Jumaat, 24 Jun 2016

entri versi throwback. may 2016 ;

salam'alaykum,

dah nak masuk fasa ketiga ramadhan. tak habis lagi tapi dah start rasa rindu. banyak cabaran fasa terakhir ni. antaranya kita dah start fokus kat shopping raya, dah start nak pulun buat kuih biskut apa suma. tanpa sedar kita lupa azam di awal ramadhan haritu. huhu. cabaran sangat kan. 

dan aku pulak kebetulannya ABC hujung-hujung ni. sebenarnya banyak lagi ibadah boleh buat tapi biasalah kan kalau takleh solat takleh mengaji rasa macam tak buat apa sangat. pastu rasa down kan. sebenarnya banyak amalan yang boleh dibuat yang ada ganjarannya di sisi Allah. jap eh aku share kat bawah


boleh juga baca dan tadabbur terjemahan atau tafsir quran kan. and kalau quran yang ada terjemahan non arabic, insyaAllah boleh dipegang sebab dia bukan mushaf original. kalau tak silap la. cuma kalau nak berhati-hati pegang beralas la kan. and kita still boleh dengar bacaan quran kan. kita boleh doa banyak-banyak. banyak boleh buat so jangan down-down ye.

yang patut didownkan adalah kalau semangat untuk pulun ibadah 10 hari terakhir semakin pudar. hukhuk.

ok sebenarnya nak tepek gegambars bulan mei. nak tepek je malas cerita. haha.

kita mula dengan sedikit kata kata dari tere liye. hahah. sebab gambar ni ada dalam folder gambar mei 2016. tapi sebab aku suka quotes ni maka wajib share.

aeon kota bharu yang dah dekat dua bulan bukak. aku baru pi dua kali. tupon rushing-rushing. bulan pertama ramai lagi orang. bulan ni taktao la. aku nak pi kaison je kalau ke sini. 

sebahagian yang diangkut ke dalam bilik dengan harapan rajin sikit membaca. mereka hanya mengumpul habuk. bila laa nak baca bebetul nih. huhu.


wahida's last day. huhu. dia praktikal from SL1M. sekarang ni dah ada muallim baru. 

muallimah sriam. wahida's farewell party. party ke. haha.

teachers' dayy


ginilah ghopenyer kalo ko mintak budak yang snapkan gambar. aku paling stres tengok background blakang tu. kenapaa tak teringat nak tarik langsir tuh. adei.
thank you anak anak :) garang macam rimau pun still bagi hadiah.

cuti wesak kita berkampung dengan rakan-rakan seperjuangan di PPA.
my group members. depa divide group memang campoq2 sekolah. aku dah la neves bab nak berkenalan ni. biasala kan iols ni pemalu. lepas grouping lak terus masak. kau rasa. group lak suma akak-akak memang yang tinggal kat aku tolong tengok je la. insapp kejap takde ghope calon menantu. EH. aku just tolong hidupkan api pasai dapur aku yang bawak. tapi lepas dah taaruf, akak akak ni suma baikk sangat sebenarnya.


dann cuti sekolah bermula. kami konvoi ke gombak & batu pahat. ammar baru sampat bp. selalunya tengok orag reramai dia takdak mood. haritu sampai2 hyper je. syok umi abah dia. tapi kisah esok tu jangan tanya. haha.


achikk. cikmunie, makcik yang aku paling rapat. lama gilaa da tak jumpa sejak dia kawen. jumpa kat sini la after setahun lebih. ni dah ada anak pun. sebab dia makcik yang aku rapat maka anak dia aku tak segan nak gomol dan buli. muahaha. dah la si iman ni jenis tak kesah dengan orang. syok je. letak kamera depan muka terus sengih.

over tao budak ni. gigit kang. sebelah dia tu bukan kazen dia tapi anak sepupu.

haa inilah budak sebelah iman tadi. azfar. ni pun geram nak gigit jugak.

tiada usaha geletek atau buat lawak ye. sua je fon macam nak selfie tu terus dia sengih macam ni.

on our way to bp. malas nak susun gambar ikut turutan hahah. kami bukan berada di dalam sijambu. dalam sibiru umi. so sekarang ni bidin fully bawah tanggunganku. hehe. eh nak hehe ke huhu tah. ko kena sehat je tao bidin. baru kita leh kumpul duit nak kawen. eh.

dann inilah tujuan kami ke batu pahat tempoh hari. with le pengantens. baru umur 20 hokeh. tergugat i. i tergugat takpe lagi. yang baju purple kiri sekali tu pun nak feeling tergugat jugak. sebabnya sebaya ngan dia haha. poksu kat sebelah afiq tu takyah tanya la. lagi sentap anak sedara kawen dulu. kahkah. tapi dorang takpa la kawin awal pon. both terer masak-masak jahit-jahit apa suma. aku nih? haaa jangan sambung ayat. both of them amek kos masak masak.

umie tok ayah, tok mek bersama penantin yang tak baru dah. cikdi.

yang kanan tu nenek aku. tok mekkk. muda tak nenek aku? hehe. baru je tadi gayut tepon ngan dia hehe.

yang baju melayu ngan kurung tu parents penanten. cik edi pelis balik gua musang tahun ni. kita nak makan sambal jawaa.

maka berakhirlah our roadtrip dari kok lanas-gua musang-gombak-batu pahat. cuti punya banyak hari tapi kitorang gi kejap je. apa boleh buat. ada kursusss. pah cerohh kursus. tabah je la. haa..eh tapi tak ingat dah cite ke belum. disebabkan umie punya kete baru beli dengan hadi jugak, kena la ambik kat kl. kebetulan kami pergi gombak haritu memang dah ada kereta. usaha la sepraiskan umi senyap-senyap suruh abang hilmi ambikkan kat hadi. pastu nak balik kelantan kena la aku bawak bidin sendiri. first time hokehh aku drive gombak-kok lanas. bawak imah je pulak tu kat sebelah. syok je. kalau umi kat sebelah opkos macam bawak kete sebelah jpj. haha. so misi drive gombak-kelantan dah berjaya. hehe. pasni dah boleh lari pi kl senirik. eh.


before gerak mintak hilmi isikan minyak. dia jumpa paku ke skru tah kat tayar. nasib laa dia perasan. haihh


teruss pi kedai tampal


tamat. balik rumah esoknya terus sambung gi kursus. hari ahad punya aku tak pi la jawabnya. jangan kena ganti nanti full course sudah. tak peginya sehari je. dah la kena ingat sendiri tajuk-tajuk yang pergi tu. takpa sabar je. demi sekeping sijil dan demi sebuah pengesahan jawatan. huhu.

ok la nanti aku bebel lagi ye. sebenarnya banyak kerja lagi. tapi memandangkan harini jumaat alang-alang bangun awai tu bebel la kan. sebenarnya bangun awal sebab nak key in markah dalam sps. ada orang janji nak marah kalo bangun lambat. seramm. haha

selamat menjalani ibadah di bulan ramadhan ye sume :)

toodles!

Tiada ulasan: