Isnin, 8 Ogos 2016

goguma sweet potato ;



wuhu habis dah nonton goguma couple. buat kali keberapa tah. haha. dalam banyak banyak We Got Married couples aku rasa yonghwa ngan seohyun je yang paling best. rasa dalam 6 tahun banyak kali jugak la tengok balik. sebab diorang tak fake. very natural. innocent. takde pegang pegang ke peluk peluk ke tapi still best tengok. couples yang banyak skinship ni kadang rasa macam sakit mata pun ada jugak. nak tengok banyak kali pun tak best. wgm yang bebaru banyak sangat scene geli-geli. tak syok tengok. baru episod 3-4 dah peluk peluk. kemon lah.

apa yang aku suka kat goguma couple ni (goguma sebab seohyun suka sweet potato) adalah the way they tried to understand and fit each other's personality. yonghwa memang bagus. kalau ikutkan seohyun ni jenis jenis innocent pastu agak skema tapi yonghwa really tried his best untuk ngamkan diri dia dengan personaliti seohyun. seohyun suka baca buku, yonghwa pulak memang tak minat. tapi bila si seohyun belikan dia buku, dia siap baca & buat review lagi.

aku ni da banyak kali tengok pun still rasa sedih tengok last episode. saiko betul. secretly wishing yonghwa & seohyun really end up together. haha. andd mak aku memang sangat suka depa dua ni. kitorang download masuk pendrive pasang kat tv. kekadang umie dengan makcik pakcik commentator kat studio tu sama naik dah. haha.

yeongseo is the best of all wgm couples. bagi aku la. sebab 2014 onwards aku tak tengok dah so taktau sangat. rasanya ada lagi kot yang best jugak tp yongseo jugak la paling best aku rasa. walopon ada ahli fave group aku which is SHINee (taemin) yang join jugak wgm kan. taemin ngan naeun best jugak tapi dorang nampak muda sangat so feel tak sampai. haha. walopon suka tengok si naeun tu.

kalau ada wgm fans yang rasa nak tengok semula YongSeo Couple bleh layan kat sini. aku donlod semula all episodes sebab yang dah ada dalam external hard disk yang da rosak. huhu. silalah layan banmal song di atas. lagu dorang buat sesama. gajah kat belakang tuuu. masa tengok episod yonghwa balik thailand bagi gajah tu jeles wey. haha

ps: baru perasan i blogged about yongseo couple years ago and even put the same video. pasal jeles dengan gajah pun ayat sama. haha

Tiada ulasan: