Isnin, 26 September 2016

chapter nine page 26 ;


ohana. walaupun we annoy each other most of the times, i hope kita dapat berkasih sayang hingga ke syurgaNya.

random post. sebab rasa nak pos gambar tapi malas nak transfer dari phone.

tema minggu ni : IKHLAS.

benda yang senang untuk dicakap tapi susah untuk dibuat. tapi ikhlas la ubat kepada segala penat dan segala stress dunia ni. bila ikhlas, Allah akan permudahkan urusan kita, berkatkan masa kita, cukupkan rezeki kita, tenangkan hati kita -- suma tu yang kita dok nak dalam kehidupan sehari-hari kan.

antara benda yang dapat masa daurah tadi:

1) bila subuh kita tak kecundang (bangun awal, solat awal), insyaAllah sepanjang hari akan smooth.

2) beribadahlah kepada Allah bukan sebab takutkan azab nerakaNya atau hendakkan ganjaran. buat sebab kita kasih & cinta akan Allah.

3) jangan tunggu ikhlas baru buat. buat sampai jadi ikhlas.

4) sedekah --untuk bersihkan harta & hati.

semoga dapat jadi motivasi untuk diri sendiri dan awak awak yang mungkin membaca. terutama untuk diri sendiri yang selalu lost di tengah tengah lautan. huhu.

Tiada ulasan: