Ahad, 1 Januari 2017

chapter 1, The Book of 2017 ;

bismillah,

first page of chapter one nearly ends. first day of work in 2017. my third year teaching. alhamdulillah.

kalau dulu bergelumang dengan kekanak ribena tahun satu. tahun ni tak mengajar tahun satu dah. even tahap satu pun tak ngajar dah. so dapat tengok sesikit je la ragam hari pertama kekanak ribena tahun 1. kesian harini hujan lebat. tak dapat buat proper perhimpunan sebab dewan kami basah. kalau tak boleh tengok muka blurr memasing dengar cikgu cakap kat depan. i still remember asyraf mukhlis yang titiba angkat tangan cakap nak kencing tetengah perhimpunan tu. dah darjah 3 dah pun budak tu. haha.

tapi memang hari paling syok adalah 1st day budak dajah 1 pi sekolah. memacam ragam. sampai depan toilet bukak seluar la, cari mak time rehat la, time rehat titiba angkat beg ingat dah balik la. dengan muka memasing inesen. memang penghilang penat jugak. taaapi.. dah masuk bulan kedua cikgu yang sungguh sweet dan motherly masa first day mampu bertukar jadi singa. suara lembut pun bertukar jadi suara petir. haha.

what can i say selepas dua tahun dah boleh tenang sikit la. walaupun kerja aku tetap setinggi gunung. tapi awal lagi nak steres2 kanns sooo kita positip aja.

kena baca stephen r. covey's time management tips at least once a week. 

jap aku rasa macam ada benda nak tulis tapi lupa. takpela nanti pikir. harap harap harap sesangat boleh kekalkan momentum tak berapa nak malas ni sampaiii hujung tahun. haha. ameen2. semoga sentiasa rasa excited nak buat kerja. tahun ni ramai cecikgu baru yang memberi inspirasi sebab rajin sangat. so macam dapat tempias aura rajin. haha. padahal rph harini tah kemana lagi. 

ok aku nak siapkan kerja.

happy new year to all of you. semoga sentiasa positif sentiasa semangat sentiasa kuat iman untuk cari redha Allah. insyaAllah :)

toodles!


Tiada ulasan: