Isnin, 14 Mei 2012

GBS ;


aku tak pernah join baktisiswa. ni first time. selama ni aktif program kelab je. baik pun dengan budak2 kelab la mostly. tak kenal sangat budak-budak kelab lain bawah Censerve IIUM. kali ni kerja dengan kelab lain + aktiviti selain dari mentoring.

before program takde terfikir pun nak kenal-kenal sangat dengan suma. join pun sebab am, budak kelab jadi head promotion & dia mintak jadi assistant dia sebab leh tolong buat banner. masatu fikir nak join sebab tak reti nak tolak je. even until final touch pun biasa-biasa je rasa. rasa nak pergi tu ada la tapi tak fikir sangat pasal apa yang akan jadi kat sana. before aku pergi ni, sorang kawan ada join baktisiswa bawah uniform body yg dia join. dia dok cakap best, bonding kuat & everything. masa tu aku fikir, ala biasa la tu kot. mungkin dia dapat keluarga angkat yang best ke apa kan.

tapi bila dah pergi sana, baru rasa betapa diorang excited tunggu kitorang datang. aku mula-mula takut dengan ayah angkat sebab muka nampak garang je. tapi rupanya baik gila. sanggup tunggu sampai habis post moterm sebab taknak aku balik sendiri, dia approach aku sendiri mintak number fon, bagi gula-gula utk makan dalam bas, & pesan banyak benda macam ayah betul. mak angkat pun sama. even pergi sana 3 hari 2 malam je, masa berpisah siap nangis. bukan aku je la, orang lain pun experienced benda sama. ada adik-adik yang jaga gila kakak-kakak, tolong hantar ambik kat tempat aktiviti. 

sepanjang kat sana aku just ikut je aktiviti, tak fikir sangat pun. sebab aktiviti pack. keluar pagi balik malam. tak sempat spend masa dengan family kecuali waktu makan je. titiba bila dah balik baru sedar kenapa diorang cakap sekejap sangat. sedih je bila diorang pesan banyak2 kali jangan lupa keep in touch. dari hari 1st sampai la nak naik bas untuk balik diorang pesan benda sama.

aku taktau la if suma baktisiswa macam ni. tapi kalau betul macam ni, aku rasa suma student uni kena join at least once. tak rugi pun. niat kita memang untuk tolong masyarakat tapi percayalah, akan dapat lebih dari tu. dapat jalinkan ukhwah agi. dapat pahala lagi. macam aku, selain dapat family angkat, dapat kawan2 baru lagi kat uia ni. & sebab program 3 hari, terus rapat suma. & Censerve pun untung jugak sebab ukhuwah antara kelab2 dah rapat.

best gila weyh. siyes 3 hari tak cukup.

Tiada ulasan: