salam'alaykum,
its been a while. cewah titiba spiking plak kan. lamanyaaa tak membebel. banyak benda nak cerita tapi macam biasa tak ada masa dan kebekuan idea untuk menulis.
tinggal lagi dua minggu sebelum sesi persekolahan 2016 berakhir. murid-murid dah bersuka-ria sebab dah habis exam. cikgu dok botak kepala tanda paper exam.
aku baru balik mukhayyam. cite mukhayyam bulan lepas pun belum cite lagi kan. lekluuu. haha. mukhayyam minggu ni bukan dengan kekanak ribenaku. i joined as peserta. mukhayyam akhawat. since kami guru sri aman ni under usrah ikram. kami kena join mukhayyam. nanti aku cite perjalanannya ye. masa tau kena pi haritu macam malas je. tapi bila dah pergi, banyaaaaak sangat benda yang aku belajar dan menjentik hati yang keras ni. huhu. nanti la dah free sikit aku cite (tapi tak janji). nak share petikan dari surah As-Saf ayat 10-14. these were the ayahs yang kitorang kena hafaz during the mukhayyam. dalam masa 24 jam kena hafaz. bila baca dan hayati bebetul maksudnya, Allahu meremang bulu roma.
Wahai orang-orang yang
beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh
menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(As-Saff 61:10) |
Iaitu, kamu beriman
kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan
agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang
lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).
(As-Saff 61:11) |
(Dengan itu) Allah
akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam
taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan
kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah
kemenangan yang besar.
(As-Saff 61:12) |
Dan ada lagi limpah
kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang
cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu
kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff 61:13) |
Wahai orang-orang yang
beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana
(keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata
kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam
perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka
menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa
tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil
beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan
kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka
menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(As-Saff 61:14) |
semoga kita termasuk dalam golongan yang beriman kepada Allah & RasulNya, dan menjadi golongan beriman seperti ayat kat atas ni; yang berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta dan dirinya. amin ya robbal 'alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan