Khamis, 8 Januari 2015

pedagogi ;

assalamu'alaykum,

i heard that word for the first time tadi. pedagogy ni macam the science of teaching la lebih kurang. went for two days course untuk guruguru PPAman. tu yang belajar ni tadi.

and now i have mixed feelings. tapi at least after the course dah clear sikit la matlamat dan halatuju tu haha. nasib baik la diorang hantar jugak guru ganti guru sementara pegi kursus walaupun just a short course. really short one, just covered the basics depa bilang (disebabkan banjir baru ni. terpaksa postpone and buat 2 hari je. patutnya 4 hari).

i'll be teaching for 4 months. but the 4 months will be a crucial 4 months for me. nak tinggalkan anak2 tahun satu kat cikgu sebenar diorang nanti adekah aku nak tinggalkan dengan keadaan yg sama macam mana bulan 1? of course not.

itu yang aku nebes tu. sekolah pulak masih baru masih struggle utk bangun..suma cekgu pun agak baru kat situ so aku pun kena pepandai la berdikari. dapat tugas jawatan apa tu suma kena terima dan pepandai cari inisiatif nak buat apa. memang stok kalau teringat beban tugas tu tarik napas dalam dalam la jugak tapi takpe pengalaman tu sesangat la mahal. syukur sangat kat Allah bagi aku peluang rasa even tak lama.

kat sriam cekgu ada 10 orang je. so tak boleh la malas malas lembab lembab buat perangai biasa aku sebab nanti konpem akan nampak la dan affect suma orang. kat sini dari keje staff sokongan sampai ke admin suma orang kena amek tau. guru besar (kami panggil mudir) mesen sendiri rumput kat padang sekolah. akak kerani is the one yang sediakan makanan utk murid murid time rehat. sebab kami takdak pakcik jaga pakcik tukang kebun makcik cleaner suma tuh. kagum weh.

lagi satu of course dari aspek tarbiyah. cikgu2 ada usrah sendiri apa suma. sekolah ni under Ikram. so if ada program2 Ikram ada yang kami akan join. kami sentiasa diingatkan yang bukan sekadar mengajar subjek tu je and cukup bulan bayar gaji, tp guru jugak adalah murobbi which is pendidik. didik anak anak tu cara hidup Islam. jujur aku rasa dalam suma suma kat sekolah tu aku la paling cetek sekali ilmu agama kot. segan weh. soalan masa taaruf 1st day tu, ada join usrah or memana NGO x? sebab selalunya bg orang kalau graduate uia mesti aktif NGO2 usrah apa suma. malangnya saya hanyelah student yang melepak dalam bilik saja. aktif program kelab uia je (tuje la modal yg ada..tupon nasiblaa ada). tu yang aku harap kat sini dalam masa yang ada ni dpt la mentarbiyah diri jadi lebih better.

ok cukuplah bebelan untuk harini. ni bukan sociological point of view writeup dah ni. dah bubuh sekali dengan emosi emosi suma haha.

hope tahun ni boleh tulis denga lebih banyak lagi insyaAllah.

sape yang baca ni doakan aku weh. tak lama lagi nak bukak sekulah dah. selalu tengok dalam tv je 1st day anak anak tahun 1. ni nak kena hadap sendiri andd jadi guru kelas siap wuhuhuu. mohon jangan ada yang nangis nak balik plis. haha.
till then. toodles (:

Tiada ulasan: