung & lee jangwo. ok, aku suka jangwo so konfem akan layan rasanya.

kenapa bukan onewwwwww? (nak penampar tak syanad?)


ps: rasa nak curik je patung gajah kat belakang tu.