Jumaat, 16 September 2011

2011/2012 ;



selepas dua bulan lebih bercuti, akhirnya start ah balik sem kan. lama gak la kan cuti. first time sepanjang hidup kat uia cuti lama. biasanya dapat cuti sem 2 minggu pun dah kira bersyukur dah. yang tak amek short sem lagi la heaven kan.

haritu tak dapat meninggalkan family dalam keadaan ready sebab kami kelam kabut balik semenanjung. titiba decide nak raya semenanjung sebab 2 haribulan haritu maddy pergi jepun untuk prektikal. abah kesian nak biar dia sorang so nak hantar pi airport la kengkononnya. pastu last sekali aku tercicir sorang-sorang kat kampung. tak muat kereta. double pulak homesick bila start sem. duduk lama sangat kat kampung. mana nak teringat mak ayah lagi, atuk nenek lagi. cewah. padahal aku sampai je kL esoknya dah berjoli kan. tampo.

add & drop period baru habis. so ni je lah yang aku amek sem ni. tapi ni pun dah start gelabah. yelah every sem asyik nak add yang termampu je kan. yang section closed taknak buat manually. tengok2 balik da macam lambat je aku ni. nama pun dah naik untuk praktikal next short sem. so sem 1 & 2 ni kalau belajar pun main-main taktau lah nak kata apa kan. coordinator praktikum pulak dengar cite kalau tengok result teruk memang mendapat la nanti dan aku rasa aku ada potential besar untuk itu. jadi 2 sem panjang yang ada ni kalau boleh nak naikkan sikit lah pointer. dah ready dah sebenarnya untuk kena maki tapi naik sikit pun jadi lah kan. doakan aku ye (:

jadi sem ni for real taknak main-main dah. duit pun sesak sikit sem ni. lupakan je kejap ye dunia luar syanad. fangirl-ing or kpop-ing whatsoever pun aku dah start kurang since balik kL haritu. kerenah orang yang ngarut-ngarut pun dah malas nak layan. entah. ni bukan azam baru ke apa tapi takde mood dah la untuk suma-suma ni. aku pun tak pandai nak multi tasking macam orang-orang lain so biarlah setel satu-satu dulu yang penting kan. ni suma pun nak, hujung2 stress. apa pun tak dapat. buat kerja pun dah tak ikhlas, terbang pahala.

aku dah oficially 23 dah pun. walaupun masa masuk 22, 19 & 18 dulu pun aku salu cakap ni: behave like one, syanad. so sekarang aku dah 23, i've to behave like one. dulu kalau benda-benda aku sayang nak tinggal aku akan emosi & saiko habis bila dah takde. sekarang aku rasa macam, benda dah lepas dah boleh jadi sejarah dah boleh masuk muzium so, selamat tinggal je la. and benda2 yang lepas, motif nak kena hadap lagi?

ok sebenarnya aku pun taktau apa aku membebel pun ni tapi citenye aku dah malaslah dengan benda2 yang menyusahkan ni. kalau benda tu aku yang cari at the first place, ok i'll take the risk. aku tanggung. tapi kalau masalah orang lain yang dah juta-juta kali pun ulang yang sama aku dah malas. memang muka aku ni dulu suka tanggung masalah orang lain tapi bila dah tolong pun ulang lagi aku dah malas. cukup-cukup la gunakan aku kononkonon atas nama friendship jutajuta tahun ke sayangkepayang ke. sebab aku pun taknak tolong orang tapi in the end aku mengeluh kat belakang. kan tak ikhlas namanya tu.

selamat menempuh semester baru semua. jangan sedih-sedih. kamu boleh, aku boleh, kita suma boleh. cuma kena usaha je la sikit, baru Tuhan tolong kan? (: all the best!

kawan-kawan yang dah kerja atau tengah cari kerja pun all the best keyh (:

dann, SELAMAT HARI MALAYSIA, MALAYSIANS!



Tiada ulasan: