salam'alaykum,
sebenarnya aku macam taktau nak bebel apa tapi sebab harini je free untuk bebel-bebel kann nak jugak menulis. kihkih.
hmm.. dua tiga hari ni dapat tahu tentang beberapa orang sahabat yang sedang dalam dugaan yang hebat. sedih dan susah hati mengenangkan. tapi.. nak tolong pun taktau macam mana. ni la part yang aku paling tak suka, bila dapat dengar je tak dapat tolong pape.
kekadang aku duduk stress stress dengan masalah hidup, bila dengar masalah orang, Allahuakbar. masalah aku ni sebenarnya bukan masalah sangat. orang lain struggle dengan tak ada duitnya, dengan berhutang ribu-ribu taktau nak korek duit kat mana nak bayar, dengan menjaga ahli keluarga yang sakit tak boleh bergerak kemana. kesiannya. dan sangat hebat mereka diuji sebegitu. tu menandakan Allah sayang, & diorang orang-orang yang kuat. aku ni setakat takde duit je. tupun duduk sekali dengan mak yang hari-hari tanya ada duit ke tak & kadang-kadang selit duit poket dalam beg kita. pun dah mengeluh macam tak ada masa depan. huhu.
aku doakan kesayangan-kesayangan aku yang sedang dalam dugaan berat sekarang diberikan kekuatan untuk menghadapinya. dan semoga Allah keluarkan mereka dari kesusahan tu. ameen.
its nearly week five of school session. haritu tengah menggugel ABM baru tersedar aku ni mengajar dua subjek bahasa which is bukan senang sebenarnya. and sepatutnya takboleh. tapi apakan daya sekolahku kekurangan guru. aku tak sedar pun until satu hari tu aku masuk kelas untuk subjek bm pastu tersasul cakap 'stand up' kat bebudak. krik krik krik. tapi takpe lah. yang penting objektif p&p tercapai. huhu.
and bila ko dah jadi cikgu ni memang segala mak nenek group pasai cikgu la ko follow kat fb tu kan. one of fav group aku kat fb is TcherCollection. aku rasa ni among the first groups yang aku follow masa baru baru start ngajar sriam dulu. ada cikgu kat sekolah masukkan. yang bestnya macam-macam laa cecikgu dalam tu share, dari bbm, contoh surat sampai lah ke printer apa yang recommended pun ada. start sesi baru persekolahan penuh dengan contoh hiasan-hiasan kelas.
antara dilema cikgu bahasa selain kanak kanak dapat menguasai bahasa,
adalah tulisan. budak-budak baru belajar menulis, biasa ah kan. cara
tulis huruf salah, spacing tak betul. semua tu memerlukan bimbingan guru
berterusan sampai laaah diorang boleh kuasai (aku dah start cakap
bahasa skema dah ni).
dan haritu someone share template finger space. mak oii sungguhla menariknya kan. aku pun download laju-laju, print dan balik rumah laminate. sebelum tu, edit letak nama budak-budak bagi diorang rasa eksaited ada finger space ruler kononnya. padahal lepas kelas aku kutip.
pastu haritu perkenalkan kat kekanak 1 umar. saja nak bagi diorang get the idea of spacing. biasanya cecikgu ajar letak jari telunjuk. ni kita bagi diorang ruler. bagi semangat sikit kononnya. dan hasilnya semangat depa nulis dari atas sampai bawah buku tulis. kalau tak ada je yang mintak nak siapkan kat rumah.. haha.
eksaited gila masa buat ni. padahal bukan nak guna urgent sangat pun |
buat untuk budak tahun 2 jugak |
gambar kekanak ribena tengah kusyuk nulis takde pulak. sebab tak bawak phone pi kelas.
best kan. kalau ada cecikgu yang terbaca post ni and berminat nak download boleh join group TcherCollection kat facebook. pastu tengok kat tab 'files' depa. ada banyaaak benda yang dishare. aku pun dah cilok banyak. nak cipta sendiri tak cukup kretip. haha. nanti aku share bbm ciptaan aku plak eh. boleh la tengok betapa tak kretipnya aku. hehe.
tok mek & tok ayah ada kat kok lanas. and of course,
si kenit ni ada bersama |
esok kena pi sekolah ada program. esok jugak wedding kak ya. anak kazen aku che nah tapi disebabkan dia tua dua tahun dari aku, so panggil kak ya walaupun pangkat anak sepupu. dia antara cucu sedara yang rapat dengan abah. abah memang rapat dengan anak-anak sedara. rasanya kalau abah ada lagi musti dia eksaited gila kak ya kawen. so i am supposed to be at the wedding venue tonite taapi apakan daya, tuntutan kerja. taktau la esok aku nak pi cemana sebab ummi opkos kena pegi pagi. huhu.
ok tu je la nak bebel. nanti sambung. masa takde time nak nulis banyak isu nak kupas (eceyyy), tapi bila free takde rasa pulak nak nulis. huhu.
toodles~
3 ulasan:
Allah, saya baca paragraph awal awak buat saya insaf juga, dan asyik nak bandingkan dengan orang lain, yang nampak happy, dalam hati siapa tahu?
T_T
Betul. Saya kadang-kadang pun terfikir macam manalah masa depan, tapi tak sedar ada orang lain, kawan kita sendiri lagi teruk nak lalui hidup.
Bertabah untuk mereka. Semoga dipermudahkan segalanya.
tu la tinie.. saya pun kekadang duk mengeluh dengan hidup, tiba tiba ada kawan ngadu parent berhutang dgn lintah darat. Allahu..tak dpt bayangkan kalau ada kat tempat dia.. sedangkan saya dengan dugaan kecik pun dah mengeluh.. huhu
Allah, yeke? Ya Allah jauhkan kat diri sendiri dan keluarga. Hebat sangat dugaan tu Shanad. Taktahu macam mana nak handle kalau kena diri sendiri. Member sy pernah kad bank kena block sampai x boleh keluar gaji sbb parent die beli kereta atas nama dia, tapi parent die x bayar. Die tak tahu, dia tanggung akibat.
Betul. Kadang-kadang walaupun ada kurang sana sini, tapi bersyukur sangat-sangat dengan apa kita ada.
Hehe
Catat Ulasan