Rabu, 11 Januari 2012

wanna bee sweet?

tadi keluar dengan ee. pergi kl festival mall. jalan jalan release tensi kononnya. masuk popular bookstore. ee jumpa cd arashi. teruja. aku jumpa ni. sawan sebab comel sangat tapi takde duit nak beli. haha.

mula mula jumpa buku. tapi kat bahagian atas2 semua moomoo. cakap kat ee susah betul nak jumpa yang gajah. pastu ee cakap eh kalau tak cari memang tak jumpa sambil tengok yang bawah2. sekaliii memang ada. dah la kat popular jadi member dapat diskaun. pastu jalan2 kat area tumblers ee cakap "entah2 botol air pun ada gajah kat sini nad". mula2 aku cakap ehh takkan laa susah nak jumpa botol air gajah. titiba:

aku teruss apply jadi member. pedulikk miskin ke tak. tapi in the end aku beli bookmark je seketul. sebab baru nak habis exam motif nak beli stationary? tunggu bukak sem nanti hehe.]

eh tapi untung weh. most barang dapat diskaun. alahh tak kesah la posen2 pun kan tapi kalau beli banyak dah untung banyak gak tu. aku taktau pun selama ni. sebab jadi member mph bookstore je. tu pun tak suma barang ada discounts untuk members.

budak CFS uia dah datang mendiami maryam. secara officialnya memang mahalah maryam kesayangan (walaupun paling ceruk) dah takde. pintu gerbang pun dah tukar. 'Mahallah Maryam: Centre For Foundation Studies'.

itu lantaklah tapii yang pilunya cafe diorang tak bukak lagi and kena share dengan mahalah kami, halimah. dah la musim exam ni timing orang makan dah lari. kalau lunch tu pegi pukul 1130am memang beratur sampai luar pintu cafe. tapi kalau pergi pukul 12pm pulak tinggal kuah je suma. nangiss. itu yang aku dengan zue selalu makan time dinner je. tapi sekarang pulak dinner kena rebut2 dengan mereka2 dari maryam pulak. dinner pun kitorang take away sekarang. sedih. hopefully sem baru nanti bukak la cafe maryam tu..

dah la campur dengan lelaki.

culture shock suma bila sampai cafe. nak buek macam mano kann selalunya kat uia ni cafe mahalah mana laa campur2. tercover cover suma aku tengok.

tapi aku peduli hapee. aku pergi cafe untuk makanan. selekeh ke tudung senget ke belakang kira.

kereta ee enterprem keh keh.

soca organ dah habis isnin haritu. tinggal lagi dua subjek. sociological theory 1 & sociology of marriage & family.

oh oh tadi lalu kat depan etude house and nampak shinee. gyaaaa meroyan jap dengan ee. memang dah tau shinee's endorsing etude house. tapi haritu lalu depan etude house takde pun lagi diorang. pastu nampak etude house kt festival city tu aku pun cakap kat ee. pastu dari jauh nampak kat booth kecik kat kedai tu macam muka lelaki. ee cakap la maybe dah ada kot tu nampak muka lelaki. bila dah dekatt,

*gambar credit to uploader at Super Junior & SHINee fanpage at fb*
onew okk mula mula sekali nampak. meroyann. dah la dua dua suka onew. hehe. nak snap pic tapi promoter datang pastu buat buat tanya promoter pasal the product. ada lip balm dengan hand lotion. satu 29rm tapi kalau beli satu set (ada empat) dapat 80rm something kot sekali dengan mug free. lip balm pun 29rm. hand lotion pun 29rm. aku ni kalau tengah kaya memang beli je tapi tulah. and masatu tak fikir pun nak beli. nervous nampak muka onew kat situ kann. *tolonglaa paham. tampar kangg*

tapi mungkin kalau lalu lagi depan etude house akan tempted untuk beli lagi. tapi tulah, other product diorang pun tempting jugak. lagi lagi tengah sale ni kann.

onew is holding Missing You Hand Cream Honey Bee. ok kena beli yg ni kehkeh. tapi lagi untung kalau beli empat.


eh terpromote lah pulak kann. aku memang sukaaa promote barang yang aku sendiri pun tak beli. hehs.


okbaii~





1 ulasan:

hidhikariee berkata...

wahahaha.sengal la kite rupanye.onew wait for unni.hahahhahahahah.

ps:ta sabarnya nak sedut cerita