Sabtu, 20 Oktober 2018

Finallyyy

Salam'alaykum,

Pehhh lama gila aku biarkan belog ni berhabuk.. hukhuk. 

Sebenarnya aku dah lama tak dapat sign in. Sebabnya bulan julai aritu fon aku rosak. So bila pakai fon lain google taknak sign in aku dengan email blog ni. Email gmail satu lagi boleh je plak.  Masalahnya kalau kat fon je tak boleh takpe la jugak, ni kat laptop pun takboleh. Entahla kenapa. Atau aku yang tak berapa cerdik IT. Bila dia send verification code, dia cakap dia send kat fon lama aku. Aduhai.

Dah sedih dah memula sebab wehh aku dah blogging dari form 5 kot. Ni dah 30 tahun dah. Aku buat bodo je dulu memandangkan skarang pun kat rumah takde wifi plus laptop pun uzur. Titiba tadi chemot cakap aku dah lama tak update belog. Alamakk ai lupa la kat pembaca tegar ai sorang ni. So alang2 kat umah mentua, bawak laptop, n ada wifi, aku pon godek la sampai rasa nak jadi hulk pun ada. At last, here i am back writing. Dann dah boleh guna fon untuk apdet belog. Tapi aku macam tak bekenan sangat dengan app blogger. Asek crash je pebenda lar. At last bukak kat chrome jugek.

So tu je lah dulu kot. Nanti aku sambung bebel lagi. Sekarang dah takleh bagi alasan busy sebab aku duk goyang kaki je since June arituh. Haha. Next post okeh aku bebel. Tapi klaka gak ek update belog untuk pembaca tegar yang tiap ari mengadap aku.. haha. Okelatukan dari takde orang baca. Muahaha. Oklah till then, aku nak tidoq dulu.

Toodles!

Ps: belanja gambar hiasan je la ye

My intan got married! Yeayyy


Khamis, 24 Mei 2018

10th SHINeeversary


mungkin yang dah lama baca belog ni tau zaman aku dok layan kpop. dan perasan dulu aku adalah peminat tegar SHINee. klik je tag SHINee dalam blog ni dah terbukti. haha. i started to know kpop from super junior. masatu baru tahu betapa kelakarnya variety shows dorang ni. & then i stumbled upon shinee hello baby vids. that was how everything started. aku follow suma shinee updates from their songs, shows, individual activities, concerts suma. lagu-lagu dan vids depa jadi pengubat hati yang duka lara masatu. haha. 

dan mungkin ada yang dah tahu they lost one of their member at the end of 2017. due to depression. masatu titibe makin tinggi awareness terhadap penyakit depresi.

masa dapat tau jjong's death rasa macam tak percaya weh. sebab semua shinee fans tau how bubbly and cheeky he was. rasa macam sedih nak dengar lagu-lagu shinee sebab almost semua lagu start dengan suara dia coz he was one of the main singer. dua tiga hari jugak la aku macam murung. so faham je kenapa ada fans yang menangis berhari-hari. orang yang ko kenal kan.

and bila bayangkan macam mana other members nak go through, sedih la jugak rasa. sebab diorang hidup sesama dah lama. bayangkan jonghyun ni mati few days after dia shoot kulit album solo dia yang scheduled untuk keluar bulan januari. bila album dia keluar, tengok lirik lagu dia pun sedih. coz he composed his own songs so lirik dia memang menunjukkan betapa letih dan lonelynya dia melawan penyakit tu. and on feb shinee patut ada concert. dan diorang teruskan juga berempat. which i feel proud of them. and i heard that his final solo album is the best album of him. 

biarpun aku sekarang dah tak follow dorang (i jadi fangirl chemot je muahaha), tau la jugak serba sedikit updates shinee. and tomorrow (25th may) is going to be their 10th anniversary. aku start jadi fan tegar masa diorang baru nak sambut 2nd anniversary. and this month jugak diorang akan comeback dengan album baru. berempat.

tapi even jjong dah takde pun, shinee vids still jadi my fave untuk ditonton time tengah makan sesorang or time tengah bosan. & i still laugh at his jokes.. 

p/s: this reminds me..nanti nak pindah johor i have to make sure tak tinggal external hard disk hikmatku..hihi

Ahad, 25 Mac 2018

100318, We (finally) Got Married! ;





Salam'alaykum,

macam biasa punya banyak hari free time tengah buat kerja la aku nak update belog kan. pastu takleh tulis panjang2 hahah.

so alhamdulillah i got married. it has been two weeks. tapi sebab pjj so tiap kali bangun pagi duk fikir betul ke aku dah kawen? hahah.

kami nikah 10 Mac 2018 beserta dengan majlis sebelah aku. majlis belah suami (awkwardnya weii hahah) this 31st March.

nanti aku share banyak2 gambar & story yer. i hope this time bukan janji kosong la kann๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘ˆ

haa baru ni dapat tau aku punya reader baru iaitu adik iparkuu hahaha. mana laa dia buleh jumpa kan belog picisan ku ini. tak cukup dengan tu dia ajak laki dia baca jugakk. habess. taktau la zaman dulu dulu ada ngutuk hilmi ke dak kat belog ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜pasni betambah bersalah la kalau tak update kan. ni macam reason untuk lagi rajin blogging la ni. padahal chemot duk jadi pembaca tegar selama ni aku wat malas jugak je update. sampai kawan tu dah komplen tak update2. hihi.

oklah ive to go, mood menanda kelaut hindi. tapi tetap kena sudahkan.. weekend ni nak travel #kejohorkekita

toodles!

ps: doakan kami ye. jauh lagi perjalanan ni. honestly tersangatla nervous rasanya nak memikul amanah & tanggungjawab ni. huhu.

Sabtu, 3 Februari 2018

W6 ;

salam'alaykum,

last week was all about this lil guy below



and this week also๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

semangat balik rumah nak tengok dia tengah watpe. tapi kekadang penat melayan. haha.

semoga Iman Hazreeq membesar jadi anak soleh & menjadi asbab mama & ayah iman ke syurga :)

Ahad, 28 Januari 2018

new week ;

salam'alaykum,

its 3.11am. am not yet asleep. in three hours aku kena bangun bersiap for work.

this week's gonna be a quite challenging one. jadual baru starts this week. which bukan jadual yang aku buat. i wont comment on that. nanti ada masa aku cerita (hopefully). tapiiii ada hari yang memang bleh pitam dia punya straight masa tu.

ummi's going for a kursus in melaka starting tomorrow. four days. and achik muni and her kids are here in kok lanas. so minggu ni kena part time babysitting (not complaining tho. aku just risau terlebih enjoy babysitting sampai lupa wat keje lain haha).

as for my wed preparation, there are still some things unsettled. borang belum ambil lagi (benda paling mengganggu kepala T_T). bridal belum pergi untuk tempah2. cincin belum setel. tak lena tidur selagi tak setel. aku paling lena tidur on weekends je tapiii bangun lambat la pulak khenn. dahh kena bebel pulak lagi berapa hari nak kawen perangai tak berubah. kahkah.

and its 5th week of school session. which means start minggu ni dah banyak benda berjalan la di sekolah macam kokurikulum, extra classes and such. 

belum ada rumah tangga dah tak terurus. haiya.

im expecting a quite hectic week. harap harap mental tak rabak la. aminn.

tapi on a positive note, anggap la bila kena buat lebih housechores & babysit minggu ni tu sebagai cabaran untuk lebih tough di masa hadapan. gituuuuuu *tunjuk muscle*

hashtag menujupuncak. kihkih

Khamis, 25 Januari 2018

salam'alaykum,

holla. aku rasa aku penah cite kot pasal aku rasa aku punya pms (usually pre mens syndrom) happens towards the end of my period. 

titiba harini rasa sentap tak bersebab. dah la sentap tak bersebab, suma benda la nak wathal dengan aku time time gini.

dan aku baru lepas accidentally closed window RPH yang tengah ditaip. aku tengah menaip hari khamis punya. last subject for khamis. tinggal satu hari lagi which is ahad depan punya. laptop ni pulak titibe jenis every 5 mins jadi badut. cursor menari nari kat skrin dengan sendiri. so tengah geram tu ingat nak close la window yang tak berguna. dan tah kenapa aku tersalah close kerja yang aku tengah buat dan dengan selamba pilih option 'dont save'. bila da sedar tu dengan gelabah bukak balik and guess what, everything kembali pada hari selasa. serta merta that F word echo dalam kepala.

ya Allah mengujinya. aku punya geram terus rasa sebak T_T aku rasa sebab pms kot. aku tak penah rasa nak nangis untuk benda camni.

and its 12am now.

anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? (memang kepala tengah sakit)

memang tak la.

aku nak tidur.

for my reflection: banyak dosa aku kot harini. kena istighfar banyak2 before tido. huhu

Sabtu, 6 Januari 2018

Chapter 1 - The Book of 2018 ;

Salam'alaykum,

Mak oi lamanya aku meninggalkan belog ini. huhu. last post tahun lepas. 

Just wanna say Happy New Year everyone! Dah 2018 weh. Welcome to 3 series to all of you 1988 folks (yeah including me *insert emoji tangisan dalam ketawa*)

So macam biasa tahun baru kita mesti la nak share azam baru kan. Tapi sebelum tu aku nak intai dulu azam 2017yang lalu. haha. mari kita tengok.

my goals for 2017?

1) nak jadi better muslim. better than before. syukur Alhamdulillah Allah letak aku yang takde apa-apa ni dalam jalan dakwah dan tarbiah. semoga aku tak sia-siakan peluang yang Allah bagi ni. nak faham Islam sefaham fahamnya sampai hati ni cintakan Islam more than anything. just like mereka mereka di zaman nabi dulu. insyaAllah. (nangis)



2) finish my work on time! payahnyaa dari 20 tahun lepas aku masih struggle benda ni. hahah. insyaAllah i can do this. fighting! (nangis lagi)
 

3) rajin menuntut ilmu. tak kira la apa saja ilmu bermanfaat. (nangis jugak. tapi ada jugak la usaha sikitt)


4) BERHENTI jadi seorang yang MALAS! haha. plis la aisyah nadiah. (nangisssss. haha)


5) SAVE money. pejam mata dari membeli benda tak penting. ni dah start bulan ni. ya ampun susahnya tapi aku percaya sebenarnya boleh. sebab time takda duit boleh pulak tak membeli. haha. kena simpan wei. (i failed miserably. harini dah 6 januari 2018 aku masih shop online. malah lebih advance pandai beli barang ship from overseas omgeee nak kena rotan ni)


6) nak kawen! hahahah. ok this one walau belum nampak lagi, kita tetap kena letak dalam goal. baru la bersungguh sikit kan. (alhamdulillah yang ni walaupun tak tercapai 2017 insyaAllah heading towards it. Allah bagi pada waktu yang sesuai insyaAllah)


7) and last one, semua goals kat atas ni adalah untuk yang last ni. Mardhotillah.. nak capai redha Allah. sebab apa pun yang kita buat kat dunia ni, yang Allah redha je yang akan bagi manfaat kepada kita kat akhirat nanti kan? :) insyaAllah (masih mencari mardhotillah, malah selalu tersasar dari jalanNya :( )

Stress terus aku nak share my goals for 2018. haha. dah la hat taun lepas tak tercapai. cis. Tapi takpe, still gonna share sebab still ada kaitan dengan yang tahun lepas. Kihkih.

So for 2018, my goals are:

1) Kurangkan marah. Ke arah kehidupan yang kurang stres gitu. Haha. Anggap setiap masalah ada penyelesaian. Jangan terus nak marah, sedih dan stres. (Sebenanya harini dah fail sebab buntu memikirkan bidinku yang tersadai. tapi takpe. esok kita try senyum k). Ni pun sebab kerjaya aku (cey kerjaya) banyak involve dengan emosi amarah ni tapi tak sepatutnya aku menggunakan emosi tersebut kat budak-budak so tahun ni kita cuba jadi cikgu yang tak garang tapi tegas. gituuuuh. Haha aku rasa nak lempang diri sendiri plis. 

2) Nak buat ummi happy dengan aku. Taknak tunjuk muka masam, menjawab, bergaduh ke apa. Which dah try 2 weeks kot. Siyes memang harmoni je. Haha. Sebab these 2 months agak crucial as i am preparing for my wedding so gaduh-gaduh dengan mak is a no no. My dream wedding is which yang mak aku dream of, yang mak aku nak. So takyah stres, takyah gaduh, kita ikut cara dia je. Confirm happy. Hehe.

3) Get things done, work things out. Yes bunyi simple.Tapi 2 benda ni boleh bantu aku mengeluarkan diri dari kemelut procrastination. Aku rasa la. Haha.

4) Khatam juzuk 30. Or half of it. I have the advantage where budak-budak sekolah aku memang menghafaz surah dalam juzuk 30 from darjah 1 till darjah 6. Diorang ada list of surahs yang perlu dihafal tiap tahun from darjah 1. so aku pulak kebetulan ajar subjek quran dari 2015 berbeza tahun. 2015, darjah 1. 2016, darjah 2 & so on. And tahun ni dapat darjah 4. So masa quran diorang duk baca reramai tu aku baca sekali. & hafaz sekali. Harap-harap by the end of the year boleh la separuh juzuk pun jadila. Huhu.

5) Rajinkan diri masak. Because you know why. Muahaha. 

6) Improve pengurusan diri. Sebab tak lama lagi bukan nak kena urus diri sendiri sesorang je dah. Gituuuuuuu. Hahah.


7) And the rest adalah those 2017 resolutions.

Doakan aku ye. Kekadang rasa susahnya jadi grown ups ni. Tapi sebenarnya compared to others yang sama umur dengan aku, Allah memang bagi sesuai dengan kemampuan aku. Orang lain dah ada bigger responsibilities. Aku still yang senang-senang je. Tu pun dah menggelabah. Memang sungguh la Allah Maha Mengetahui. Even kita sendiri pun tak faham diri sendiri. Tapi Allah sangat faham, dan Dia bagi satu demi satu sesuai dengan kemampuan kita.

All the best ye sume! :)

Sory takde gambar menarik lagi. Ni je yang ada hahah. Teruja sebab first time buat photobook.

p/s: tahun ni  aku nak cuba update blog regularly. lets aim for one post per week first.