Memaparkan catatan dengan label Gemilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gemilang. Papar semua catatan

Isnin, 26 November 2012

AGM, iflah camp & appreciation night have ended. dah nak masuk tahun keempat dalam gemilang. after two years contributing in the management board, now dah kembali menjadi ahli biasa balik.

lega sebab lepasni dah tak payah terikat dengan tanggungjawab but somehow rasa bersalah, especially kat new head of multimedia. sebab tahun ni tak dapat buat sebaiknya, n i didnt do a good job as her head, tak ajar apa apa sangat. harap harap lepasni tak jadi head pun, masih boleh tolong baiki apa kekurangan multimedia the last two tenures. 

borak borak dengan budak batch kami, tak sangka it has been 3 years. lepasni taktau la akan jumpa selalu lagi ke tak. semua course beza-beza, jumpa selalu sebelum ni pun sebab kelab. kadang-kadang rasa syukur jugak masuk gemilang. sebab kalau tak, mungkin the only friends i have kat uia ni zue, cah and nadja je. hehe. sayang diorang semua. walaupun tak pernah cakap. masa program bila stress2 kadang kadang bergaduh, kadang kadang terasa, kadang kadang tarik muka. tapi sayang kat diorang sebenarnya :)

ok dah takde idea nak cakap apa. macam biasa update blog masa tengah gelabah siapkan esaimen. hadeh.

all the best new tenure! 

Isnin, 14 Mei 2012

GBS ;


aku tak pernah join baktisiswa. ni first time. selama ni aktif program kelab je. baik pun dengan budak2 kelab la mostly. tak kenal sangat budak-budak kelab lain bawah Censerve IIUM. kali ni kerja dengan kelab lain + aktiviti selain dari mentoring.

before program takde terfikir pun nak kenal-kenal sangat dengan suma. join pun sebab am, budak kelab jadi head promotion & dia mintak jadi assistant dia sebab leh tolong buat banner. masatu fikir nak join sebab tak reti nak tolak je. even until final touch pun biasa-biasa je rasa. rasa nak pergi tu ada la tapi tak fikir sangat pasal apa yang akan jadi kat sana. before aku pergi ni, sorang kawan ada join baktisiswa bawah uniform body yg dia join. dia dok cakap best, bonding kuat & everything. masa tu aku fikir, ala biasa la tu kot. mungkin dia dapat keluarga angkat yang best ke apa kan.

tapi bila dah pergi sana, baru rasa betapa diorang excited tunggu kitorang datang. aku mula-mula takut dengan ayah angkat sebab muka nampak garang je. tapi rupanya baik gila. sanggup tunggu sampai habis post moterm sebab taknak aku balik sendiri, dia approach aku sendiri mintak number fon, bagi gula-gula utk makan dalam bas, & pesan banyak benda macam ayah betul. mak angkat pun sama. even pergi sana 3 hari 2 malam je, masa berpisah siap nangis. bukan aku je la, orang lain pun experienced benda sama. ada adik-adik yang jaga gila kakak-kakak, tolong hantar ambik kat tempat aktiviti. 

sepanjang kat sana aku just ikut je aktiviti, tak fikir sangat pun. sebab aktiviti pack. keluar pagi balik malam. tak sempat spend masa dengan family kecuali waktu makan je. titiba bila dah balik baru sedar kenapa diorang cakap sekejap sangat. sedih je bila diorang pesan banyak2 kali jangan lupa keep in touch. dari hari 1st sampai la nak naik bas untuk balik diorang pesan benda sama.

aku taktau la if suma baktisiswa macam ni. tapi kalau betul macam ni, aku rasa suma student uni kena join at least once. tak rugi pun. niat kita memang untuk tolong masyarakat tapi percayalah, akan dapat lebih dari tu. dapat jalinkan ukhwah agi. dapat pahala lagi. macam aku, selain dapat family angkat, dapat kawan2 baru lagi kat uia ni. & sebab program 3 hari, terus rapat suma. & Censerve pun untung jugak sebab ukhuwah antara kelab2 dah rapat.

best gila weyh. siyes 3 hari tak cukup.

Ahad, 23 Oktober 2011



dalam Gemilang kami ada 3 pasang kembar. 2 pairs kembar perempuan and another pair lelaki. yang lelaki tu salah seorang mentee aku. hehe.

kembar pompuan 4 orang ni unik sikit sebab diorang bestfriends. kembar kecik2 ni nama safa & marwah. yang another pair ni aku tak ingat sangat. tapi yang buat kitorang tersenyum adalah diorang tak jalan sama2 dengan kembar masing2. sorang dari kembar kecik ni rapat dengan sorang dari kembar tinggi. bila buat activities pun diorang tak heran sangat dengan kembar, lagi kesah kaau terpisah dengan bestfriend tu. hehe.

semalam borak-borak with marwah. tanya dia memang suma baju diorang sama ke? dia cakap haah. saiz pun sama. pastu aku tanya kirenye memang tak tau la baju sapa pakai? dia cakap diorang main pakai je, tak kesah.

comel kann? bestnyaa kalo ada kembar. nak jugakkk. boleh? haha.

Khamis, 20 Oktober 2011








GEMILANG Mentoring Course II 15.10.2011

being a committee of those explorace-like activities, you need to get ready to be hated.

which is soo not me. bukan lah nak kata aku ni baik ke apa tapi tengok muka suma orang letih pun is enough to make me feel guilty. pastu nanti mulalah bagi kelonggaran pastu kesian pulak kat group lain yang tak dapat kelonggaran yang sama. tu belum lagi bab kena marah dengan peserta. biasalah adat la game kan, semua orang nak menang kalau boleh tapi kalau kawan sendiri yang terbuat muka mulalah aku pun nak terasa lah terkecil hati lah

memang muka aku sesuai jadi participant je. tak kesah la kena ulang alik lari 10km pun. penat badan tak sama dengan penat perasaan.

haha.

ok sebenarnya gambar-gambar kat atas ni adalah kelab aku (Gemilang) punya mentoring course. selalu buat dalam iiu je tapi sebab nak rasa kelainann sikit so decided buat kat luar. dan disebabkan majority board members dok gila tengok Running Man, macam-macam lah idea untuk modulnya. pastu bila dah feeling2 macam Running Man, sumalahhh nak main takda sape nak jadi modul.

aku pun tak ingat dah siapa yang suruh aku jadi modulnya. aku ok kan je sebab suma macam taknak and ingat boleh main jugak sekali tak ponn. pastu mula-mula tak kesah jugak sebab ingatkan boleh lah jalan-jalan sekali kat wangsa walk tapi sekali tak jugakk. duduk kat wangsa walk sampai pakcik guard pun perasan dah muka tapi takde satu kedai pun yang rasa dapat lepak lama-lama. sebok dok menyorok dari peserta-peserta. masuk kedai pun tokey rasa macam nak mencuri kot sebab terhendap2.

walaupun tak merasa apa yang dorang rasa tapi aku yakin dorang penat gila. kesiann. more than 10 missions pastu kena ulang alik dari carrefour w.maju ke wangsa walk. walaupun orang cakap standard la games macam ni, kalau tak penat takde maknanya lah kan. tapi tulah, still kesian. sebab aku lah antara orang yang design the modul a.k.a penyeksa diorang.

tapi dengki jugakla sikit-sikit sebab dapat main pun best gak. among the missions; cari kereta bernombor plate yang diberi kat parking basement carrefour. bayangkan sebesar-besar alam tempat tu nak cari sebijik keta. pastu kalau yang best sikit kena beli satu game bowling atas nama sorang & main sampai ada 1 strike. kalau yang senang tu kena cari pak guard & bergambar dengan dia. 1 group kitorang bagi 50rm. duit tu la yang akan diorang guna untuk missions yang kena pakai duit. kalau pandai jimat boleh cover duit tambang sekali. ada jugak mission beli air kotak 1 dozen pastu kena jual. tapi dah habis 1 mission tu kena jumpa commitee dulu tunjuk bukti. and commitee pulak kena lari2kan diri. kalau aku jadi diorang konfem aku akan membenci committe selama seminggu. haha. tapi yang best sikit last mission kitorang suruh diorang bergambar 1 group pegi cuci terus. haa yang tu cadangan aku tau *bangga*

harap diorang happy la. walaupun dengar cite ada yang sampai demam pastu majoriti sakit badan. sebagai yang tak rasa sakit-sakit badan ni, terasa lah jugak guilty yang teramat. tapi tengok macam semua group dah makin rapat dengan ahli-ahli (ahli kelab kami dibahagikan to 4 groups so masa explorace tu kitorang pecahkan ikut group kelab)

mr. president cakap next time nak buat yang totally Running Man punya (obses kann) tapi kat iiu je. aku dah terbayangkan yang mengejar pakai loceng segala dah ni. haha. tapii yang penting masatu aku nak jadi peserta. takmau dah jadi commitee!


*photos credit to Gemilangians

Khamis, 26 Mei 2011

FT Island - Hello Hello ;






Gemilang Muakha II 2011. 21052011. group 2 which is group aku jadi organizing committees wohoooo. sebenarnya takde motif pun nak excited. suma group merasa jadi org comm kot. saje je nak bagi publisiti since 1st muakha takdapat tengok gambar sangat so takde apa nak share sangat plus aku banyak tolong team dapur a.k.a catering so takde sangat dalam gambar. 2nd muakha lak jadi prog coordinator pastu jaga checkpoint plak so takde sangat dalam gambar. elehhh sebenarnya tu suma alasan untuk mengelat je. bajet macam busy je kan, lempang baru tau.

sabtu ni 3rd muakha & probably last la yang aku join shortsem ni sebab muakha 4 nanti balit kampung pakcikwa kawen (weee kenduriiiii). jadi misi untuk minggu ni adalah untuk participate sepenuhnya dengan adik adik dan participate sepenuhnya di hadapan kamera dan video cam. aku dah kenalpasti awal-awal lagi multimedia untuk minggu ni muahahaha.

minggu ni punya interactive slot punya tema. RUNNING MAN hokkay nama dia! kau ade? dah tak main dah explorace2 ni. so yesterday omputih kata. cewah. ni suma gara-gara kakak & abang mentee suma dok gila tengok running man la ni. terpengaruh habis suma. eh kitorang penah adaptasi kot 1 game running man dalam aktiviti mentee. yang lukis-lukis dalam 10 saat pastu pass kat orang belakang tu. tapi buat dengan adik-adik ni bagi je la gambar kanggaroo ke ketam ke gajah ke, last skali mesti akan jadi seekor IKAN ye. aku pun takpaham kenapa. haha.

ada yang ajak pergi putrajaya tengok konsert suju-M. freeeee kottt. tapi entahla kenapala, macam malas je. ahad nak gi pj lagi. karangan budak belum tanda lagi. subjek minggu ni tak study lagi. MATHS pulak tuh. karang ada yang aku mintak tunjuk ajar budak pulak nanti. but then again, nak pergi jugak. yelah 2 kali berturut suju datang takdapat pergi. haritu punyalah frust menonggeng konon tapi kenapakah bila dah dapat peluang macam takde semangat?

tengok ah camne. selagi tak siapkan kerja yang patut disiapkan sampai sabtu nanti, memang lain tahun la ye wahai boyfriendsku eunhyuk, siwon, sungmin, kyuhyun, henry, zhou mi, donghae & Ryewook :(

sedang stalking k-group baru, boyfriend. suma sebab tengok dorang cover lagu SHINee, love like oxygen. dan yang menarik tarikh debut diorang dekat ngan SHINee iaitu harini, 260511 (SHINee 250508). satu lagi yang menarik adalah suma muka nak macam jelmaan dari anime / manga kan. hadoii. tapi dari segi umur tu takdapat lah aku boyfriend2 kan depa ni ye. aku dah darjah 1 baru korang lahir. tak macam pedo pulak nanti aku kalau oppa2 kan dorang ni. papepon, suju ngan SHINee masih nomor 1 (ehh dah naik no 1 la plak shinee)

Khamis, 10 Mac 2011

xi shua shua xi shua shua ;


exam dalam masa tak sampai sebulan lagi.

this weekend minggu terakhir mem-busy-bodykan diri dengan benda benda selain study (: lepastu saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh, habis kan semua reading subjek anthro, ethnic, industrial soc, social strata dan juga history.

janji!

(:

Selasa, 8 Mac 2011

tadaaa! tekejut ke? :p

,





dah setahun jadi ahli keluarga Gemilang. tak sangka. rasa macam baru je.

walaupun makin hari tanggungjawab makin berat. kadang kadang busy sampai kena sindir. gaya pun dah macam part time student. belajar entah kemana mana. tapi makin hari jugak sayang dekat gemilang makin bertambah. Alhamdulillah. :)

last weekend last program untuk sem ni. rendezvous. program pertama untuk mentee mentee baru. tahun ni lain sikit. dah nature baru. amek budak darjah 3 pulak. memang sangat berbeza la. kerenah lebih sikit. tapi layan diorang ni hilang segala tekanan. walaupun tak banyak dengan diorang sebab jadi committee & some of them reminds me of sikenik which membuatkan aku rasa nak menitik air mata sebab rindu. bohohoo :'(

memang mencabar bila tukar nature. dulu deal dengan sekolah, tahun ni 1st time deal directly dengan parents. buat open day dengan 2 kemungkinan je, ramai sangat atau takde orang. dan yang terjadi tu the latter. & being one of ahli management board, mestilah tak lena tidur. camne ni? ape lah akan jadi nanti. ape pulak senior akan cakap. tapi betul lah orang kata, yang penting usaha. Allah tak tanya apa hasilnya, Dia tanya kita usaha ke tak. Alhamdulillah, dari tak sampai 10 orang register time open day, yang datang kem rendezvous hampir 70 orang adik adik mentee. syukur sangat.

sekarang ni tanggungjawab untuk didik adik-adik mentee seperti yang diamanahkan oleh parents diorang pulak.

walaupun agak takut gak dengan apa yang bakal terjadi kat result exam sem ni tapi aku tau memang suma salah sendiri sebab bad time management. so sekarang ni fokus kat study plak. fix balik result midterm yang teruk2 tuh. huhu.

fighting!


*gambar kredit kepada incek irsyad budak multimedia gemilang

Isnin, 24 Januari 2011

monja wa shong monja wa shong ;

ada advantage gak kena paksa pegang kamera ni kan. dapat gak la surat chenta barang seketul dua. next time program yg ada slot surat cinta kena offer diri jadi camera girl. muahaha.

ok aku ada midterm sebenanya beberapa jam dari sekarang. malang tak berbau otak dah jammed. kesedaran diri belum muncul.

*tampar pipi laju laju*

sila fokus kat the sparkling blue tracksuit. does that ring a bell?

SECRET GARDENNNN!

haha.

*membayangkan dubu berlakon jadi kim joo won*

Isnin, 17 Januari 2011

random 110117 ;

dah tengah bulan. mid term exam minggu depan. assigments due date minggu depan. satu hape pun tak study & buat lagi.

bulan ni memang mencabar kewarasan betul lah. nak kata busy camharem tu takdelah. sebab ramai lagi orang yang 2-3 kali ganda lagi busy dari aku. tapi the only masa free aku ada hari2 biasa adalah 1am ke atas. kadang sedih bila abah call 2-3 kali tak perasan. pastu bila perasan nak call balik dah lewat sangat. nak call siang abah busy pulak.

tak sempat nak keep in touch dengan sesape. even mesej mak sendiri pun tak sempat nak reply.

tau ramai yg terasa. mianhe.

and faham, kite manusia susah nak faham orang lain sebab all that we care adalah orang kena faham kite.

i dont want to give excuses. just let me be at fault.