Khamis, 31 Mac 2016

ikhlas ;

salam'alaykum,

minggu yang stress. banyak kerja. tapi sebenarnya bercampur aduk dengan kerja yang bertangguh, yang sengaja tangguh pun ye jugak. 

aku tak pernah stress sampai tahap nak nangis. oh ada sekali je la kot masa kat uni, tak dapat nak major sebab result subjek intro tak lepas untuk melayakkan aku major dalam bidang tu. tu pun sebab taktau nak buat macam mana dan dah rasa hopeless sangat. sebab aku jenis yang takkan cite kat parents benda-denda cenggitu.

masa praktikal kat uni dulu melalui transformasi hidup 180 darjah. sebab masatu tinggal dengan abah berdua je & abah suddenly sakit teruk pastu hidup sesorang semula di bumi gombak. dengan nak siapkan practical reportnya, nak hantar for editing apa suma. kalau ikutnya masatu stress sesangat. dengan kerja kat ofisnya. dengan kekadang kena jaga ofis sebab orang-orang kat ofis yang tak ramai itu buat kerja luar, mengular dan cuti serentak (ada 4 orang je kat ofis tu termasuk aku so imagine). but i went through all those without a single tear. taktau lah kalau masatu sebab terlalu lost ke apa. tapi aku manage untuk dapat good grade untuk praktikal walaupun bertuah dapat supervisor yang terkenal dengan tegas dan garang dan strict. 

tapi bila dah kerja ni macam tak boleh nak manage diri dah. berterabur. taktau la sebab workloads ke tempat kerja ke, majikan ke diri sendiri ke. tapi aku pilih untuk letak masalah tu kat diri sendiri la. my own attitude. layankan penat, procrastinate. pastu steres sesekor. minggu ni sampai tahap tak mampu nak cakap tak mampu nak longgarkan muscle di mulut ni untuk senyum. sampai tahap rasa tersekat kat dada perasaan nak nangis tu. balik baring kat katil genang-genang air mata sebab penat yang amat. dalam kete pun boleh genang-genang air mata. tak tau la mana datang perangai ni. pms mungkin (manjang pms). tapi dengan colleagues still boleh borak gurau. cuma kat rumah dah macam tak wujud. sebab balik terus berkurung dalam bilik. sampai tahap aku lambat bangun takda sapa ingat nak kejut -_-'

rasa nak lari. rasa nak quit. tiap hari pergi dan balik kerja pasang radio channel ikim.fm. dapat motivasi semangat balik. tapi down semula.

sepanjang minggu dok fikir. how do i end this misery? macam mana nak suruh hati ni tak penat? sampai mimpi-mimpi bergaduh dengan pihak atasan pasal kebajikan pekerja (kemain lagi, kerja tak siap pun). tidur pun bersepah asal ada peluang. lepastu fikir punya fikir, persetankan lah suma tu. buat je kerja sendiri semampunya. tak mampu tapi kita dah usaha bukan salah kita dah kan. dan yang penting,

IKHLAS. agaknya bila dah stres macam ni, ikhlas tu taktau terbang kat mana. pergi kerja niat nak cecepat sampai waktu balik. bukan niat kerana Allah. macam mana Allah nak bantu kita tenangkan hati tu. pagi tadi dengar motivasi ringkas pasal ikhlaskan hati dan niat lillahita'ala (kerana Allah) the moment melangkah untuk ke tempat kerja. sentap kejap. sebab aku celik mata mengeluh sampai lah melangkah keluar kereta. 

and i came across this just now,

Bila diberi sesuatu peluang (contoh peluang kerja), jangan tengok gaji atau bayaran dulu. Tapi tengok aspek dakwah dan tarbiyah nya macam mana.

maka nikmat apa lagi yang aku nak dustakan?

memang kekadang aku rasa tak diadilkan. rasa macam tugas yang diberi tak bertepatan atau bersesuaian dengan pengalaman diri. tapi ni peluang untuk belajar. dan ikhlas tu memainkan peranan yang besar. penat aku ni sebenarnya kurang rasa ikhlas tu kot. huhu. ada hikmah Allah letakkan kita kat mana-mana. ada sesuatu yang Allah nak bagi dan nak suruh kita belajar. satu hari nanti ada pengalaman & ilmu yang kita dapat tu boleh kita guna kan? Ya Allah, nak sangat jadi orang yang boleh berlapang dada dengan setiap dugaan cabaran yang datang.



fighting syanad! lawann segala mak nenek setan yang ada dalam diri ituu.



dan sangat berterima kasih kepada yang sudi mendengar (ye awaklah orangnya ;)) taktau lah nak tuju ke mana nak luahkan kat sapa kalau kena hadap sorang-sorang. and this too means that i shud be thankful. its not that bad pun. i always feel sorry sebab selalu je ambil masa awak untuk dengar my nonsense, tapi tersedar instead of feeling sorry everytime. maybe i shud be thankful. so thankyou kaunselor peribadi yang best hehe.


(:


Tiada ulasan: