Memaparkan catatan dengan label new year. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label new year. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Januari 2018

Chapter 1 - The Book of 2018 ;

Salam'alaykum,

Mak oi lamanya aku meninggalkan belog ini. huhu. last post tahun lepas. 

Just wanna say Happy New Year everyone! Dah 2018 weh. Welcome to 3 series to all of you 1988 folks (yeah including me *insert emoji tangisan dalam ketawa*)

So macam biasa tahun baru kita mesti la nak share azam baru kan. Tapi sebelum tu aku nak intai dulu azam 2017yang lalu. haha. mari kita tengok.

my goals for 2017?

1) nak jadi better muslim. better than before. syukur Alhamdulillah Allah letak aku yang takde apa-apa ni dalam jalan dakwah dan tarbiah. semoga aku tak sia-siakan peluang yang Allah bagi ni. nak faham Islam sefaham fahamnya sampai hati ni cintakan Islam more than anything. just like mereka mereka di zaman nabi dulu. insyaAllah. (nangis)



2) finish my work on time! payahnyaa dari 20 tahun lepas aku masih struggle benda ni. hahah. insyaAllah i can do this. fighting! (nangis lagi)
 

3) rajin menuntut ilmu. tak kira la apa saja ilmu bermanfaat. (nangis jugak. tapi ada jugak la usaha sikitt)


4) BERHENTI jadi seorang yang MALAS! haha. plis la aisyah nadiah. (nangisssss. haha)


5) SAVE money. pejam mata dari membeli benda tak penting. ni dah start bulan ni. ya ampun susahnya tapi aku percaya sebenarnya boleh. sebab time takda duit boleh pulak tak membeli. haha. kena simpan wei. (i failed miserably. harini dah 6 januari 2018 aku masih shop online. malah lebih advance pandai beli barang ship from overseas omgeee nak kena rotan ni)


6) nak kawen! hahahah. ok this one walau belum nampak lagi, kita tetap kena letak dalam goal. baru la bersungguh sikit kan. (alhamdulillah yang ni walaupun tak tercapai 2017 insyaAllah heading towards it. Allah bagi pada waktu yang sesuai insyaAllah)


7) and last one, semua goals kat atas ni adalah untuk yang last ni. Mardhotillah.. nak capai redha Allah. sebab apa pun yang kita buat kat dunia ni, yang Allah redha je yang akan bagi manfaat kepada kita kat akhirat nanti kan? :) insyaAllah (masih mencari mardhotillah, malah selalu tersasar dari jalanNya :( )

Stress terus aku nak share my goals for 2018. haha. dah la hat taun lepas tak tercapai. cis. Tapi takpe, still gonna share sebab still ada kaitan dengan yang tahun lepas. Kihkih.

So for 2018, my goals are:

1) Kurangkan marah. Ke arah kehidupan yang kurang stres gitu. Haha. Anggap setiap masalah ada penyelesaian. Jangan terus nak marah, sedih dan stres. (Sebenanya harini dah fail sebab buntu memikirkan bidinku yang tersadai. tapi takpe. esok kita try senyum k). Ni pun sebab kerjaya aku (cey kerjaya) banyak involve dengan emosi amarah ni tapi tak sepatutnya aku menggunakan emosi tersebut kat budak-budak so tahun ni kita cuba jadi cikgu yang tak garang tapi tegas. gituuuuh. Haha aku rasa nak lempang diri sendiri plis. 

2) Nak buat ummi happy dengan aku. Taknak tunjuk muka masam, menjawab, bergaduh ke apa. Which dah try 2 weeks kot. Siyes memang harmoni je. Haha. Sebab these 2 months agak crucial as i am preparing for my wedding so gaduh-gaduh dengan mak is a no no. My dream wedding is which yang mak aku dream of, yang mak aku nak. So takyah stres, takyah gaduh, kita ikut cara dia je. Confirm happy. Hehe.

3) Get things done, work things out. Yes bunyi simple.Tapi 2 benda ni boleh bantu aku mengeluarkan diri dari kemelut procrastination. Aku rasa la. Haha.

4) Khatam juzuk 30. Or half of it. I have the advantage where budak-budak sekolah aku memang menghafaz surah dalam juzuk 30 from darjah 1 till darjah 6. Diorang ada list of surahs yang perlu dihafal tiap tahun from darjah 1. so aku pulak kebetulan ajar subjek quran dari 2015 berbeza tahun. 2015, darjah 1. 2016, darjah 2 & so on. And tahun ni dapat darjah 4. So masa quran diorang duk baca reramai tu aku baca sekali. & hafaz sekali. Harap-harap by the end of the year boleh la separuh juzuk pun jadila. Huhu.

5) Rajinkan diri masak. Because you know why. Muahaha. 

6) Improve pengurusan diri. Sebab tak lama lagi bukan nak kena urus diri sendiri sesorang je dah. Gituuuuuuu. Hahah.


7) And the rest adalah those 2017 resolutions.

Doakan aku ye. Kekadang rasa susahnya jadi grown ups ni. Tapi sebenarnya compared to others yang sama umur dengan aku, Allah memang bagi sesuai dengan kemampuan aku. Orang lain dah ada bigger responsibilities. Aku still yang senang-senang je. Tu pun dah menggelabah. Memang sungguh la Allah Maha Mengetahui. Even kita sendiri pun tak faham diri sendiri. Tapi Allah sangat faham, dan Dia bagi satu demi satu sesuai dengan kemampuan kita.

All the best ye sume! :)

Sory takde gambar menarik lagi. Ni je yang ada hahah. Teruja sebab first time buat photobook.

p/s: tahun ni  aku nak cuba update blog regularly. lets aim for one post per week first.

Sabtu, 3 Januari 2015

two oh one five ;

Assalamu'alaykum,
waaa lamanyaa tak apdet belogg. last post tahun lepas kot.

sedih takde internet connection ni kan. berukbeng kat umah ni apa prob entah modem dia. tak sempat2 nak pi maxis tanya.

jadi disebabkan taktao bila baru leh online kat lappy (lappy pon kat gombak sobsob) aku telahpon menginstall blogger kat fon hohoho. aritu malas nak install sebab tengok kat review orang kutuk je. lagipun tak feel ah tulis dalam fon. typo typo bagai nanti.

hmm dah muka surat 3 utk buku 2015.

taknak cakap pasai umur hahaha 

dah late 20s ni (tadi ckp taknak cakap pasai umo) takde azam azam dah. tapi ada la 2 3 goals i wanna achieve. walopon kutahu by the end of the year pasti aku akan lupa macammana aku lupa tahun lepas punya goal hahaha.

tahun ni Alhamdulillah aku memulakan tahun bukan sebagai pekebun anggur. cewah. 1st jan kena keja weh. kembali menjadi cekgu cekgi tapi ni pun sementara jer taktau berapa bulan. tapi better la kan dari takde kerja lansung. syukur sangat Alhamdulillah. takpe yang lepasni tu kita jangan fikir lagi hehe. mengajar darjah satu woii. its like a dream come true since i loveee kids so much hehe. tapi tu lah this offer came bila aku dah mula rasa aku takder kredibiliti untuk menjadi seorang cekgu dan dah mula mempersoalkan adakah aku bebetol sukakan kanak kanak tapi takpe i'll try. nanti kite citer dalam belog ni keyh.

so azam tahun ni adalah nak kumpul duit. wahh belum apape kan ko sanad. jimat duit la to be exact. aku ni dah la bangsa tak pandai mengira. sikit ke banyak ke tetap rasa diriku kaya pastu sedar sedar dah kayap. ummi plan nak buat umrah reramai hujung tahun so kena kumpul duit. harap harap tercapai lah hajat ni sebab dah lamaa teringin sangat sangat sangat sangat..

and nak belajar lebih banyak untuk jadi a better muslim yang menjadikan islam as my way of life not islam as my religion only. insyaAllah. nak biasakan diri dengan solat solat sunat mengaji dan sebagainya. dunia ni dah la permainan je kan. aku pun dok main je selamat 26 tahun huhuhu. insaf setakat insaf je tapi takde buat apa sangat pun *lempang diri sindri*

pastu nak habiskan baca suma buku yang iols beli 2 3 tahun lepas haha. aku ni ada masalah suka kedai buku suka buku tapi tak rajin baca. baca fesbuk aku rajin. 

and on top of all, nak bahagiakan ummi. nak jadi anak yang ummi takyah risaukan sangat. yang menyejukkan hati. yang tak kecikkan hati ummi. huhu aku tau aku banyak sakitkan hati ummi esp lately nih. apesal entah. rasa nak lempang je diri sendiri 

ok dah. ni sebenarnya azam tahun lepas lepas jugak. tak tercapai lagi lah tuu haha.

ok lagi apa eh nak bebel. banyak nak cite sebenarnya tapi nanti next post la eh. nak buat rancangan pengajaran nih. fenin kepala den.

selamat 2015. semoga awak awak suma lebih berjaya lebih happy lebih bahagia lebih murah rezeki lebih bertambah iman dari tahun tahun yang lepas. ameen..

Cecilia Ahern - The Year I Met You. wishlist

Sabtu, 1 Januari 2011

random 110101 ;












tunggu ada polaroid, will hang my pics macam ni. heh heh heh.


selamat tahun baru 2011. jijah cakap azam tahun baru dia starts on new year sebab semester mula beberapa hari lepas tahun baru. jadinya, disebabkan semester baru iiu mula beberapa hari lepas tahun baru hijrah azam baru aku patut dah start dari haritu lah kan.

azam baru:

1) habiskan azam tahun lepas. dah tak ingat pun kena check balik post 1jan10.

2) datang kelas pak aris setengah jam awal dan score intro to anthro. ya aku tidak mahu menerima kenyataan kalau kena repeat subjek ni. tidakks.

3) menstabilkan diri between belajar, society dan... kpop? haha. taklah. dan lain lain.

4) man, dah duapuluhtiga tahun. behave like one.

5) do loads and loads of social work. tolong orang banyak banyak dan banyak.

6) naikkan pointer. mungkin susah nak dapat sebanyak djaman (erma, copied ur fave word) kpm tapi yalah, at least pointer yang ok.

dahlatu. banyak sangat berangan. yang nombor 1 tu pun dah bawak dari tahuntahun lepas. sedor le diri sikit.

baru lepas baca mesej manusia boncet. perlu ke hari hari pertama tahun baru ni panggil aku pendek. harom.

weeee happy happiest 2011!

Isnin, 6 Disember 2010

selamat tahun baru 1432h ;


basuh semua kesedihan semalam dan bangun. selagi ada esok, selagi tu ada penyelesaian untuk setiap masalah.

semoga Allah kuatkan hati dan semoga kekuatan yang ada terus bertambah.

same goes to you.

ameen.



ps : i was more than ready nak balik semenanjung tapi tibatiba rasa macam berat hati. tak ready. i cant breakdown at times like this. i cant.