Memaparkan catatan dengan label SHINee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SHINee. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mei 2018

10th SHINeeversary


mungkin yang dah lama baca belog ni tau zaman aku dok layan kpop. dan perasan dulu aku adalah peminat tegar SHINee. klik je tag SHINee dalam blog ni dah terbukti. haha. i started to know kpop from super junior. masatu baru tahu betapa kelakarnya variety shows dorang ni. & then i stumbled upon shinee hello baby vids. that was how everything started. aku follow suma shinee updates from their songs, shows, individual activities, concerts suma. lagu-lagu dan vids depa jadi pengubat hati yang duka lara masatu. haha. 

dan mungkin ada yang dah tahu they lost one of their member at the end of 2017. due to depression. masatu titibe makin tinggi awareness terhadap penyakit depresi.

masa dapat tau jjong's death rasa macam tak percaya weh. sebab semua shinee fans tau how bubbly and cheeky he was. rasa macam sedih nak dengar lagu-lagu shinee sebab almost semua lagu start dengan suara dia coz he was one of the main singer. dua tiga hari jugak la aku macam murung. so faham je kenapa ada fans yang menangis berhari-hari. orang yang ko kenal kan.

and bila bayangkan macam mana other members nak go through, sedih la jugak rasa. sebab diorang hidup sesama dah lama. bayangkan jonghyun ni mati few days after dia shoot kulit album solo dia yang scheduled untuk keluar bulan januari. bila album dia keluar, tengok lirik lagu dia pun sedih. coz he composed his own songs so lirik dia memang menunjukkan betapa letih dan lonelynya dia melawan penyakit tu. and on feb shinee patut ada concert. dan diorang teruskan juga berempat. which i feel proud of them. and i heard that his final solo album is the best album of him. 

biarpun aku sekarang dah tak follow dorang (i jadi fangirl chemot je muahaha), tau la jugak serba sedikit updates shinee. and tomorrow (25th may) is going to be their 10th anniversary. aku start jadi fan tegar masa diorang baru nak sambut 2nd anniversary. and this month jugak diorang akan comeback dengan album baru. berempat.

tapi even jjong dah takde pun, shinee vids still jadi my fave untuk ditonton time tengah makan sesorang or time tengah bosan. & i still laugh at his jokes.. 

p/s: this reminds me..nanti nak pindah johor i have to make sure tak tinggal external hard disk hikmatku..hihi

Selasa, 4 Ogos 2015

married to the music ;

dapat khabar yang my sainiboys ada buat comeback. new single & repackaged album. tajuk lagunya 'Married to the Music'. gituhaa tajuk lagu dia kan. kemahen.

since tadi dapat line internet best sikit, download la the MV nak layan pas balik sekolah kononnye. so lepas dah tengok, overall MV concept menarik la jugak. lagu, ok laa. macam biasa shinee style. tapi mula-mula start mv nak tahu apa yang keluar?


haha. hampeh betol. SMent ni pun lah kan. but i checked the lyrics, takde unsur-unsur anti marriage ke apa pun la. pastu yang kelakar dalam mv ni ada part di mana diorang hilang organ-organ badan. haa scary ke idok. key memula sekali dah kene tebas kepala. onew hilang hidung, taemin mata tekuar, jonghyun mulut hilang. minho iols tak ingat. haih memacam laa. biasa la shinee & their pepelik punya mv concept khenn. layan jer la.

macam biasa muka takde perasaan.

titiba hidung takde haha

Jumaat, 15 Mei 2015

SHINee's back back back 2015 ;

wuhuu setelah aku menyimpan jembalang fangirl ku selama hampir dua tahon.. akhirnya mereka kembalii. bayangkan last comeback diorang aku tengah final sem kat perkampungan atap biru (uia la mana lagik) tuh. cewah macam la dah lama sangat kan dah habis stadi..kahh.

mujuq ada lagi sisa sisa fangirl ni tersimpan di lubuk hati hahaha. kalau tak hilang dah feel. ampa lah ni awat lama sangat tah nak comeback. ish ish.

jadi mari menjamu mata dengan gambaq teaser. tapi disebabkan aku tak sempat stadi bebetul lagi apa tajuk single apa suma kita tengok gambaq ja la noh.

ini adalah their 4th album. tajuk diberi odd. konsep aku taktao sebab tak baca sangat . tapi macam biasa shinee punya konsep memang macam teka teki teka tekuk sikit. eh ke SM punya konsep cenggituh? haha. ada vid trailer ke apa tah pasal diorang diculik oleh gegadis. wahhh jangan marah okk fangirls sekalian. belakun ja tuhh..kekeke. tapi aku tak tengok lagi sebab takde sumber internet yang memberansangkan. dengar cite diorang punya title song (dah lama tak berkpop tak ingat dah term2 dia bantai ja lah noh) adalah ditulis oleh inche jonghyun. haruss dia mengembangkan bakat yang ada kann.

ok jom tengok gambar. tapi mintak maaf aku takde individual pics of other members sebab tak save kat fon. opkos la gambaq inchek onew jer aku save.. mihmih


lelagu dalam album nih. aku tepek je ni tak sempat baca pon. haha

ewah ewah oneww.. maen mata nampak. btw aku suke gambar ni. hihi.

ni aku pun taktau. sindrom peterpan barang kali. baju tuh da macam pajama pun ada.wakakak. kalo aku pos gambar lain mesti korang rasa onew punye paling pelik. cam biasa la onew dan pelik tak dapat dipisahkan kan.

yess nantikan.. 18.05.15
*gambar credit to LINE.

Sabtu, 5 Oktober 2013

shinee's back back back ;


berapa kali back daa tahun ni. haha.

papepun cant wait.

06-10-2013. 8pm KST (7pm MYT)

Jumaat, 20 September 2013

play etude ;


hahahaha sumpah lawak gila. taemin at the beginning hahaha.

Rabu, 18 September 2013

boys meet u ;



k. one direction sangat tau hahahahaha.

papepun i suka lagu ni.

dan onew kat dalam ni hoho.

Ahad, 19 Mei 2013

testingonetwothree ;

hihi sebenarnya takde motif post harini. installed blogger in my fon just wanna see how it works.

tengok la si onew tuh kat mana mana pun nak relate diri ngan ciken. saboo je ler

Sabtu, 11 Mei 2013

the misconceptions of me ;


part two of the third album. the miscnceptions of me.

i think i'm loving this album the most. suma lagu best. and i dont know why i like the other songs in this album more than the tittle track (Why So Serious). tapi why so serious pun best jugak lah.

aku taktau la kenapa aku suka sangat siap rasa menyesal beli chapter one. haha. taktau la apa yang best mungkin sebab genre & konsep lagu dia macam in dengan aku. lagu-lagu dia macam creepy mysterious haunting gitu. dark concept. sebab tu la kalau tengok MV why so serious ada dance moves macam zombie zombie tu kan. 

mula mula macam tak semangat dengan comeback yang ni sebab they're promoting without jonghyun. dia accident dan patah hidung. tengah dalam proses untuk recover. memang tak best sangat la tengok MV berempat je. papaepon suara dia still ada dalam full album. lets just hope dia cecepat sihat and sempat join promotion.

lagi satu suka this album sebab lagu lagunya unik sikit. lain sikit dari konsep biasa shinee. dia bila first time dengar macam biasa je tak menarik sangat tapi bila banyak kali dengar best pulak. ala tapi lagu kpop kan selalu semua camtu kan. pelik betul. first dengar, lagu amendaaa lah ni tapi lama-lama ha sudahh takleh berenti la puleks.

title track: Why So Serious. lagu ni katanya genre funk rok. tapi yang uniknya lirik dia memang citer pasal zombie yang jatuh cinta tapi lagu dia tak creepy macam zombie la kan. 



my fave, Orgel. bunyi music box mula mula tu macam pehh seramm tapi hypnotizing. creepy tapi menarik telinga untuk mendengar. tak silap orgel ni maksud dia music box. bahasa apa tak sure. aku kalau bunyi music box ni mengingatkan kepada badut. ala yang music box ada clown tu. clown sebenarnya adalah antara benda yang aku takut dalam dunia ni tapi entah kenapa lagu ni macam tempting je mendengarnya. 


tracklist:

No.TitleLyricsMusicLength
1."Nightmare"  Kim Bo MinHitchhiker3:37
2."Why So Serious?"  KenzieKenzie, Kim Cheong Bae, Andrew Choi3:40
3."SHINe" (Medusa I)Misfit, Choi MinhoTeddy Riley, Red Rocket, Kim Tae Seong, Andrew Choi3:49
4."Music Box" (Orgel)Kim JonghyunChoi MinhoIain James Farquharson, Christoper Lee-Joe, Mikko Paavola, Philipe-Marc Anquetil3:26
5."Dangerous" (Medusa II)Jo Yun Kyeong, Kim JonghyunTeddy Riley, Red Rocket, Kim Tae Seong, Andrew Choi3:32
6."Like a Fire"  Min Yeong JaeThomas Troelsen, Herbert St. Clair, Crichlow3:42
7."Excuse Me Miss"  Kim Bo Min, Choi MinhoAmanshia Nunoo, Dwayne Fyne, Ryan Jhun3:42
8."Evil"  Kenzie, Fridolin Nordsoe Schjoldan, Frederik Tao Nordsoe SchjoldanKenzie, Fridolin Nordsoe Schjoldan, Frederik Tao Nordsoe Schjoldan3:27
9."Can't Leave" (Sleepless Night)Shim ChangminChoi MinhoIm Kwang Ok, Matthew Tishler4:41
*copied from wikipedia

lagu lain pun suma best. tapi tak pandai nak menerangkan satu satu sebab saya bukanlah pakar bidang muzik ker kann. aku taktau la memang diorang plan macam tu tapi apa yang aku perasan suma lagu dalam chapter 1 adalah macam sama jenis & macam tu jugak chapter 2. so basically dudua chapter adalah berlainan konsep.

tapi aku suka jugak part one sebab lagu lagu dia ada 80s feeling. its just that aku rasa album yang ni lain dari konsep shinee yang biasa kita dengar. 

sukanya lah kan aku kat saini ni sampai rajin bona buat review album. tapi serius try lah mendengarnya anda pasti tak menyesal. hehe.

ni dia punya highlight medley if u want some idea of how the songs in the album sound like


aku recommend Orgel. SHINe pun best. bila dengar teringat lagu lagu zaman boybands 90an. nsync bsb gituh. ada jugak macam michael jackson. shinee ni kalau perasan lagu lagu depa macam ada bunyi bunyi lagu MJ sikit. ok fine la atau mungkin jjong punya suara ada michael jackson feel menyebabkan lagu lagu depa jadi camtu kan. ahah.

tapi suma lah best kut. and i think its not too much if i say all the songs can be the tittle tracks. harr nampak tak? to that extent tau. 

keep on shining shinee! 

Isnin, 11 Mac 2013


orang miskin first time beli kpop album. tu yang teruja lebih. still rasa tempted nak beli Sherlock tho. sbb sherlock sangat artsy smartsy. nak cover onew.

btw, this 3rd album baru 1st part je ok. bulan april nanti ada Dream Girl : The misconceptiosn of me pulak. memang tak beli lagi la kut buat masa ni kan. kang makan rumput je pulak sepanjang sem.


oh, Big Bad Wolf is here in iiu. whoot!~ minggu lepas rasa frust gila sebab tak sempat pi kat mines. tadi dah survey2 sikit. dah aim beberapa buku utk family members. hihi.

padahal voucher tinggal berapa je.

Rabu, 9 Januari 2013

27th Golden Disk award 15-16 january kat sepang. harga tiket buleh bikin nangis. haha. 600rm ++ weh paling murah. walaupun shinee ada & dat will be their first time in msia, tetap tak mampu. takpe positif akan ada shinee world concert kat msia ni and masatu konfem pergi. hohoh *sedapkan hati*

yang best time tu ada gemilang management workshop aka retreat & akan dibuat berdekatan sepang jugak. tu pun tak pergi jugak sebab nak balik cepat cepat jaga abah. kalau pergi dapat bayangkan spazzing dengan ila. ila feeling2 dekat dengan exo aku feeling2 dekat ngan shinee kan. haha. tapi kesian jugak kat ila, sepatutnya kena pergi sebab banyak benda pasal multimedia kelab nak kena turunkan kat dia. rasa macam tak bertanggungjawab je. sebenarnya nak sangat pergi tapi condition abah tengah tak berapa baik sangat. & considering cuti uia yang tak berapa nak banyak tolak tempoh hari pergi retreat, kalau boleh taknak bazir satu hari pun yang boleh dihabiskan dengan umi abah. bukan senang dapat balik.

ada dua paper lagi. fighting fighting ya ya yah \(^^)/ *gaya onew*!


semenjak dua menjak ni makin jatuh cinta dengan onew. taktau kenapa. salahkan fanfics yang oversweet. dan ye, fangirls can dream rite. hohohoh :p

oh januari tahun ni jugak menandakan dah 3 tahun as a shawol. tak sangka. rasa macam baru je lagi tengok hello baby. masatu the only kpop group yang aku tengok variety show suju je lah. nak tengok hello baby pun sebab suka kanak-kanak. ingat lagi kemain aku kritik sebab dorang muda lagi konon nak jadi ayah. ha kan dah sangkut.

Rabu, 2 Januari 2013

dinoboy ;

pop kuiz.

ce teka sapa ni??


hahahahahahahahaha


sebijik sebijan.


Sabtu, 1 Disember 2012

For 1000 Years, Always Be By My Side ;


suka lagu ni. macam sedih.

 miracle. thats what i'm waiting for right now.

there will be a limited version of this PV which will be released only for 3 days from 7-9 disember kat shinee japan fansite http://shinee.jp.





source: 

Khamis, 28 Jun 2012



i cant be any prouder.

walaupun tau je other groups mungkin akan buat benda sama jugak kan untuk peminat yang sakit macam ni.

taemin siap bagi bracelet yang dia pakai all the time. and bila dia tahu donica suka dia, he really made the efforts. terharu gilaa tengok.

donica, fighting! 

Isnin, 4 Jun 2012

@skehehdanfdldi ;

heeeeeeeeeeeeeeeeeeee

tekalah who's on twitter.

didnt expect him to be the second one after jjong since brader ni tak berjiwa social network sangat rasanya. even kat me2day site diorang pun dia yang paling tak post sangat.

username dia tak silap aku membawa maksud 'i'm animal too' if typed with the qwerty keyboard when it's in the korean mode.

sebenarnya before ni dia dah buat acc lain. username merapu camni gak tapi maksud dia 'I AM EATING' hahaha. tapi dia dah delete. tapi username yang tu lagi comel kot kan. tadi baca translation tweets dia. first tweet tu dia cakap dia takkan tekan 'delete account' lagi time tuka pasword. haha ingatkan sebab apalah delete first account tu. rupanya terdelete by mistake. eh tapi teringat pulak dulu aku pun pernah buat acc twitter tapi delete sebab dah tukar setting dia otomatik update kat fb pastu taktau nak tukar balik camana. kita sama noob lah jinki. eh? *tampar*

ok sebenarnya aku rasa tulis post ni macam tengah bercerita dengan ee je sebab rasanya dia je yang minat nak tau. hee :P


kira syukurlah dia tak buat usernama dia everybody's fantastic chicken ke apa kan.









bila kamu nak berlakon drama ke pulak?




Jumaat, 25 Mei 2012

4yearswithSHInee ;


 

ok sebenarnya 3 tahun je lah untuk aku. didnt know them dari hari depa debut. aku pun tak pasti macam mana aku start jadi fan shinee. dulu first kpop group yang aku start ambik tau gilagila was super junior. sebab masatu minat gilaa dekat hangeng (still minat lagi). lepas tau super junior, tengok variety shows. of course minat akan bertambah bila tengok variety shows sebab kelakar kan. dulu aku tak minat sangat lagu-lagu menari-menari ni. so minat bermula dari variety shows diorang. dah tengok satu show, cari yang lain lagi kat youtube. and then stumbled upon shinee hello baby. sebab suka kanak-kanak aku tengok. masa tu tak kenal lansung shinee siapa. 

lepas tengok hello baby, satu satu lah pasal depa aku ambik tau. tapi dalam masa yang sama super junior masih paling penting kann. nomor satu. after hangeng dah takde, kurang sikit ambil tau pasal suju. tapi tau jugak lah. alah tapi for kpop fans zaman-zaman aku (tahun 2009-2010) normal lah start minat kpop dengan suju. showmanship paling best.

tapi sekarang ni kalau korang tanya update latest, shinee la aku paling tau. suju tau jugak, tapi kadang kadang missed gak. & since aku rasa aku ni setia orangnya (penampar boleh?), walau banyak mana pun kpop groups sekarang, aku mampu follow shinee & suju je la. yang lain ambik tau gitu gitu je.

apa yang best about SHINee? well, kalau nak banding dengan group lain tak best kot sebab dari perspektif seorang peminat of course suma pun best kan. tapi mungkin untuk aku lagu, vokal & tarian diorang kot. orang kata diorang femes dengan nyanyi & menari live best. ala tapi orang boleh cakap jugak banyak je group lain camtu kan. so senang cakap, peminat je yang tau kot. biasa lah orang kata if you have reasons for loving someone, thats not love. aicehh. boleh la kalo nak tampar berkali kali ni.

dah taktau apa nak cakap dah, saya letakkan sekali translated mesej anniversary dari depa sebab nanti bila bila nak tengok balik senang. hehe.

yang penting, tengok onew punya mesej. sooo adorkableasdsfdlkjh!


message 4th anniversary 120525

leaderONEW

It’s our 4th anniversary. ^^
The long yet short time we’ve spent with you all makes me very happy. ^^
We’ve been focusing on our activities in Japan recently~
We’re having a fun time!
I will work hard in order to create even better times. ^^
Let’s all enjoy it together! Woohoo, ha.
You who will continue spend more time with us!
I love you. ^^
Everybody fantastic chicken (lol this chicken maniac)
 ***

JONGHYUN
 Hello.
I am SHINee’s Bling Bling Jonghyun!

It’s been four years.
We’re four years old. Wow, that’s amazing.
Let’s keep doing well for a long long time!!!!!^^

Thank you~

 ***

KEY
It’s our 4th anniversary.. It’s already our 4th anniversary!
I think everybody and we as well have run restlessly and leaned against each other. 
Please continue to take care of us. We will promote from the bottom of our hearts!
I love you. Thank you :-)

***

MINHO

Four years have already passed 
since we introduced ourselves with “Hello, we are the shining SHINee”…
The SHINee members, staff, and our SHINee World 
have always been together in laughter, in tears and in hard times, in happy times.
I am very thankful and thankful again for those times ~
I hope more things can become happy
as much as this time right now is ^^
Thank you for always
creating an awesome movie with me ~~
You know that the day for the ending credits to roll is still far away, right ?^^
I always want to be by your side…
I sincerely thank you and thank you again~
Thank you and I love you. ^^
***
TAEMIN

Hello!! I’m SHINee’s makdoongi Taemin!^^
Everyone, it’s already been 4 years for us.
There were many hiatuses and we were overseas a lot,
but I have always thought about all of SHINee World.
It’s the same for you all, right? haha
And I have finally turned 20 years old
and have become a mature man haha.
Don’t fall for me too much. ^^
Anyway, I really miss you.
Please wait a little longer, everyone. Huhu we will run to you quickly haha.
Anyway, please look forward to SHINee who is growing up quickly.
Continue to give us lots and lots of love~
I love you, SHINee world
This has been SHINee’s Taemin
who has become a cute but cool man.
Bbuing bbuing~~

credit: myshawolsjjang.blogspot.com
Translated by kimchi hana @ shineee.net

Source: SHINee Official Board



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


and kena tengok video ni, this was their debut stage, 25th may 2008. masatu saya tak kenal depa lagi, masih dalam dunia saiko sorangsorang dulu. haish, patut kenal depa lagi awal kan. haha. 

 


see, diorang nyanyi live best kan. ni debut stage ye. bangga :') suma muka nrvous je. haha comel. sekarang taemin takde dah tekebil2 camtu, minho pun tak senyap camtu dah. taemin dalam vid ni umur baru 15. kalau dengan umur aku sekarang nak minat yang umur 15 adalah macam......

memang tak la kan! haha


SHINee yongwonhi!

Sabtu, 24 Mac 2012

SHINeeIsBack ;




penantian hampir dua tahun.

to be honest, sherlock is not really my kind of song. but i immediately fell in love with the song sebab lagu ni memang SHINee style. like, the genre is SHINee. bila tengok dance steps dia lagi lah suka. ada jugak orang cakap lagu ni sounds Michael Jackson-ish. mungkin lah kot ada jugak sikit.

dance steps diorang. aku rasa memang cun untuk 5 orang je. sebab their moves banyak yang akan relate dengan each other. terbayang jugak let say salah sorang takde ke time dorang perform, mungkin tak best sangat kot.

dah dengar semua lagu dalam mini album ni. ada 7 semuanya. ada 2 tracks, Clue & Note, dua lagu ni adalah digabungkan jadi lagu comeback diorang which is Sherlock. hybrid apo entah namanya. istilah senang, mashup. which is kind of unique gak la. dalam Clue boleh dengar verse dalam Sherlock & dalam Note ada chorus dia.

my fave tracks, 'Stranger', 'Honesty' & 'The Reason'. 'Stranger' sebab lagu ni dah ada dalam japanese album diorang dalam bahasa jepun. and aku suka lagu tu, happy gila bila diorang buat korean version. tapi sebab dah biasa dengar japanese version, the korean version sounds a bit awkward at first. 'Honesty' best sebab fully acoustic & lagu tu adalah khas untuk peminat a.k.a SHINee World (shawols). lirik dia pun jonghyun tulis. & 'The Reason', starting dia dengan electric guitar which mengingatkan aku kepada lagu lagu Peterpan & Kamikaze & seangkatan. & lirik dia pun best. since i'm a fan of slow number dan juga laguputuschenta gitu, aku pilih The Reason lah as lagu aku.



lagi satu lagu, 'Alarm Clock'. best gak la. genre SHINee gak. haha memandai je aku cipta genre shinee kan. maybe ada composers yang sama kot dengan sesetengah lagu in previous albums.

and aku perasan, dalam mini album ni taemin ada banyak singing parts. amboii sejak ko masuk immortal song ni kann. haha. takdelah. tapi singing ability dia memang improved. relaks je dia bawak high note parts yang usually jonghyun nyanyi.

okay sebenarnya aku pun tak sure kenapa aku end up buat album review kat sini padahal niat asal nak mencapap MV depa je. haha.

lastly, album cover dia chunn. artsy schmartsy gitu. 5 different covers. kat depan muka one of member and belakang macam corak-corak artistic camtu. cuma aku taktau la kalau order boleh pilih which cover korang nak. sebabnya kalau aku, tolak awal2 la cover taemin & minho. haha. aku nak tunggu rock corner jual or kedai ahjumma times square jual. takpelah tak dapat poster tu. sebab onew suruh aku beli cover dia je. haha :p :p pelik kan, kenapa onew punya cover sorang je yang tak topless. dia macam tau tau je aku tak suka. kahh. ;p

akhir kata, jangan datang malaysia awal sangat. bagi aku kumpul duit dulu. sumpah istilah papa kedana tengah melekat kat dahi sekarang.

oklah. toodles~

Khamis, 8 Mac 2012

SHINeeSherlock ;


mungkin my next posts suma adalah tentang ini saja. ngehngeh. kasi can la. dekat dua tahun tunggu depa buat korean comeback kott.

the first teaser is minho. french boy style katenya. walaupun aku tak nampak apa kaitan french boy dengan sherlock kan. tapi, papejelah.

tak post gambar dia sebab tak pakai bajuu. haha :p nak tengok google sendirik.

lepasni sapa pulak lah ye. gila lama weh tak nampak onew. eceyh ayat macam selalu lepak minum or nampak real life je kan. tapi betul, semua events shinee dah tak nampak dia dah. last was mbc gayo daejun haritu kalau tak silap.

so dapat tengok tangan (walopon entah mana satu tangan dia kann) pun jadiklahhh.

oh, onew tolong ye pakai baju untuk gambar teaser nanti. takyah nak shirtless2 sangatt.

21st MARCH 2012
SHINee
comeback
sherlock

Rabu, 11 Januari 2012

wanna bee sweet?

tadi keluar dengan ee. pergi kl festival mall. jalan jalan release tensi kononnya. masuk popular bookstore. ee jumpa cd arashi. teruja. aku jumpa ni. sawan sebab comel sangat tapi takde duit nak beli. haha.

mula mula jumpa buku. tapi kat bahagian atas2 semua moomoo. cakap kat ee susah betul nak jumpa yang gajah. pastu ee cakap eh kalau tak cari memang tak jumpa sambil tengok yang bawah2. sekaliii memang ada. dah la kat popular jadi member dapat diskaun. pastu jalan2 kat area tumblers ee cakap "entah2 botol air pun ada gajah kat sini nad". mula2 aku cakap ehh takkan laa susah nak jumpa botol air gajah. titiba:

aku teruss apply jadi member. pedulikk miskin ke tak. tapi in the end aku beli bookmark je seketul. sebab baru nak habis exam motif nak beli stationary? tunggu bukak sem nanti hehe.]

eh tapi untung weh. most barang dapat diskaun. alahh tak kesah la posen2 pun kan tapi kalau beli banyak dah untung banyak gak tu. aku taktau pun selama ni. sebab jadi member mph bookstore je. tu pun tak suma barang ada discounts untuk members.

budak CFS uia dah datang mendiami maryam. secara officialnya memang mahalah maryam kesayangan (walaupun paling ceruk) dah takde. pintu gerbang pun dah tukar. 'Mahallah Maryam: Centre For Foundation Studies'.

itu lantaklah tapii yang pilunya cafe diorang tak bukak lagi and kena share dengan mahalah kami, halimah. dah la musim exam ni timing orang makan dah lari. kalau lunch tu pegi pukul 1130am memang beratur sampai luar pintu cafe. tapi kalau pergi pukul 12pm pulak tinggal kuah je suma. nangiss. itu yang aku dengan zue selalu makan time dinner je. tapi sekarang pulak dinner kena rebut2 dengan mereka2 dari maryam pulak. dinner pun kitorang take away sekarang. sedih. hopefully sem baru nanti bukak la cafe maryam tu..

dah la campur dengan lelaki.

culture shock suma bila sampai cafe. nak buek macam mano kann selalunya kat uia ni cafe mahalah mana laa campur2. tercover cover suma aku tengok.

tapi aku peduli hapee. aku pergi cafe untuk makanan. selekeh ke tudung senget ke belakang kira.

kereta ee enterprem keh keh.

soca organ dah habis isnin haritu. tinggal lagi dua subjek. sociological theory 1 & sociology of marriage & family.

oh oh tadi lalu kat depan etude house and nampak shinee. gyaaaa meroyan jap dengan ee. memang dah tau shinee's endorsing etude house. tapi haritu lalu depan etude house takde pun lagi diorang. pastu nampak etude house kt festival city tu aku pun cakap kat ee. pastu dari jauh nampak kat booth kecik kat kedai tu macam muka lelaki. ee cakap la maybe dah ada kot tu nampak muka lelaki. bila dah dekatt,

*gambar credit to uploader at Super Junior & SHINee fanpage at fb*
onew okk mula mula sekali nampak. meroyann. dah la dua dua suka onew. hehe. nak snap pic tapi promoter datang pastu buat buat tanya promoter pasal the product. ada lip balm dengan hand lotion. satu 29rm tapi kalau beli satu set (ada empat) dapat 80rm something kot sekali dengan mug free. lip balm pun 29rm. hand lotion pun 29rm. aku ni kalau tengah kaya memang beli je tapi tulah. and masatu tak fikir pun nak beli. nervous nampak muka onew kat situ kann. *tolonglaa paham. tampar kangg*

tapi mungkin kalau lalu lagi depan etude house akan tempted untuk beli lagi. tapi tulah, other product diorang pun tempting jugak. lagi lagi tengah sale ni kann.

onew is holding Missing You Hand Cream Honey Bee. ok kena beli yg ni kehkeh. tapi lagi untung kalau beli empat.


eh terpromote lah pulak kann. aku memang sukaaa promote barang yang aku sendiri pun tak beli. hehs.


okbaii~