Ahad, 11 September 2016

eid al adha 2016 ;

salam'alaykum,

how are you? its nearly halfway of september already. makin hari makin nervous nak menghadap hujung tahun. banyak kerjaa. huhu. 

alhamdulillah ujian bulanan 3 dah selesai. tinggal nak marking paper je. tinggal 2 paper BM pemahaman penulisan tahun 5. paper yang paling malasss nak tanda. nasib budak ada 15 orang sajork. tapi sebenarnya kejap je kalo dah start. nak start dia je la. haritu berkobar siapkan tanda 2 kelas. pastu aku dok bermalasan sampai lah laa ni. esok (ahad) nak balik kampung dah for raya. 

guess what? inysaAllah pas raya kami nak larik balik gombak sat. wuhuu best best. tapi aku tak bagitau sape2 pun lagi sebab takut tak jadi ke apa. redha je la last minit nanti nak jumpa sume orang dah ada other plans. huhu.

oh, thank you to all the warm wishes on my birthday! :) dah tua tua ni orang tak wish birthday tak rasa apa sangat tapi bila yang wish tu selitkan doa-doa murah rezeki apa semua tu adeh terharu pulek. dann sempena birthday aku telah menghadiahkan diri sendiri ini.. jeng jeng jengg..


banana uyuu (susu pisang) kalau beli kat korea version botol tu diorang cakap murah je. tapi apakan daya beli kat malaysia ni mahal ler sikit. sebenarnya bukan beli sebab teringin ke apa. kebetulan went to korean fud fair kat pacific kbmall on my birthday. aku pun beli la dengan alasan hadiah besday. sebenarnya nak kurangkan rasa bersalah membazir duit. haha

takde ape yang special sangat pun i did on my birthday. pernah ke pun wat anything special? haha. tak wat anything special pun kita dapat ucapan special pun dah cukup dah. bunga-bunga sampai dalam mimpi mihihihi *sila lempang*

haa lupa nak cite, pasal kena observe for praktikum tu. Alhamdulillah everything went well. walaupun kekanak rebina didnt behave like what i expected them to be. pepaham je la budak darjah 1. depa tau ada stranger dalam kelas lagi laa nak tunjuk perangai kann. usually dalam kelas aku depa behave sesangat. itupun sebab kau guna teknik jelmaan gajah naik minyak. haha. takkan aku nak naik minyak depan penyelia aku woi. cubit senyap2 je. tapi nasib baik kak sah (penyelia aku) faham sangat dak dajah 1. dia memang tak komen sangat la pasal tu. dia cakap normal la dah nama pun dajah 1. dapat control duk tempat pun dah kira baik da. tapi aku sebenaqnya xtau pun aku lulus ke tak haha. tapi kalau lulus tahun depan kena pi intebiu sekali lagi pastu abeskan kursus yang taktau bila pengakhirannya tu dan disahkan jawatan. jangan tanya aku kenapa begitu rumit dan lama sekali nak sah jawatan. padahal takda apa keistimewaan sangat pun. just status ko je la berubah dari kontrak kepada tetap. & layak dapat kenaikan sikit. tapi insyaAllah ada hikmahnya kan. pengalaman tu penting.

lepas observation tu kak sah panggil, komen sikit & borak-borak. banyak la dia share apa yang diorang cikgu kat sri aman kb buat. buku yang depa guna untuk yang lemah tulis baca. thank you kak sah. pastu macam biasa tanya umur dan soalan wajib lelagi bila dengaq umur iols opkos la, "dah kawin ke?". bila kau cakap belum dia bleh cakap, "comey2 camni kenapa tak kawin lagi?" pehh tepat ke dalam lubuk hati. ye la walopon aku tau part comey tu macam tak kena je kans (sis sedar diri). aku pun otomatik jawab insyaAllah nanti saya jemput kak sah sambil senyum simpul macamkan kenduri aku dah dekat. aku pun taktau kenapa aku jawab gitu. i just feel the need to legakan hati dia. macam taknak bagi dia rasa sedih or simpati kat aku yang dah umur 28 tapi tak kawin2 lagi nih. walaupun aku sendiri pun tak rasa simpati kat diri sendiri. haih. masa salam tu dia sempat bisik lagi nanti jangan lupa bagi kad tau. dem.

sebenarnya dulu aku tak pernah pun rasa yang akan datang stress dari society atau orang sekeliling about me, not getting married yet at this age. yela memang takde sapa yang tanya kot. tenang je rasa. kalo ada yang tanya pun dengan tenang aku jawab, belajar lagi. dan sesi soal jawab stopped there. tapi lately memang overwhelming pula soalan-soalan peminat nih. haha. 

setakat soalan kak sah tu takde apa sangat kot. nenek sedara aku pernah tanya, "tak jeles ke tengok orang lain dah dukung anak?" pehhh..nasib lerr memang dia jenis lidah setajam pisau. aku gelak je la. bagi gelak yang paling sweet. aku biar je ayat tu bagai angin berlalu. sebab kalau bagi singgah kat hati memang aku tak pi beraya dah la umah nenek tu. tu belum mudir aku yang tiap kali aku masuk bilik dia akan tanya bila bila dan bila. okey yang ni memang aku annoyed to the max la sebab memula aku pikir dia nak menggalakkan anak2 buah dia kawin kot. tapi tah nape la lama-lama aku rasa sebab dia nak anak2 buah dia kawin dengan ahli jemaah dia. sebab manjang cakap.."takdela kalo tak jadi ada orang yang bertanya ni" 1st, dia guna modal sama je. sape la yang interested sangat tu sepanjang taun tanya pasal aku. karut. 2nd, dia macam tak respek pulak. bila aku cakap dah ada means dah ada la. tak payah la nak serkap jarang tak jadi ke apa. siap nasihat, perempuan baik ni kena kawin dengan lelaki baik. nak je aku cakap, ustaz silap perempuan ni sebab saya tak baik pon. tebako ok. last2 aku cakap ustaz tunggu je tak lama lagi sampai la kad tu. ni kes ni baru last 2 weeks hokeh. bayangkanla betapa kerapnya dia tanya. orang siap bahan aku tah-tah dia tanya utk diri sendiri. homaigoddddd meremang bulu roma ok. memang tak la.

and few days ago dok borak dengan umi pasal hilmi. dia nak kawen dah mac tahun depan. memula ingat nak buat belah kitorang lepas raya pastu umi cakap alang2 tu wat terus je la cuti bulan 3 tu jugak. senang nanti diorang nak balik raya. takyah pikir2 nak setelkan majlis. aku pun macam ok jugak tu. lagipun rumah pun tengah projek untuk dicantekkan jugak. wat sendiri je upah cikwa. tengah eksaited plan2 tu titiba umi cakap takdak sape ke nak combine majlis. jimat sikit. i knew sebenarnya umie tanya aku since aku dah cite kat dia pasal cikmot. aku pun cam huish mana sempat bulan 3 dah tak lama lagi kot. umi boleh tanya apa yang tak sempat? takyah mas kawen banyak2 pun takpela..mudahkan orang yang nak kawin dengan kita tu. krik krik krik. kalo cikmot dengar ni memang pitam takpon demam laaa

double triple sigh. aku ni kalau ikutkan hati memang nak simple-simple je. mas kawen ke apa ke sekadar mampu je la. yang penting nak hidup lepas tu. lagi 1 aku tak pandai nak plan2 ni. tapi bukan sekadar habis kat kenduri tu je kawen2 ni. orang nanti nak hidup dengan aku, boleh ke terima aku during my worst, sabar dengan aku & everything. aku taknak la dia rasa burden & rasa perlu cecepat just because aku ni dah nak dekat 30. kesian ok. macam kena paksa. aku tak nampak sangat kenapa penting sangat sebelum 30 tu padahal umur aku sekarang ni pun dah masuk kategori lambat dah pun untuk kawen kalau ikutkan. yela aku paham apa yang society nampak, angka 30 tu macam lambatnya lahh, tak laku ke apa ko ni, memilih sangat, susah nak beranak nanti dan sebagainya. tapi kalau dah belum jodoh nak buat camane. tak bahagia ke orang yang kawin lambat?

ya, kalau tanya aku mestila aku nak cecepat jugak. sapa taknak relationship diorang sampai nikah kan. tapi aku taknak cikmot rasa terbeban. insyaAllah masanya akan sampai. just usaha dan doa. semoga Allah kuatkan hati untuk hadap soklan peminat especially jenih mulut paparazzi nih. scary weh, macam aritu ada makcik singgah rumah. aku baru nak keluaq bilik nak salam2 titiba aku dengar dia tanya bila majlis helmi, mak aku jawab mac terusss dia cakap lamanya betunang??? dengan nada begitu terkezut. aku terus tak jadi keluaq weii takut dia tanya. terus berpura2 tidur. haha. dia mana tau anak dia suma kawen dengan kelantanese. orang kelantan memang kebanyakan tunang kejap2 je. eh yeke. ke anak2 dia je? 

apa apa pun semoga dipermudahkan segalanya. doa yang sama juga untuk awak-awak yang tengah rasa benda sama macam saye ni. dun worry. ni masa kita untuk berbakti banyak2 kat ibu ayah untuk baiki diri jadi better. being single during late 20s is not a crime. cuma yes, hubungan yang masih belum halal masih belum dalam redha dan rahmat Allah lagi. jaga baik-baik supaya ianya terhindar dari dosa until the day you get married :)

adoi bab jodoh ke kawen ke memang panjang je bebel kan.

akhir kata, Salam Iduladha semuaaa. semoga ibadah korban tahun ini diterima Allah. selamat berkorban :)

masa ni masih memegang title anak tunggal. at least sis penah jadi anak tunggal,. ko hade? muahaha. bila tengok gambar ni terbayang macam mana ye perasaan ummi abah baru dapat anak. dah la after hampir 2 tahun kawen. mesti happy kan. orang sekeliling mesti dok tanya bila nk dapt anak apa suma. nak tanya umi tapi takut aku terlebih feel. anyhow, it feels good to know at least i have made them happy :) selamat ulangtahun ke 28 menjadi parents, ummi abah. kakak sayangggg ummi abah sampai bila2 :)
ps: berani show off gambaq zaman konfem comel (baby) je. sebab kalo korang tengok cane rupa aku zaman kanak-kanak....hahaha. kompius laki ke pompuan. pakai baju gown pun dengan suar panjang kat dalam. dengan rambut pendeknya.. muka comotnya. nasib dulu duk gombak..kira konsider kampung jgk la. kalo memang KL, tak sesuaii dengan imej budak kampung aku. aku tak paham kenapa adik-adik aku punya gambaq time kecit suma elok comel je walopon tengah tak senyum. cis.

jom puasa. & jom berdoa banyak2 minta Allah ampunkan dosa dosa kita.

Tiada ulasan: