Khamis, 25 Februari 2016

mulut mintak cili ;

salam'alaykum,

hadeii hakak steres.

biasa lah kan bila berprogram ni bermaciam la perangai orang keluar kan. sekolah aku ni pulak komuniti tenaga pengajarnya tak ramai. mujur jugak. kalau tak  bermacam jenis puak la ko nak hadap. 

bila tak ramai ni kepuakan tu muncul based on jantina la biasanya. aku sebenarnya malas nak kutuk ke komplen ke. nak bersangka baik je ngan suma orang. tapi bila dah seteres tuu kalau nampak yang too obvious menyirap ah jugak kan.

aku perati prob ni sama je macam masa ganti kat maahad tahfiz dulu. geng ostad2 ngan geng cekgu pompuan memang takleh nak in. forever at war lah orang kata. & aku nampak macam nak ke arah tu jugak dah kat sini.

malas nak cite detail tapi aku memang kurang gemar jenis-jenis orang yang berkira ni. satu lagi jenis yang cakap nak menyindir je manjang. biasa jumpa pompuan kan. tapi tah kenapa aku bila jumpa lelaki jenis mulut cani cam takleh nak terima. cam tak sesuai hokeh. 

sekolah aku ni stail double standard. cikgu pompuan rasa tidak diadilkan dan cikgu laki pun aku perati berperasaan sama. lawak betol. tah sapa yang double standardnya aku pon taktau. cikgu laki manjang dok feeling depa kena buat kerja banyak. macam incoming program ni, banyak kali je guru beso, pk dok hint2 nampak macam cikgu2 lelaki je yang banyak kerja ni. aku dalam hati, hekelehhh tapi malas nak bukak mulut. sebenarnya tugas yang dibagi dah fair & square cuma biasalah program kan, ada yang busy before, ada yang busy during & ada yang busy after program. pastu bilik guru lelaki & pompuan asing, memang la ampa nampak ampa ja busy. takkan la kami nak lalu area ofis (bilik depa dekat ngan ofis) tiap kali lalu bagitau busy buat reja apa. kekadang dia punya berkira tu bikin speechless. bila orang assign task tu terus cakap, eh ni sepatutnya orang sekian-sekian la buat. boleh pitam layan.

dulu akak-akak ni bebel-bebel aku dengar je la. bila dah kena handle ni memang leh tahan stres. dengan ada cikgu pompuan & sangat2 organized kerja dia. aku ok je la sebab dia boleh bagitau apa yang betul & salah & apa yang kurang lagi. tapi kekadang tu stres la jugak sebab ye la lain orang lain cara bekerja, lain pace & kapasiti. tapi aku takde masalah sangat la kot bab tu. sebab dah biasa dengan stail Gemilang dulu kot. 

dan sebab dah biasa stail kerja Gemilang dulu la aku rasa takleh nak terima manusia berkira ni. aku tau la zaman sekarang ni laki & pompuan sama gagah je kannn tapi agak-agak la. ni kalau boleh, kalau cikgu laki angkat lemari, dia nak cikgu pompuan buat benda sama. tu pun bukannya tak pernah pun kitorang angkat benda berat. tikar getah segulung, meja guru, meja budak suma pernah je la kitorang angkat. tapi kekadang benda berat sangat tak mampu la weh. paham la sebab tenaga kerja tak ramai kot kaum depa tu yang tak pueh ati kot. kikiki. tapi takyah la sampai sindir-sindir macamkan kami ni duduk rilek je. ada sekali tu befor bukak sekolah, depa kena ngangkat meja ke kelas. tapi tak cakap or ajak pun buat sama-sama. tup tup masuk dalam group whatsapp gambar-gambar pas dah setel, dengan caption, "tq muallimah". cikgu baru plaktu mamat tu, just dia dah biasa dengan sekolah. aku macam hekelehh, ingat ko best la tu sindir-sindir orang. ko siap, tunggu je hakak mulut longkang ni bagi nanti. 

series la dalam banyak-banyak sikap orang laki, kalo orang tu jenis sinis & suka menyindir sangat la fail weh. bagi aku la. sebab selalu orang lelaki ni jenis bagi direct je. sindir-sindir ni sangat la perempuan. apa masalah ko tak puas hati cakap je la teros. sekurang-kurangnya orang boleh clarify kot ada salah paham ke kan. sindir-sindir kias-kias dapat kat aku mapuh aku tak paham. pastu mereput ko sorang kat tepi tu. so orang laki yang suka menyindir tu, ketahuilah bahawa sikap itu membuatkan kami rase you are not man enough. muahaha.

ok dah cukup sampai situ. malas nak pening kepala ngan perangai orang, lantak la nak jadi apa yang penting program sabtu ni jalan.

bakal dibuka april 2016. tempat baruu utk dating ngan cik tipah. hehehe.

aku tak pasti tenants yang bakal ada tapi ada nampak depa cakap kaison nak bukak kat sana. yeayy best2. sini aku dah tau jalan so kalo tensen-tensen agak-agak nak feeling having me time bole la merayap sesorang. hehe.

ok tu je la nak bebel. doakan program sabtu ni berjalan dengan lancar ye. ameen!

Tiada ulasan: