Seperti yang kita tahu and
selalu tengok, sunglasses atau cermin mata hitam adalah antara aksesori yang
paling popuar dalam dunia fesyen. Jikalau anda adalah wanita urban masa kini
(gitcheww), selain handbags dan kekasut, sunglasses adalah antara yang penting
dan harus ada dalam koleksi. Ini kerana, sunglasses berupaya memberi instant
stylish touch gitu. Contoh kalau outfit macam biasa-biasa je pada hari tersebut,
just put on your sunglasses memang terus jadi glamour OOTD uols hari tu.
Selebriti adalah antara
yang paling selalu kita lihat bergaya dengan sunglasses. Buka je fashion
magazines atau scroll through Perez Hilton punya website, rata-rata selebriti
yang sempat paparazzi snap gambar tengah jenjalan tu mesti wajib pakai
sunglasses. Kalau tak pakai kat mata, ada kat atas kepala. Kalau tak kat
kepala, sangkut di baju. Hehe. Kalau kat Korea pula, ‘airport fashion’ penting
untuk K-celebrities. Dan anda boleh tengok artis bergaya dengan sunglasses di
airport. Aksesori wajib lah senang cakap. Cantik hokeh diorang pakai.
Ada banyak jenama
sunglasses dan antara yang terkenal adalah Emporio Armani. Emporio Armani adalah
jenama antarabangsa yang terkenal dengan koleksi sunglasses yang trendy dan cecantik
semuanya. Biasanya kalau ke kedai cermin mata, haa jenama ni memang antara yang
diorang letak kat cermin-cermin depan kedai. Hehe. Aku tau sebab iols
pengunjung setia kedai cermin mata. :P
Untuk yang mungkin sedang mencari-cari sepasang shades untuk hantaran,
hadiah mahupun untuk diri sendiri, you might want to add Emporio Armani in your
list. Ada banyak design cantik yang boleh dipilih untuk lelaki mahupun wanita.
Tapi sebelum mula pilih
your fashionable Emporio Armani sunglasses, kena la tahu sunglasses
macam mana yang sesuai dengan bentuk muka kita kan. Haa bukan semua bentuk
cermin mata yang kita suka tu sesuai dengan bentuk muka kita tau. Antara tips
penting:
- Mula-mula sekali, tengok bentuk muka. Adakah bentuk muka anda bulat, bentuk hati, bujur ataupun bersegi? Ada banyak lagi bentuk lain. Try tengok-tengok dulu apakah jenis bentuk muka anda.
- Dah tahu bentuk muka barulah nampak sikit bentuk sunglasses yang sesuai dengan kita. Ingat, tak semua bentuk sesuai dengan muka kita. Contohnya kita minat sangat cermin mata berbentuk bulat, tapi muka kita bentuk bulat. Tak sesuai sebenarnya.
- Tengok elok-elok bentuk sebenar muka, ini sangat membantu untuk kita dapat sepasang sunglasses yang paling ideal dengan kita. Bila pakai tu nampak gojess je kan :P
Boleh google cermin mata
bentuk apa yang sesuai dengan muka anda. Paling best kalau muka bentuk bujur,
sebab most bentuk sunglasses sesuai dengan anda. Dalam banyak-banyak bentuk
sunglasses aku paling suka bentuk ‘pilot’ atau ‘aviator’. Nampak cantik dan
kacak je si pemakai. Bentuk ni sesuai untuk yang wajah bentuk empat segi dan
bujur.
Dulu
sebelum drive sendiri, aku tak nampak sangat keperluan untuk memiliki
sunglasses ni. Tak tahu kat mana dan bila nak pakai. Tapi setelah menjadi
pemandu tegar (eceyh) aku dah start rasa nak kena ada dalam simpanan sepasang. Lagi-lagi
kalau drive menghadap matahari terbit and terbenam. Bahaya okay. Kena ada
sepasang. And of course bukan pakai untuk drive semata, sunglasses ni sebenarnya aksesori yang mesti dimiliki. Orang kata pelengkap gaya gitu.
Haa
boleh start pilih cermin mata hitam idaman anda di Zalora. Ada extra 30% off
lagi tau. Best kan? Cepat grab cepat! Hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan