salam'alaykum,
wuu bulan syawal dah berlalu. cepatnya kan sehari sehari masa. nak jugak post entri raya walopon takde gambar dan cerita sangat. sebab nak delete gambaq. haha.
tahun ni kami raya kat gua musang. rumah tok ayah. sebenarnya tiap tahun pun raya sana, just tahun lepas je for the first time ever raya kok lanas. nak raya dengan abah. hehe :) so kitorang gerak hari ahad. naik dua kereta sebab umi nak bawak suma yang ada kat dapoq umah dia. haha. aku pasrahh melihat bidin jadi lori barang pada hari itu. penuh bonet & tempat duduk belakang. aku dengan imah satu keta. umie, alif & madiah satu kete. syiok dapat drive senirik. & alhamdulillah tak jem hari tu. sebab jalan kami menghala ke kl memangla tak jem muahaha. tapi tak silap ke arah kota bharu pun tak jem haritu.
tahun ni adik badik lelaki umie raya rumah mertua so tak ramai sangat la. mak aku ramai adik beradik lelaki. 8 lelaki 4 perempuan. yang lelaki pulak dulu tak ramai yang dah kawin, skrang tinggai pokcu je yang single. so kurang ramai la. tapi tahun ni cik yanie balik raya. so yang ada pagi raya family kami, family cik yati, family cik yani & pakngah. pakngah memang duk depan umah tok ayah so memang tiap tahun raya sana.
cik yani & family sampai malam raya. abang hilmi pun sampai malam raya jugak. malam tu aktivitinya ialah membakar sate. sate ayam dan ada kambing jugak. adui lapar pulak taip nama-nama makanan nih. gambar aku lupa nak transfer. malas plak nak cari. haha.
dan pagi raya alhamdulillah berjaya gi solat raya. tapi masa khutbah aku antara dua alam dah. sebab tidur lambat. pantang dengar ceramah mesti tersengguk. memang hobi la kut noh. dari sekolah membawak ke kerja. pastu balik rumah salam salam beraya dengan yang ada kat ruang tamu pastu bertebaran. biasanya kitorang gi umah pakngah. tapi pagi tu kelam kabut sikit. geng budak-budak kicik kampung tu dah sampai. nak beraya. ingatkan dah habis segerombolan takde dah. ada lagii. pastu masa aku kat tangga rumah dengar depa duk bercakap dengan kat luar, "rumoh ni wi 3 riyal weh" matilanakkk. haha. tapi teringat zaman kecik kecik dulu. tu la jugak aktiviti aku pun. tak sangka zaman skarang ada lagi.
tahun ni takdak gambaq raya. sebab umi bizi kat dapur. bila umi tak bizi dah aku kena kerah cuci pinggan. jadi sampai tengah hari le macam gitu. petang suma dah tukar baju. tapi sebenarnya kam jarang je bergambar time raya nih. masa abah da takde baru start amik gambar family time raya. huhu.
this is the only gambar raya aku ada. the only hokeh. aku pun tertanya tanya jugak kenapa tak sempat gila ea aritu nak bergambar. haha |
petang raya ciknu, cikmat & family sampai. dah ramai sikit. raya kedua baru cikwa & family sampai. cikhab pun balik jugak. cikdi jugak. cikdi tinggal wife sebab dia kena balik kl awal kerja. so bila dia bujang nih dia rajin layan anak sedara. maka kami pun ajak dia bakar ayam malam tu. haha. cikhab nak bakar lemang sebab dia bawak balik rendang rusa dari lipis. yang kitorang pulak tengah lepak-lepak reramai kat tangga pukul 6 masatu, titiba sebut pasal bakar ayam dan terus jomm. pow umie & cik edi sponser ayam, aku sponser minyak kete je. haha. nasib supermarket ada ayam banyak. kedai runcit pun bukak nak beli arang & air batu. aku taktau la nape, aku ni bukan la suke sangat pun membakar ke apa ke tapi kat memana event ada bakar-bakar ni memang aku akan end up menyebok kat depan makanan yang sedang dibakar itu. pastu tanpa sedar titiba aku pegang spatula tolong balik balikkan lauk. saiko kan. tahla rasa syok tengok ayam-ayam tu masak pastu bagi orang. haha. kalo pegi makan kat steamboat & grill pun memang aku kenyang membakar je.
ada kenduri ke apa bederet nih. |
bidin landing kat depan umah pakngah je. ada separuh lagi kete kat sana. |
batu gajah tempat wajib main. dulu main perang perang feeling jadi askar kat situ. |
ammar & aminnn. ammar time mood baik. masa baru sampai tak sempat umi abah dia melauhkan punggung dah ajak balik 'rumah ama' |
bbq nitee. aduhh lapar plakk |
raya ketiga balik kok lanas dah. seminggu tak pikir lansung pasal kerja. sampai rumah stres terus.haha. sabtu hilmi ajak pi raya kat grik tapi tak dapat ikut sebab aku kena siapkan kerja. kalau pi grik memang taktau kul berapa baru sampai umah. ahad dah keje. huhu. sorry dilaaa. dia duk ajak datang beraya. takpa taun depan insyaAllah raya bersama. hehe.
itu je la kisah beraya tahun ini.
pastu beraya kat sekolah pulak 24th july. i share gambar je la ek malas nak menulius dah. haha.
sampul raya SuratChenta sponsor. hehe |
eksaited memasing jumpa makanan |
my sisters :) |
salah seorang muallimah sekolah aku dah pindah. dia dapat kerja kat sekolah bawah ikram jugak kat kuantan. ikut husband dia kerja kat sana. sedih gila weh sebab dia je la yang selalu tolong update info pasal sekolah yang mana2 kami guru baru ni tak tau. sebab dia one of ikram's active member. dia tau banyak la & sangat passionate nak mendidik anak anak islam ni. kalau tak passionate takkan la pindah pun still pilih untuk mengajar kan. academic background dia bukan calang-calang. boleh dapat kerja yang higher pay. aku pun plan kalaula one day pindah negeri lain ke kan, nak kerja kat sekolah rangkaian musleh jugak kot. luckily ada seluruh malaysia. tapi kena timba pengalaman bebanyak dulu la kan. agaknya sebab tu Allah nak aku belajar bersusah-susah dulu kat sini not. nak mintak keje lain, cgpa pun cukup makan je. ada hati stres2 nak tuka keje lain. huhu. apapun happy untuk ayu, dah takyah pjj lagi da. dapat duk sekali ngan husband.
hello august yang bizi. semoga tiap hari dalam bulan nombor cantik ni adalah hari hari yang semakin baik dari semalamnya. sebab nombor lepas ogos lagi cantek. muahaha.
ok nanti aku bebel lagi ye. sakit kepala hoi. dah la susah nak lelap duatigari nih.
toodles!
ps: next entri mungkin nak cakap pasai kawen. haha. tadi borak dengan cikmot (time mamai) & ada cakap pasal adat kawen kelantan. aku dengan konfiden cakap kelantan takde duit hantaran ke apa tah tadi. pastu baru sedar aku banyak taktau lagi ni. need to google about it. tadi ada baca sikit nanti iols share ye. cikmot awak kena baca. :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan