Sabtu, 19 Mei 2012

baktisiswa kembara uiam '12 (part 1);

salaam,

yay kelas dah habis, all assignments submitted, CAM dah keluar. yang tinggal nak exam je lagi tak sampai 5 hari. siyes cepat je rasa sem ni. diam tak diam dah satu sem jugak la tak jumpa umi abah. peh.

ok lah disebabkan tengah free ni nak update pasal baktisiswa last weekend. dah seminggu berlalu tapi rasa macam baru je lagi kat sana. rindu weh. aku ingat au sorang je. rupanya yang lain pun rasa benda sama. that explain why facebook notification penuh dengan posts kat group baksis kembara ni je. 

sebenarnya baktisiswa ni projek Gerak Baktisiswa 1Malaysia. dia ada berapa fasa entah tak ingat. macam yang fasa ni uia dorang pilih. nanti ada uni2 lain jugak kot. so since kat uia censerve adalah pusat khidmat masyarakat, depa amanahkan censerve yang jalankan. tapi yang menaja adalah majis aspirasi pemangkin nasional (mapan). both mapan & gerak baktisiswa ni aku tau kewujudan mereka pun after join program ni. & for venue dapat sokongan dari felda. jadinya kami berbaktisiswa di felda.

so censerve pun tubuhkanlah committees. kitorang ada 14 kelab dalam censerve, dorang plih beberapa kelab untuk jadi main comm & lagi 30 orang subcomms tak kesah sape-sape. aku join ni pun secara tak sengaja. asalnya tak tau pape pun. padahal siap bukak online application bagai kalau nak join. budak kelab, Am, tanya nak tak jadi assistant dia. biro promotion. alasan dia taktau pakai photoshop & dia expect aku tau la pasal aku biro multimedia kelab. padahalnya aku buat poster kelab guna photoscape je.

aku pun setuju sebab taktau camana nak bagi alasan taknak. takkan nak cakap busy sebab dah tentu program ni time dah takde program lain. pada masa yang sama rasa macam nak try la join program selain dari kelab. so aku aku pun join la. terpaksa la explore adobe photoshop untuk buat banner. nasib ada abang jali censerve bagi tutorial sikit. maka terjadilah banner seperti di atas. walaupun ada macam citrawarna dan warna warni aidilfitri lantak lah. yang penting head aku puas hati. orang lain tak puas hati takpe. tapi ada rasa bangga sikit la bila tengok banner ni tergantung dekat balai raya & dewan orang ramai. walaupun orang taktau aku yang buat kan. banggsa sorang-sorang dengan budak-budak biro pun takpe la kann.:P

before program ni cabaran la jugak. desebabkan iium suddenly kuarkan notis study week instead of study weekEND, maka ramailah lecturers yang mempercepatkan tarikh submission assignments & habiskan kuiz segala tu cepat-cepat. yang kebetulannya jatuh pada weekend program. ramai committees yang terpaksa tarik diri. aku pun minggu tu dilemma sebab sabtu 12th may tu evaluation date untuk kelas sewing skill. trainer dah la suke meroyan. menjahit bukan boleh siap kan cepat-cepat kecuali kau ada mesen jahit depan mata. kitorang gerak jumaat tengah hari so basically aku kena siapkan sewing aku pagi jumaat la at least. khamis tu aku baru 50% je siap both blouse & skirt. so secara logiknya hanya akan mampu siap 100% kalau aku pergi kelas sabtu tu. nasib baik madam tu buat kelas ganti khamis malam. masatu aku dah tak peduli dah nak buat step by  step, memang jahit ikut kreativiti sendiri blouse tu. tapi bouse siap. skirt aku tak siap kat pinggang. madam tu dah marah dah sebab ramai yang cakap takleh datang sabtu tu. padahal section lain suma evaluation on 19th may. takpaham aku forener sorang ni (maaf racist titiba)

dan malam tu aku stay up sampai jumaat pagi siapkan suma benda jahit tangan je. plus satu esaimen research methodology yang kena hantar jumaat pagi jugak. Alhamdulillah berjaya. tapi aku taktau lah apa nasib sewing aku sebab diorang cakap terus dapat markah & dapat balik blouse & skirt. aku mintak tolong kawan hantarkan & sampai sekarang aku tak mesej dia lagi tanya. macam takut nak tau. tapi esaimen RM tu Alhamdulillah dalam suma-suma ongoing exercises RM yang tu aku dapat paling tinggi. syukur.

daerah yang kami pilih, kuala lipis, pahang & felda yang kami pilih felda chegar perah. chegar perah ni tak lah alien sangat untuk aku sebab tiap kali aku balik gua musang akan lalu punya. masa kat sana pun aku dok bising ajak gi gua musang bajet macam boleh singgah umah tok ayah la kann. ye la, tak sampai satu jam je lagi nak sampai gua musang dah. tak ke sedih tu.

before bertolak
kitorang bertolak dalam pukul 1230pm macam tu, 11 Mei 2012. sepatutnya 12pm. tapi ada masalah bas sikit. masa ni pun sepatutnya ada dua bas tapi kami gerak asing. satu lagi bas gerak 330pm++. aku naik bas first. sepatutnya ada perasmian pukul 3.30pm. tapi kami sampai lambat gila. but thanks sangat kat parents angkat kat chegar perah. diorang sabar gila menunggu. bayangkan dari kul 3pm tunggu dekat kul 5 kot baru kami sampai.

dah sampai
oh kembang kempis tengok hasil tak tidur malam ku di belakang tu. tp kembang kempis sorang2 je la

sampai-sampai diorang sambut mesra gila. tak padan dengan sampai lambat. 1st thing aku nampak dari dalam bas masa baru sampai adaah banner tentatif yang digantung di pagar balai raya. tengah aku dok menghayati banner tu, yelah hasil kerja sendiri kann (banner lagi satu, bukan yg kat ats ni), titiba brother kat belakang cakap dengan kawan dia, "pehh cantik banner, memang Am tak mengecewakan lah". ciss bos aku jugak dapat nama. tapi takpe, yang penting bagi aku adelah orang puas hati. tu pun dah lega. sebab aku memang sucks bab design2 ni. kalau design untuk diri sendiri takpe la. buruk ke cantik ke kita je nak pakai kan.

after perasmian adalah pembahagian keluarga angkat. nervous gila weyhh. takut gila kalau taktau nak cakap apa dengan family anngkat. masa tu suma dah dup dap dup dap. kitorang diberitahu before tu 1 family dapat sorang je. tapi tak jadi. dia depends kat family tu sendiri nak amik berapa. ada family yang macam busy diorang tak ambik sebab kesian kat anak angkat lagi. felda chegar perah ni weekend memang busy dengan program. kitorang kat sana pun boleh kata banyak program ikut program sana jugak la. ada family yang ambik dua, ada jugak yang tiga. aku masatu doa banyak-banyak biarlah dapat 2 orang. at least tak awkward. tak kesah la kalau anak angkat lagi sorang tu aku tak kenal sangat pun.

my parents there :) sampul tu adalah duit saguhati yang diberi setiap family sebab kitorang kat sana makan & tinggal kat rumah keluarga angkat.

doa aku dimakbulkan masatu. aku dapat 2 orang satu rumah. sister lagi sorang, Nur sampai lambat sikit sebab dia naik bas yang bertolak kemudian. mak angkat bahasakan diri dia umi & ayah angkat, abah. sama la pulak dengan mak & ayah betul kann. tapi takpelah. umi nampak macam affectionate sikit sebab mula-mula announce nama & jumpa first time kat depan dia terus peluk suma. tapi rupanya pendiam jugak macam aku. tapi aku teruk lagi la kan. tapi umi sangat caring la yang pastinya. abah pulak, masa mula-mula jumpa aku macam takut sebab dia macam garang je. masa depa borak dua orang pun macam tengah argue something je expression muka. tapi rupanya tu style depa borak. umi suka buat muka bila abah cakap pape yang mengusik / kelakar. hehe. after that learnt that abah sangat caring jugak ok. nasib baik lah along (anak sulung diorang) & Nur dudua banyak mulut. kejap je enjin aku pun dah start. diorang punya effort untuk anak-anak angkat kadang-kadang buat aku rasa bersalah, kalau la 1 day aku tak berjaya keep in touch selalu seperti yang diorang pesan, kesiannya.

oklah dah dekat 3am dah. nanti aku sambung cerita lagi. banyak lagi. gambar & bebelan. ni baru sampai je ni. hehe.

toodles

TBC...

*credit goes to multimedia baksis kembara uiam 2012 for the photos.

2 ulasan:

hidhikariee berkata...

cantekla banner :)
btw e memang kenal nad as a creative gurl.
jadi konfiden buat bende2 ni sebab jgn riso mmg cantek.

tak sabar tunggu part 2

l t t l g j h ; berkata...

hehe mana ada lah ee. sekali skala je dpt buat yg puas ati. :)

nnti kite uplod part 2 ye. tgh maales :P