Memaparkan catatan dengan label happydrugs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label happydrugs. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Januari 2018

Chapter 1 - The Book of 2018 ;

Salam'alaykum,

Mak oi lamanya aku meninggalkan belog ini. huhu. last post tahun lepas. 

Just wanna say Happy New Year everyone! Dah 2018 weh. Welcome to 3 series to all of you 1988 folks (yeah including me *insert emoji tangisan dalam ketawa*)

So macam biasa tahun baru kita mesti la nak share azam baru kan. Tapi sebelum tu aku nak intai dulu azam 2017yang lalu. haha. mari kita tengok.

my goals for 2017?

1) nak jadi better muslim. better than before. syukur Alhamdulillah Allah letak aku yang takde apa-apa ni dalam jalan dakwah dan tarbiah. semoga aku tak sia-siakan peluang yang Allah bagi ni. nak faham Islam sefaham fahamnya sampai hati ni cintakan Islam more than anything. just like mereka mereka di zaman nabi dulu. insyaAllah. (nangis)



2) finish my work on time! payahnyaa dari 20 tahun lepas aku masih struggle benda ni. hahah. insyaAllah i can do this. fighting! (nangis lagi)
 

3) rajin menuntut ilmu. tak kira la apa saja ilmu bermanfaat. (nangis jugak. tapi ada jugak la usaha sikitt)


4) BERHENTI jadi seorang yang MALAS! haha. plis la aisyah nadiah. (nangisssss. haha)


5) SAVE money. pejam mata dari membeli benda tak penting. ni dah start bulan ni. ya ampun susahnya tapi aku percaya sebenarnya boleh. sebab time takda duit boleh pulak tak membeli. haha. kena simpan wei. (i failed miserably. harini dah 6 januari 2018 aku masih shop online. malah lebih advance pandai beli barang ship from overseas omgeee nak kena rotan ni)


6) nak kawen! hahahah. ok this one walau belum nampak lagi, kita tetap kena letak dalam goal. baru la bersungguh sikit kan. (alhamdulillah yang ni walaupun tak tercapai 2017 insyaAllah heading towards it. Allah bagi pada waktu yang sesuai insyaAllah)


7) and last one, semua goals kat atas ni adalah untuk yang last ni. Mardhotillah.. nak capai redha Allah. sebab apa pun yang kita buat kat dunia ni, yang Allah redha je yang akan bagi manfaat kepada kita kat akhirat nanti kan? :) insyaAllah (masih mencari mardhotillah, malah selalu tersasar dari jalanNya :( )

Stress terus aku nak share my goals for 2018. haha. dah la hat taun lepas tak tercapai. cis. Tapi takpe, still gonna share sebab still ada kaitan dengan yang tahun lepas. Kihkih.

So for 2018, my goals are:

1) Kurangkan marah. Ke arah kehidupan yang kurang stres gitu. Haha. Anggap setiap masalah ada penyelesaian. Jangan terus nak marah, sedih dan stres. (Sebenanya harini dah fail sebab buntu memikirkan bidinku yang tersadai. tapi takpe. esok kita try senyum k). Ni pun sebab kerjaya aku (cey kerjaya) banyak involve dengan emosi amarah ni tapi tak sepatutnya aku menggunakan emosi tersebut kat budak-budak so tahun ni kita cuba jadi cikgu yang tak garang tapi tegas. gituuuuh. Haha aku rasa nak lempang diri sendiri plis. 

2) Nak buat ummi happy dengan aku. Taknak tunjuk muka masam, menjawab, bergaduh ke apa. Which dah try 2 weeks kot. Siyes memang harmoni je. Haha. Sebab these 2 months agak crucial as i am preparing for my wedding so gaduh-gaduh dengan mak is a no no. My dream wedding is which yang mak aku dream of, yang mak aku nak. So takyah stres, takyah gaduh, kita ikut cara dia je. Confirm happy. Hehe.

3) Get things done, work things out. Yes bunyi simple.Tapi 2 benda ni boleh bantu aku mengeluarkan diri dari kemelut procrastination. Aku rasa la. Haha.

4) Khatam juzuk 30. Or half of it. I have the advantage where budak-budak sekolah aku memang menghafaz surah dalam juzuk 30 from darjah 1 till darjah 6. Diorang ada list of surahs yang perlu dihafal tiap tahun from darjah 1. so aku pulak kebetulan ajar subjek quran dari 2015 berbeza tahun. 2015, darjah 1. 2016, darjah 2 & so on. And tahun ni dapat darjah 4. So masa quran diorang duk baca reramai tu aku baca sekali. & hafaz sekali. Harap-harap by the end of the year boleh la separuh juzuk pun jadila. Huhu.

5) Rajinkan diri masak. Because you know why. Muahaha. 

6) Improve pengurusan diri. Sebab tak lama lagi bukan nak kena urus diri sendiri sesorang je dah. Gituuuuuuu. Hahah.


7) And the rest adalah those 2017 resolutions.

Doakan aku ye. Kekadang rasa susahnya jadi grown ups ni. Tapi sebenarnya compared to others yang sama umur dengan aku, Allah memang bagi sesuai dengan kemampuan aku. Orang lain dah ada bigger responsibilities. Aku still yang senang-senang je. Tu pun dah menggelabah. Memang sungguh la Allah Maha Mengetahui. Even kita sendiri pun tak faham diri sendiri. Tapi Allah sangat faham, dan Dia bagi satu demi satu sesuai dengan kemampuan kita.

All the best ye sume! :)

Sory takde gambar menarik lagi. Ni je yang ada hahah. Teruja sebab first time buat photobook.

p/s: tahun ni  aku nak cuba update blog regularly. lets aim for one post per week first.

Isnin, 15 Ogos 2016

miao ;


intan dah balik. wuuu T_T

now its time to get back to reality.

all the best for everything baby. may you achieve your best in your career as well as in life. theres hikmah behind everything for sure. mungkin sekarang kita belum nampak lagi kan. lets believe in Allah's plan because His plan is the best :)

missing the rest!

Jumaat, 14 November 2014


salam'alaykum

wah lama tak membebel kat sini. macam busy je kan. padahalll keje tido makan jer. bukan ape, asal nak apdet belog je dah lewat. macam skarang, tengok dah pukul bape pagi.

ok alasan je semua tu sanad. takpayah menipu cakap je ah malas.

just a quick update. gambar kat atas tu kekonon macam teaser lah gitu kan. nanti nak apdet pasal konvo abang hilmi. aku kat gumbak ni. last week turun dengan family tok mek tok ayah suma. tapi aku stay sini pasal hari ahad ni nak pi jaga exam kat muar. tmpat achik munie kesayangan weyy tapi taktau ler sempat ke dak jumpa huhuhu. oo by the way intan pun join the team sekarang, bukan main lagi dia pulun buat yang kl. kaya okkeyy haha. dan dan hari sabtu ni kita bakal ke muar together sekali dengan kakak kechik. happy aku dapat travel bersama maktiri2 dadahgembira kesayangan. and owh, najwa iaitu adik beradik Gemilang saya juga join aptis sekarang. i'll be invigilating with her in muar (: nati mesti kitorang rindu geng cuti2 grad yang lain.

ok tu je la dulu. gila gigih aku apdet belog dalam gelap taktau laa awat kan. sebarang typo paham je lah kan kenapa. tadi dok buat datda entry suratchenta sebenarnya. bulan oktober punya tak habes habes. dah macam orang keje data entry je. 

semoga sentiasa diberi kekuatan untuk buat ummi senyu, dan suma orang di sekeliling saye senyum ((:

tooodles~

Selasa, 2 September 2014

selamat hari jadi nanad ;

assalamu'alaykum,

sempat lagi kan padahal tengah macam nak pengsan nak habiskan menanda paper budak yang due datenya esok. ehh paper budak? apekah? haa takpe nanti next time citer. haha

ni memang saje je nak pos jugak entri sebab arini besday aku weyh sukati aa kan. hahaha.

bila umur dah hampir ke angka 3 di depan ni takde la macam semangat sangat je kan menunggu birthday. cuma belum sampai level lupa lagi la sebab ye la birthday ni satu hari di mana kita akan feeling feeling apppreciated gitu kan sebab orang akan wish. rasa special je kan.

thank u for all the wishes ((: bila dah umur macam ni all the wishes macam masuk je dalam hati. orang cakap semoga murah rezeki pun rasa terharu sangat atas doa tu. maybe situasi hidup yang tengah risaukan future & sedang mencari diri sendiri kot. seolah olah ucapan tu macam orang faham my struggle rite now. terharu tahap genang genang air mata weyh. rasa tak pernah lagi camtu. over kan. entahla rasa macam terharu orang mendoakan kita.

okayla nak sambung mark paper. dah habis ni nanti lega aa sket. 

belanja satu gambar kawen Ds. ni masa malam berinai. bila dapat jumpa dedadah kesayangan ni rasa taknak bazir satu saat pun. tapi selalunya peluang nak jumpa and spend time lepak borak heart to heart terhad sangat. sampai kalau jumpa n ada chance untuk tido sesama kitorang tido sangat lambat. tido lambat pun sebab kena tido sebab esoknya rushing ada event or da rushing nak balik. dah la memang kalau jumpa pun sekarang sebab ada event je. tapi yang agak manis rushing2 ni kita akan rasa time tu macam ada kat dunia lain. kite kite je. memang sayang sangat dengan diorang ni. bukan kawan yang sanggup menangis bersama waktu jatuh je diorang ni, kekadang tu when something sad happened to me aku tak sempat nak nangis lagi diorang dah nangis dulu. or maybe aku yang hati keras tak pandai nangis la. haha. semoga kita dijumpakan lagi di syurga. masatu mesti dah takde had masa kan nak jumpa and lepak. indahnya :)

nanti dah free sikit aku share lagi gambar.hehe.

happy birthday aisyah nadiah. ingat, jangan excited sangat sebab ure one day closer to death. kena sentiasa berazam and cuba untuk jadi better. kena cuba atasi kelemahan diri sendiri. jangan manjakan diri sendiri lagi dah. sikit sikit penat sikit sikit steres sikit sikit tak larat. awak bukan budak budak lagi. ure an adult, kena decide and fikir pasal future sendiri. ummi dah ganti tanggungjawab abah, so awak kena cuba jadi sehebat ummi.

& selamat ulangtahun ke 26 menjadi ibu dan ayah, puan latifah & incek hasdi.thank you for raising me up (:

toodles

Khamis, 21 Ogos 2014

time oh time ;

ffuuuhhhhhhhh *tiup habuk*

salam'alaykum,

selamat hari rayaaa (kalau ada yang baca). titiba macam awkward aa pulak kan macam tak biasa je feeling feeling cakap sorang dalam belog hahahah.

lama tak online kat lappy sebab adapter dah rusak dan takde internet connection kat rumah. mujur sekarang zaman smartphone kalau tak memang fb twitter apa segala tu pun tak bukak dah. online dengan broadband ummi. adapter dah ada sebab ada pkck tu baik hati bagi. hee.

sebenarnya verangan nak update blog lepas siapkan keje sikit tadi. alih alih dah pukul 2. macam malas aa pulak tapi macam semangat nak citer soo kita tengok post kalini panjang mana. heheh.

aku sekarang masih jadi penanam anggur merangkap pengasuh kepada sikenik yang dah tak kenik sekarang. ummi weekend jer balik. jadi hasil beberapa bulan kat rumah ni adelah tetap malas macam biasa. ok masak je la iols boleh feeling feeling ada improvement. tapi belum layak jadi menantu. EH.

apa lagi eh nak citer. ingat nak uplod gambar tapi suma dalam fon belum transfer so stret kepada benda yang tengah dok semangat nak citer ni lah ye. malam ni (kames) nak turun KL sebab nak gi melaka. sebab?

DS nak kawennnnnn weeee :))

*ok tak seronok kena taip taip emoticon ni. biasa ah da biasa kat wasep wechat suma tu main klik klik jeh. hahah

DS nak kawen dah. sebenarnya dia salah sorang dalam 3 teratas happydrugs yang dijangka kawen dulu jadi tepat lah jangkaan itu sebenarnye. ona then ain then ds. keempat dan seterusnya, misteriii. still dalam tanda tanya. takde tanda tanda lagi whose next. gituhh. tapi aku harap kakakechik dulu. kahkah :P taksabar weyh sebab kami sekarang dapat jumpa pun bila ada event event camni je la. yang salu jumpa kak kecik & boon je. tu pun dah lama tak jumpa gak since dah balik kelantan ni. rindu gila dengan sume orang.

alang alang pos ni pasal Ds kan meh nak citer apa makna di sebalik Ds. hahaha. tak tau aa kalau dah pernah cite ke kan tapi citer je la balik. aku sebenarnya dah seken sem baru rapat dengan diorang ni. first sem belum tunjuk belang. innocent je duorang dengan ain. kahkah. Ds ni nama dia sebenarnya natasha aliah. punya kiut nama ujung ujung dapat ds. diorang citer masa hari daftar diorang suma berkenalan. dulu kitorang dapat beg free ala-ala beg laptop tu. so diorang tengok Ds dengan beg tu pastu pakai spek bingkai kuning,macam direct seller. terus dapat nickname ds. memang dasarrr sangat kan kawan kawan. haha. nasib ko la ds. nasib tak jumpe dorang ni masa 1st day. kalo tak entah apa nickname aku dapat kang. ucop tunang ds lak kitorang panggil koi sebab dia orang pahang. itupun nickname dorang gedik2 duorang je. macam biasa aa kawan kawan pesen suke nyemak. 

nanti minggu depan kita up entri gambar Ds kawen eh. gambar dil ngan sara n fad kawen pun belum share lagi. takpe, nanti rajin. tapi tak tau ah kalo next entri titiba taun depan plak kan. hahah. ni konon nak start rajin updet blog la ni nak hilangkan boring. ade orang baca ke tak belakang kira.

jom mengenang masa lalu dengan mencarik gambar dengan ds. rindu betol gua dengan dadahgumbira2 nih.


last jumpa disember taun lepas. nak dekat setaun dah weyh. Ds yang 2nd last from left.ujung kiri tu ucop tunang dia. jumpa kat kpm jugak depa ni




ok sebenarnya nak tepek gambar lagi. tekejut pulak tengok jam (kaver line padahal malas) haha. nanti la sambung keyh

toodles~

Isnin, 9 Disember 2013

aisyisyi omei omei ;

Ds' engagement 301113

hello december,

yay another dadah dah menuju ke gerbang perkahwinan. cewah. menuju je baru ye. belum lagi. haha. ramai ingat Ds nikah haritu. congrats Ds!

best sangat dapat kumpul reramai bermalam borak sampai pukul 3 pagi. pastu jaga anak ona beramai ramai. tapi punya la kuanghasam uncle & aunties time lain laju je offer diri nak jaga tapi kalau time makan suma laju bab makan je. haha. sori ona! lepasni taktau bila dah. dapat kumpul camni jarang jarang pun dah kira bersyukur. yelah 2 of us dah kawin. bukan senang nak ajak lepak. mujur husband ona & ain, saiko & habib memang boleh ngam dengan kitorang. lagi saiko dari kitorang even. haha.

dah disember bermaksud tinggal sebulan lebih perjuangan kat sini. ehek tiap tiap post dok countdown boring kan aku ni. tak saba woi.

kerja part time was okay. tapi minggu busy submission haritu memang aku buat hal sikit la asyik ponteng keje. maigodd sanad, kau baru masuk dua minggu kerja berani kan buat hal -_-' nasib part time je. takpe minggu ni janji kena dedikasi.

hidup masih berterabur. macam susun Uno Stacko. kadang kadang dah cantik susun terlanggar terus roboh. harini rasa dah betul bangun di jalan yang betul titiba esok tersasar terjatuh. takpe, i will keep on trying. moving on is hard. walaupun moving on dari segi cinta tu aku tak setuju kalau orang cakap ambik masa lama sangat kan. sebab benda tu antara kita nak dengan tak je. and aku takde pengalaman pun bab itew. tapi aku faham, nak move on bukan senang. nak move on untuk terima kehidupan kita dah tak sama macam dulu bukan senang. 

mari habiskan sisa 2013 baik baik, happy happy, maaf memaafkan, senyum senyum, positif positif. 

dan bulan ni jugak sedih sebab bencana banjir di kuantan, tganu, johor dan kelantan jugak. especially kuantan la sebab pernah melalui hampir separuh umur aku kat sana. pernah membesar kat sana. buat diploma kat sana. terkesan la jugak kat hati bila teringat kat diorang :( 

jom guna masa ni untuk kita tambah amalan pahala. banyak saluran yang kita boleh pergi untuk membantu. bukak je facebook mesti ada. tinggal nak dengan tak je. kalau rasa tak mampu nak jadi volunteer, bagi bantuan kewangan / barangan. untuk orang sengkek macam aku ni, takpe je kalau mampu keluar 10rm je pun. sebab aku percaya, apa je yang kita bagi dengan niat sedeqah tu insyaAllah berganda ganda datang balik kat kita dalam macam macam bentuk. yang pastinya bentuk kebaikan of course :)


ok bye, doakan kita suma mampu harung suma dugaan, jerih perih, benda benda tak happy dalam hidup. jangan sedih sedih. aku doakan korang :)

Isnin, 2 Januari 2012

sunny ;

baru selesai menonton filem ni. bestt. aku kalau cerita bertema kekeluargaan atau friendship atau kemasyarakatan memang suma best je. haha.

simple je jalan cerita dia. pasal a group of girls. diorang bestfriends. sunny tu nama geng diorang. starting cerita ada sorang girl, Na-mi, baru pindah skolah baru. masa 1st day dia macam nak kena buli pastu a group of girls ni datang tolong dia. by then, she was accepted to be part of the group. movie ni dia cam bahagikan dua zaman, masa diorang remaja2 & bila dah kawin suma. after 25 years diorang cam nak reunite balik tp salah sorang dari diorang is dying of cancer. cite ni cam gabung flashback dengan masa diorang dah tua gak. like 50% past 50% present. tapi tak boring kot. bagi aku la.

suka setting movie ni time 25 tahun yang lalu (zaman 80-an) sebab baju diorang cantik2!

eheh sebenarnya tujuan asal aku tengok sebab nak tengok lakonan kang sora je hehehehe :p

and this movie reminded me alot of my girls back at assunta, smksp & my happy drugs time kat kpm. tapi paling teringat my girls kat kpm la sebab some of the incidents lebih kurang je. bila susah, tolong. bila sedih, ada kat sebelah. part gaduh dengan orang lain pun. haha. best sebenarnya perasaan hidup ada berkumpulan ni. kita saling menjaga each other. sebab tu aku lagi suka kawan ramai-ramai dari bff berdua berdua.

kat uni takde dah suma suma tu. kau-kau aku-aku je. tapi taktau lah kan kalau aku je yang rasa camtu kat uni kan. haha :p

i feel bad because i'm such a fail when it comes to being there for my friends in their time of need. rasa bersalah sangat.

i hope i can be one.


haish titiba pulak ter-rindu kann.

dem je. tengah cari-cari pics happy drugs kat dalam folder konon nak include dalam post ni ter-play vid masa sem 3 time kat kpm time birthday aku dengan ona plak. bergenang2 air mata.

ona's birthday wish dalam the vid (tahun 2007):

"semoga mas blablabla (tak dpt tangkap) kurus, pijot takkan blablabla (tak tangkap gak) 's' words, lala takkan mengganas, ds hilang pelat, ain tak pendiam sangat, tuna tu takyah nak membuli orang, kecik semakin membesar."

masa tu kitorang suka sangat usik dia pasal bertunang. tak sangka dah nak kawin pun cik kak ni. time flies.



rindu korang nak mati do :')

Khamis, 30 Jun 2011

mataharilampu ;

tengah kemaskini entri-entri lama.

tersenyum baca ni. kadang-kadang my selfish side still wants us to stay like how we used to be. apa sajalah yang kita taktahu pasal diri masing-masing kan dulu-dulu.

ya, takda apa yang akan kekal tak berubah selamanya.

mungkin dulu Tuhan beri aku mereka sebab aku selalu sedih, selalu jiwa-jiwa. bila sekarang ni aku dah tak macam dulu, Tuhan ambil mereka untuk orang lain yang lebih perlukan mereka. kan?

aku rindu kamu semua. aku tau kita dah makin jauh. we're drifting apart. jarang contact. tapi aku rindu kamu semua tiap hari.

kamu rasa camtu tak?

i hate the fact that satu hari nanti ada yang kita sangat kenal semalam akan jadi yang kita paling tak kenal harini. but this is life.

tapi even sekarang kita dah tak macam dulu, kamu masih dadah gembira aku (':

Rabu, 22 Jun 2011

partnerincrime's engagement.jpg ;







dari kolej lagi kami dah agak ona akan jadi antara orang 1st yang tunang / kawen. walopon ainda tunang dulu, tapi ainda memang dah dengan habib lama dah so memang betul la sangkaan kami if tak ainda, mesti ona.

orang kata setahun tu kejap je, tapi tak sabar pulak rasa. my best friend's wedding bak omputih kata.

semoga ke jinjang pelamin. ameen. inshaAllah.

(:

Khamis, 17 Mac 2011

mendadah 12-130311 ;






penang. 12-13 mac 2011.

sekejap. tapi happy.

gara gara tersalah tarikh tiket merasalah naik feri. thanks tu mimiza cumilz. hehe.

thanks kamu kamu yang aku dah susahkan. dari amik kat jetty sampai hantar ke bustop. terimakaseh mimiza kakak kecik intanhizzany capik fafa syakir jack elly fendi chad yap afif ammar.

ramai umat kpm kat usm sebenanya. & sorry kawan kawan yang taksempat jumpa. ada rezeki aku gi jalan2 kat sana lagi.

friendship license. renewed.

(:

Selasa, 1 Februari 2011

Tyrone Wells - Time of our lives ;








last weekend.

they're my kpm mates.

suma jumpa unexpectedly. hehe. amar siap jumpa tepi jalan lagi.

tak tahu berapa kali aku akan ulang ni tapi kpm adalah salah satu kenangan terindah dalam life aku.

rindu semua benda kat sana.



Sabtu, 1 Ogos 2009

only God knows why ;


harini sabtu pertama aku tak kuar sejak kat sini. hoho. kalau tak straight dari jumaat takkan lekat kat dalam. berazam taknak keluar this weekend. & taknak keluar sangat bulan ni. walaupun tengok roomates pegi pc fair tu dah wat rasa tergoda sikitsikit. ingat tadi nak je keluar sorangsorang after study circle. nasib baik malas.

this week banyak jugak jumpa kawan lama. happy (:

haritu one of my roomates cakap camni:


" awak kalau dengan kawankawan awk, saye tgk awak gelak lain sgt tau. macam sgt happy. "

(:

i love it bila aku dapat jumpa diorang, spend time dengan diorang, borakborak, gelakgelak. rasa macam kat dunia lain. every other things around us macam dah tak wujud. & then masatu harap sangat masa berhenti. tapi selalunya bila dengan diorang lah masa terasa cepat sangat berlalu.

HAPPY FRIENDSHIP DAY my dear friends. sayang korang kuatkuat!

running out of words. hope that i can mention all of your names here but i cant. coz i dont have friends. i just have bestfriends. & all of you are my bestfriends.

be safe,
lttlgjh;


Isnin, 30 Mac 2009

sunshine dari lampu ;

harini macam semalam. ulang dengar lagulagu sedih semester 3 dan mati berkali kali. dah lupa bila kali terakhir aku betulbetul hidup. macam kelakar. semua macam kosong. baca harry potter no3 dengan harapan satu hari nanti boleh jadi macam dementor. sedut kebahagiaan.


"nanat! kish2 awok! siap r alik kolej nnt. kte main mekap2 lagi k."

"wei, support earth hour. ko tido xttp lampu kan =p mlm ni kasi ttp."
"mane ko tau ni sial. mane ade la. suke fitnah aku. hahaha."
"nanad, ak bknnye br knl ko kemarin..ak tau la. haha =p"


aku ada sebab untuk teruja nak balik kolej. ini balik yang terakhir. kalau dulu, bila sedih aku tunggu balik kolej. tapi sekarang aku perlu belajar untuk tak jadi selfish, tak cari mereka waktuwaktu sedih saja.


#1) lala
#2) kamak

Khamis, 26 Februari 2009

tooney ;



SELAMAT HARI BOGEL
yang ke doblas!!! (bak kate ko)


hahaha.

rindu lahh rambot.

may ALLAH bless you always and may all your wishes come true.

semoga tambahtambah matang lagi ye kakak. bahahaha =p

&&& semoga dapat tahan pembulian dari akak secretary GM tuhs. hee.

this is the only pic of the two of us yang aku jumpa. ape kess???!! ni foto sem satu tahu?? ish3. next time jumpa we're gonna snap loads of fotos tau.

alrighty then,
have a nice day ahead.


gajah yg merinduimu,
ex-owh-ex-owh

ps: entri autopublish. incase aku busy (ceh konon) atau dah terpengsan befor 12. hee