Memaparkan catatan dengan label uni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uni. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Mei 2015

throwback post spm ;

salam'alaykum,


yeayy akhirnya aku bebas hutang ptptn wuhuu. cewah berlagak kemain. 

sebenarnya aku pinjam tak banyak pun. 4k++ je untuk 4 tahun. banyak tu je ptptn sudi bagi aku pinjam. sampai hati. dapat cover yuran hostel je. tuition fees kais pagi makan pagi je. k tipu. yuran belajar bapak aku la yang support opkos. pastu duit belanja pun kena merempat kat abah. aduhai miskin hokeh time kat uni. tapi ada hikmahnya la bila tak banyak tu. boleh la dengan kompiden nak bayar segedebuk kan. kebetulan ptptn buat kempen bayar lump sum dapat diskaun haritu. menggelabah la pegi bayaq. tapi tu pun sebenarnya punjam duit ummi dulu bayar pastu bayar balik kat dia hukhuk. tapi hutang ngan mak takde la kena munga munga centa layu di pusara tuh kann.

kekadang time duduk temenung mengenang nasib diri yang masih keje tanam anggur di usia nak dekat 27 ni dok mai la terfikir. aku ni kira patut bersyukur la. time diploma dulu pun belajar takde loan (buat diploma kt kolej profesional mara, yuran pengajian fully mara tanggung). dapat elaun lagik. RM265 sebulan haha ingat lagi. tapi sekarang dah banyak hokeh budak budak ni dapat. sebab adik aku imah pun belajar kt kpm sekarang. kalau tak berjodoh dengan kpm dulu sudah tentu aku belajar di mana-mana ipt swasta. sebab result spm aku teruk weh. memang takde la ipta nak pandang. 

aku ingat lagi lepas dapat result punya lah down. orang lain habis down pun masih layak dapat matriks. aku? motif sangat nak down kan korang. ish. haha. eh tapi aku tak ingat pulak mintak ke tak matriks dulu. tapi yang pasti kalo mintak pun konpem 200% takkan dapat. pastu UPU pon tak dapat. aduhai sedihnya lahai. rasa hopeless useless apa suma la. kawan kawan lak mostly dapat matriks. suma mei dah start belajar. aku masih terkapai mengenang nasib. pastu rayuan upu ada hati nak pilih uia, ikut kawan punya pasal. mak ayah aku baik gila takde sound ke apa pun. kalo aku la jadi mak aku masatu memang dah tengking dah. 

then satu hari mak aku ajak pergi pejabat MARA. amek borang ipt mara katenye. masatu mindset aku institusi pengajian mara suma course engineering. mestilaa aku takmau. memang bengang je masatu tapi layankan aje. dengan muka cemberut aku pun naikla ke pajabat mara kat batu caves kot beli borang dia. 10 hengget tak silap. nama dia UPIM (unit pusat institusi mara). aku pun tak ingat dah zaman aku dulu isi online ke tak. tapi beli borang bagai, manual la kot eh. tapi yang pasti dia bagi  sebijik buku yang ada institusi2 dia and courses aku boleh pilih la sekali dengan syarat kelayakan. aku pandang sebelah mata je buku tu, bia mak aku tengok sendiri layak ke tak layak anak dia apply.

then malamnya bapak aku pun ajak la isi sama-sama. dia belek-belek buku tu lepastu terselak kat satu kolej ni, Kolej Profesional MARA (KPM). memang tak pernah dengar pun sebelum ni pasal kolej tu. yang tau unikl je, takpon ikm kktm. masa belek buku tu baru tau banyak instituions under mara ni rupanya. gmi and kolej poly-tech mara pun under mara. and apa membuatkan titibe terbitnya sinar harapan untuk aku? (terharu sesorang time tulis ni wakaka tampo kang) ayah aku cakap ada course yang aku nak. aku pun cecepat intai. Diploma in English Communication (DECom). aku memang berangan nak sambung belajar Tesl dulu. or apape course berkaitan English. hari-hari berangan ngan nazira. tapi nazira pandai. opkos dapat ipta kan. 

walaupun takde la terer english tapi itu je la satu-satunya course yang aku rasa ada minat terhadapnya. sains dan sekutunya aku hancor, matematik lagila kenot go. pengsan cikgu samat kalau tau titibe aku amek akaun ke apa kan. takyah tunggu cikgu samat, mak aku pun fengsan jugak. haha. sejarah? masa form 5 kerja aku fail je sampai cekgu sejarah cakap kat aku sendiri, nanti result keluar jumpa cekgu, cekgu nak tahu result awak. dapat 5C weh. nasib baik kalau tak nangis cikgu tu. tapi aku memang tak minat history. baca aku suka nak ingat tu hadui la. tapi bapak aku degree in history tao. mak aku pulak maths & bio. nape la takleh turun sikit pun genetik tu. sian umi abah. mesti malu huhu. soryy abumi :(

ok berbalik pada cerita tadi. bila syarat kelayakan apa sume memang layak la untuk mohon. terus isi dengan semangatnya. kpm masatu ada 4 cawangan & decom ada kat indera mahkota, kuantan je. seronok la parents aku sebab kontan tu ibarat tempat jatuh lagikan dikenang la untuk kitorang (6 tahun bermastautin kat sana), IM plak dekat ngan umah tok sedara (tok hamid & mok romoh --tapi both husb & wife dah meninggal sekarang huhu). lepas dah isi tu tunggu la result dia. result dia keluar online. aku tak ingat pun nak check. masatu harapan dok letak kat rayuan uia lagi. titiba masa abah kat ofis, abah call. aku ingat lagi ayat abah; "tahniah! permohonan anda ke kpm berjaya". abah punya hepi tu macamkan dapat masuk unibesiti. sedih pulak bila ingat. dah la anak sulung kan. mesti kekawan dia dok tanya la dapat mana. huhu. sorry abah. masatu nak hepykan aku punya pasal, beli barang nak masuk sana cakap je nak apa. siap tuka fon lagi. tapi tukar fon sindri punya duit tabung haji la haha.

then 1 Julai 2006, register la kat sana. kebetulan kpmim bukak blok hostel pompuan yang baru. merasa la jadi perasmi dia. both abah umi macam sangat puas hati la. yuran pulak free je, bayar yuran daftar je RM250 kot tiap sem. hostel pun free. dapat elaun. dapat course aku nak. and ada campur sikit dengan course yang abah nak aku amek (abah nak sangat aku amek masscomm). so perjalanan hidup bermula la kat sana. jumpa kekawan yang superbest. lecturers superbest. aku taknak start bab kawan sebab nanti akan berjela. lagipun previous entries aku penuh pasai depa pon. haha. ingat lagi masa, babai2 family abah cakap, kakak kalau dapat rayuan uia tu takyah la pergi. abah rasa sini ok sangat dah. wuu nescaya instinct abah tu tepat. dan aku memang tak dapat pun uia tu. haha. tapi Allah dah tuliskan jodoh aku masih dengan uia cuma 3 tahun selepas itu. hehe. perancangan Allah tu sesuai dengan kemampuan kita. tak pernah salah. suma ada hikmah. bila fikir, kalau aku dapat uia, masuk matriks uia, ingat senang orang macam aku nak survive? silap haribulan terkandas setakat matriks. huhu.

and masa kat sana, ada sorang kawan sekolah, miza, tengah down sebab tak dapat sambung mana-mana. miza ni kire senasib la dengan aku dari segi result. tapi miza hebat maths. aku apa pun tarak. haha. then aku aku promot kpm kat miza. ada course business & account kalau dia minat. apa yang best kpm ni, those yang tak cukup kredit subjects pun boleh masuk, buat course persediaan dulu for 6 months (belajar maths, english & pengajian islam je kot xsilap). kalau result ok nanti boleh sambung diploma. so next sem tu miza pun berjaya la masuk kpmim, amek account. dengan bofren2 dia sekali dia angkut masuk. haha. miza pun macam happy la kat sana. antara yang hebat la dalam batch dia. manjang 4 flet. aku tompang bangga dapat tempias sikit-sikit la besfren ngan budak pandai. titibe ngaku besfren miza kan kat sana. wakaka hampeh tol. pastu dapat grad sama-sama Alhamdulillah. tapi lepastu aku ke uia dan miza ke usm. alhamdulillah still ada peluang sambung ipta. walaupun lambat dari orang lain. orang dah nak sibuk fyp aku masih adik-adik junior. tapi takpelah kan. rezeki yang Allah dah tulis. kena syukur :) aku siap masuk degree sama dengan adik aku mardhiah yg muda lagi 2 taon. dia matriks setahun. pastu dapat ukm. dah la tarih sama regis, tak macam kelam kabut mak ayah aku. sebbaik la area kl2 je jugak. dapat la jugak happykan abah. walopon dia tak sempat tau aku jadi apa sekarang kan. hehe.

haa aku sebenarnya nak cakap pasal dah habis bayaq hutang pt ja nih kenapa titiba promot kpm? hahaha. tapi serious, if ada sesapa yang tengah taktau nak continue study kat mana rasa result so-so je tu try la browse thru website upim kalau nak mintak kpm. kalau nak ke arah kemahiran2 ada ikm kktm suma. pun bagus jugak. jangan risau kalau belajar rerajin, senang nak continue degree kat ipta, kalau lagi terer ada chance mara hantar sambung oversea. batch aku ada 5-6 orang kot dapat sambung NZ. ada yang dah selamat jadi cekgu mrsm pun :) belajar kat memana pun sama je yang penting niat ikhlas nak belajar la kan. hehe. 

tu la bila aku macam down sikit tengok orang lain dah berkerjaya aku macam sedapkan hati, at least aku takde la nak kena fikir bayar hutang lagi. and besides, aku ni takdelah duduk je tak buat apa setahun ni. Allah bagi rezeki lagi kerja part time, berniaga apa suma kan, kenapa ko nak down sangatt *cekik sanad*

tapi untung memang untung belajar mara tanggung, dah habis ni kena selalu ingat la. its time to give back to the society. free free duit rakyat hokeh. doakan aku cecepat dapat kerja ya! hihi.

ps: maafkan entri takde matlamat ini haha.
terobek sikit. hihik.

Sabtu, 8 Disember 2012

lepas pre-reg haritu baru perasan tak banyak dah subjek yang tinggal. menandakan perjalanan hidup di iiu ni dah tak lama.

kejap je rasa masa. walaupun sebenarnya dah lama dah kat sini.

im still torn between minoring in islamic revealed knowledge or just go with single major. nak minor irk, just tambah dua subjek but i have to extend my studies to another long sem. & konvo in 2014. lambat lagi. if tak minor boleh lah dapat final semester sem depan. & dapat konvo tahun depan.

nak habis lambat lambat, teringat abah. ikutkan hati nak habis cecepat balik kelantan duduk dengan abah umi. 

tapi sayang pulak tinggal intro to fiqh & usul fiqh je yg belum ambik. & most of friends are graduating in 2014. kalau habis sem depan, possibility konvo sorang sorang sangat besar.

hmm, marilah mentuakan diri di iiu.

Rabu, 11 Januari 2012

wanna bee sweet?

tadi keluar dengan ee. pergi kl festival mall. jalan jalan release tensi kononnya. masuk popular bookstore. ee jumpa cd arashi. teruja. aku jumpa ni. sawan sebab comel sangat tapi takde duit nak beli. haha.

mula mula jumpa buku. tapi kat bahagian atas2 semua moomoo. cakap kat ee susah betul nak jumpa yang gajah. pastu ee cakap eh kalau tak cari memang tak jumpa sambil tengok yang bawah2. sekaliii memang ada. dah la kat popular jadi member dapat diskaun. pastu jalan2 kat area tumblers ee cakap "entah2 botol air pun ada gajah kat sini nad". mula2 aku cakap ehh takkan laa susah nak jumpa botol air gajah. titiba:

aku teruss apply jadi member. pedulikk miskin ke tak. tapi in the end aku beli bookmark je seketul. sebab baru nak habis exam motif nak beli stationary? tunggu bukak sem nanti hehe.]

eh tapi untung weh. most barang dapat diskaun. alahh tak kesah la posen2 pun kan tapi kalau beli banyak dah untung banyak gak tu. aku taktau pun selama ni. sebab jadi member mph bookstore je. tu pun tak suma barang ada discounts untuk members.

budak CFS uia dah datang mendiami maryam. secara officialnya memang mahalah maryam kesayangan (walaupun paling ceruk) dah takde. pintu gerbang pun dah tukar. 'Mahallah Maryam: Centre For Foundation Studies'.

itu lantaklah tapii yang pilunya cafe diorang tak bukak lagi and kena share dengan mahalah kami, halimah. dah la musim exam ni timing orang makan dah lari. kalau lunch tu pegi pukul 1130am memang beratur sampai luar pintu cafe. tapi kalau pergi pukul 12pm pulak tinggal kuah je suma. nangiss. itu yang aku dengan zue selalu makan time dinner je. tapi sekarang pulak dinner kena rebut2 dengan mereka2 dari maryam pulak. dinner pun kitorang take away sekarang. sedih. hopefully sem baru nanti bukak la cafe maryam tu..

dah la campur dengan lelaki.

culture shock suma bila sampai cafe. nak buek macam mano kann selalunya kat uia ni cafe mahalah mana laa campur2. tercover cover suma aku tengok.

tapi aku peduli hapee. aku pergi cafe untuk makanan. selekeh ke tudung senget ke belakang kira.

kereta ee enterprem keh keh.

soca organ dah habis isnin haritu. tinggal lagi dua subjek. sociological theory 1 & sociology of marriage & family.

oh oh tadi lalu kat depan etude house and nampak shinee. gyaaaa meroyan jap dengan ee. memang dah tau shinee's endorsing etude house. tapi haritu lalu depan etude house takde pun lagi diorang. pastu nampak etude house kt festival city tu aku pun cakap kat ee. pastu dari jauh nampak kat booth kecik kat kedai tu macam muka lelaki. ee cakap la maybe dah ada kot tu nampak muka lelaki. bila dah dekatt,

*gambar credit to uploader at Super Junior & SHINee fanpage at fb*
onew okk mula mula sekali nampak. meroyann. dah la dua dua suka onew. hehe. nak snap pic tapi promoter datang pastu buat buat tanya promoter pasal the product. ada lip balm dengan hand lotion. satu 29rm tapi kalau beli satu set (ada empat) dapat 80rm something kot sekali dengan mug free. lip balm pun 29rm. hand lotion pun 29rm. aku ni kalau tengah kaya memang beli je tapi tulah. and masatu tak fikir pun nak beli. nervous nampak muka onew kat situ kann. *tolonglaa paham. tampar kangg*

tapi mungkin kalau lalu lagi depan etude house akan tempted untuk beli lagi. tapi tulah, other product diorang pun tempting jugak. lagi lagi tengah sale ni kann.

onew is holding Missing You Hand Cream Honey Bee. ok kena beli yg ni kehkeh. tapi lagi untung kalau beli empat.


eh terpromote lah pulak kann. aku memang sukaaa promote barang yang aku sendiri pun tak beli. hehs.


okbaii~





Rabu, 11 Mei 2011

sem 3 10/11 ;




kelas SOQ tukar kepada 1030am atas persetujuan semua. jadi tidur lambat adalah possible setiap hari. haha takde lah :p

mahalah maryam tutup untuk shortsem ni sebab nak sewa kat sapentah orang luar. jadi kami penduduk2 maryam dirempatkan ke halimah, safiyyah & asiah. sebbaik aku dapat halimah. sebelah maryam je. dapat blok pun sebelah je dengan blok lama. tapi best macam mana pun mahalah lain, ada set furniture baru, katil lemari meja suma baru, internet yang laju, walaupun kat maryam tak dapat tidur kat katil (suma orang turunkan tilam sebab katil tinggi melampau), tapi bila dah biasa kat tempat lama rasa janggal je kat halimah ni. pegi cafe pun dah gaya budak baru register masuk je. dorang kata, east or west home is the best kan. aiceh. home lah sangat.

selamat belajar rajin rajin suma!

benci tau bukak facebook. suma orang tengah bercuti. cis cis.

Rabu, 23 Mac 2011

exam ;




berapa hari je tinggal.



tapi mood study belum sampai. teruk teruk. dah kames dah ni. adoidoidoi. kepala fikir nak pulang ke pangkuan ayahbonda je ni. lama sangat dah tak jumpa.

oh, check the vid out. sungha jung namanya. fingerstyle guitarist. maybe aku lambat gak la jumpa budak ni. tapi tak kesah la yang penting best.

all the best in ur final exam iium-ians!

Khamis, 10 Mac 2011

xi shua shua xi shua shua ;


exam dalam masa tak sampai sebulan lagi.

this weekend minggu terakhir mem-busy-bodykan diri dengan benda benda selain study (: lepastu saya berjanji akan belajar bersungguh sungguh, habis kan semua reading subjek anthro, ethnic, industrial soc, social strata dan juga history.

janji!

(:

Selasa, 8 Mac 2011

tadaaa! tekejut ke? :p

,





dah setahun jadi ahli keluarga Gemilang. tak sangka. rasa macam baru je.

walaupun makin hari tanggungjawab makin berat. kadang kadang busy sampai kena sindir. gaya pun dah macam part time student. belajar entah kemana mana. tapi makin hari jugak sayang dekat gemilang makin bertambah. Alhamdulillah. :)

last weekend last program untuk sem ni. rendezvous. program pertama untuk mentee mentee baru. tahun ni lain sikit. dah nature baru. amek budak darjah 3 pulak. memang sangat berbeza la. kerenah lebih sikit. tapi layan diorang ni hilang segala tekanan. walaupun tak banyak dengan diorang sebab jadi committee & some of them reminds me of sikenik which membuatkan aku rasa nak menitik air mata sebab rindu. bohohoo :'(

memang mencabar bila tukar nature. dulu deal dengan sekolah, tahun ni 1st time deal directly dengan parents. buat open day dengan 2 kemungkinan je, ramai sangat atau takde orang. dan yang terjadi tu the latter. & being one of ahli management board, mestilah tak lena tidur. camne ni? ape lah akan jadi nanti. ape pulak senior akan cakap. tapi betul lah orang kata, yang penting usaha. Allah tak tanya apa hasilnya, Dia tanya kita usaha ke tak. Alhamdulillah, dari tak sampai 10 orang register time open day, yang datang kem rendezvous hampir 70 orang adik adik mentee. syukur sangat.

sekarang ni tanggungjawab untuk didik adik-adik mentee seperti yang diamanahkan oleh parents diorang pulak.

walaupun agak takut gak dengan apa yang bakal terjadi kat result exam sem ni tapi aku tau memang suma salah sendiri sebab bad time management. so sekarang ni fokus kat study plak. fix balik result midterm yang teruk2 tuh. huhu.

fighting!


*gambar kredit kepada incek irsyad budak multimedia gemilang

Ahad, 27 Februari 2011

berterabur tak terkutip ;


rasa sangat berterabur. betullah, aku bukan manusia multi tasking. dan kebetulannya those things that i need to be responsible in adalah sumanya di tahap yang perlu diselamatkan, bukan just setakat nak mantain atau majukan je.

including my studies.

teringat satu baris lirik lagu,

"Tuhan berikan daku kekuatan...."

perlu bunuh dengan kejam perasaan malas yang ada.

Khamis, 17 Februari 2011

high flyy ;


yuhuu~

dah lama tak bebel bebel dalam blog. rasa cam awkward je. siyes. motif nak yuhu2 kat atas nih?

kelas kul 10am. tapi bangun awal konon nak gi consultation tapi bila sampai bilik prof, dah tak sempat datang balik next monday je. haihh.

& here i am kat itd lab. konon nak cari bahan untuk esaimen tapi usb drive tak bawak & comp kat sini takleh nak save save jadi motif aku kat sini?

i guess my day is not starting well.

sejak akhir akhir ni asyik kena berhadapan dengan situasi dan orang orang pelik. rasa menyampah yang tiada had, rasa tortured suma ada sampai dah takde rasa nak marah. cuma mulut dah cam longkang je la. i speak sarcasm language most of the time. walopon aku tak tengok sangat oh yeah tapi fasih la gak nak cakap style tu.

bayangkan pergi kelas yang kau kena mengiyakan je bila prof tu kata dia dah penah cakap benda tu dalam kelas tapi sebenarnya dia tak penah cakap lagi sebab if kau cakap belum pernah dengar, dia akan cakap, "hey, dont be a bloody fool". memang tak la aku nak biar dia cakap macam tu tiap kali kelas. kata kata cikgu tu kan doa?

dahla tiap kali kelas kena ugut pasal fail subjek tu.

tortured okay. tortured!

tapi takpe, despite of my day yang tak bermula dengan baik harini. terserempak dengan sorang classmate yang cakap beliau dah nak bersara sem depan. ho ho ho.

sebenarnya aku takde la benda sangat against him, cuma tak suka the way dia torture students dengan ugutan2 & ayat2 yang menjatuhkan konfiden orang. tapi disebabkan aku ni pun pemalas, terima je la kalau dia cakap bloody fool sebab tak baca readings yang dia suh baca tu kan.

sabo je le.

semalam ada sorang classmate titiba pegi depan kelas cakap kat lecturer he's going to drop all courses. tekejut gak la. bila prof tanya nape, rupanya dia kena balik negara sebab negara dia tengah start berevolusi. dorang panggil suma balik untuk serve in military. disebabkan brader tu dah final sem, prof tanya tak boleh ke tunggu satu sem lagi. dia cakap, dorang paksa dia balik. kalau tak balik, kena prison. nangis la jugak brader tu semalam. budak2 kelas pun ada yang genang2 air mata semalam.

titiba aku terfikir. aku ni mengeluh2 susah, busy takde duit suma. padahal belajar je yang aku kena buat. bukan kena fikir family kat negara tengah dalam bahaya ke apa. ye la, the fact yang aku sekarang ni dapat jumpa family setengah tahun sekali tu memang seksa tapi alah, tu suma mengada je. kan?

lately suma orang tengah busy esaimen, midterm, program. memang stress. tapi kita tunjuk muka ketat depan kawan kawan tak dapat hilangkan stress pun. ingat, bukan kita je yang busy. kadang2 dalam kita tengah mencarut2 tension tu, orang yang tengah senyum tenang sebelah kita tu tengah menanggung masalah yang lagi berat dari kita. so, rileks je la. masalah boleh setel.

^^

Isnin, 24 Januari 2011

monja wa shong monja wa shong ;

ada advantage gak kena paksa pegang kamera ni kan. dapat gak la surat chenta barang seketul dua. next time program yg ada slot surat cinta kena offer diri jadi camera girl. muahaha.

ok aku ada midterm sebenanya beberapa jam dari sekarang. malang tak berbau otak dah jammed. kesedaran diri belum muncul.

*tampar pipi laju laju*

sila fokus kat the sparkling blue tracksuit. does that ring a bell?

SECRET GARDENNNN!

haha.

*membayangkan dubu berlakon jadi kim joo won*

Isnin, 17 Januari 2011

random 110117 ;

dah tengah bulan. mid term exam minggu depan. assigments due date minggu depan. satu hape pun tak study & buat lagi.

bulan ni memang mencabar kewarasan betul lah. nak kata busy camharem tu takdelah. sebab ramai lagi orang yang 2-3 kali ganda lagi busy dari aku. tapi the only masa free aku ada hari2 biasa adalah 1am ke atas. kadang sedih bila abah call 2-3 kali tak perasan. pastu bila perasan nak call balik dah lewat sangat. nak call siang abah busy pulak.

tak sempat nak keep in touch dengan sesape. even mesej mak sendiri pun tak sempat nak reply.

tau ramai yg terasa. mianhe.

and faham, kite manusia susah nak faham orang lain sebab all that we care adalah orang kena faham kite.

i dont want to give excuses. just let me be at fault.

Jumaat, 14 Januari 2011

roaring for glory ;


thats why i dont do sports. i cant bear being a disappointment to others.

people can just say, 'alahh ko tak minat sukan'

tapi bagi aku, minat comes together with talent.

bukan takleh kalau takda talent, tapi it takes quite some times nak mahir compared to orang yang memang ada talent.

maybe i need months of training sebelum jadi macam mereka yg training seminggu nih.

and i'm not really a competitive type.

ni kali pertama dan terakhir join. taknak dengar dah perkataan 'sayang bolaaaa'. taknak dahhh.

maybe i'll just apply for team manager next year. hihi.

tahun ni tak dapat tidak kena amek tau jugak pasal USC. pasalnya blok kat belakang female sports complex je.

ALL THE BEST MARYAM UNITED!

hamek. tak minat manchaster united tapi maryam united aku sokong. hahaha.

Jumaat, 7 Januari 2011

matapanda ;

syiling 50sen pun makin banyak sebab tak sempat nak basuh baju.
roti sebuku expired tak sempat nak makan.
bilik tak kemas sempat sapu sapu je.
reading materials prof aris tak sempat baca, pura pura genius je tiap kali test.

haih. i really wish aisyah nadiah can stop whining.

selimut hebat, mari kite tido. sempat ni kot sejam.

Selasa, 21 Disember 2010

nasigorengbeijing ;


finally. dah level 2. lambat satu sem dari yang sepatutnya. i intended to major in sociology & anthropology. last sem baru dapat amek intro.

angan angan beijing tu masih boleh on. ^^ hope akan berada on the right track til the end. ameen.

& sem ni cuti dari arabic dan co-curriculum.

& i miss home.

Isnin, 15 November 2010

boo!

kat ITD.

print stuff for tomorow.

dan juga stuff untuk exam petang ni.

haha baru nak print. bengong tol.

tapi kalau namanya aisyah nadiah, tak pelik pun buat benda benda ni.

japgi lepas 5pm,

liberated.

wee~

tapi, cam takde feeling.

excited nak jumpa umi abah alip imah. tapi,

maybe takut sangat untuk result nanti kot.

kalau tak lepas gak nak major soca, camno?

dah la cuti kejap, kena hidup dalam ketakutan sepanjang cuti.

daiyem.

i miss keadaan bila habis exam during college days.

sebulan takyah fikir pape.

tapi aku bazir masa men-saiko-kan diri.

aish dah la takyah fikir.

yang penting sekarang,

ESOK BALIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D :D :D :D

Selasa, 5 Oktober 2010

fly to the sky ;




decided to tuang kelas arabic. but i still have 5 minutes to change my mind. agak bodoh bila titiba taknak pergi kelas padahal dah siap tinggal nak pakai tudung je. kalau masa ni still tengah tidur logik jugak tak sempat pergi kelas.

i have attitude prob. i know.