Isnin, 12 Disember 2011

crayzee seesawwww ;





baru ganti contact lens selepas 3 bulan. hina kan? aku adalah manusia yang sangat kedekut nak beli lens sekotak. selalunya akan tanya jugak kedai tu ada tak jual lens sepasang2? tapi beli jugak semalam sebab dah taktau kat mana celah lagi ada jual lens sepasang & risau jugak karang kena infection ke apa mata. sebenarnya beli sekotak terus lagi untung dari beli sepasang2. jimat 10rm. sepasang 20rm sekotak ada 3 pasang 50rm. tapi tulah, aku ni manusia yang tak pandai kalau bab2 nak melabur untuk jangka masa panjang nih. hehe.

family dah balik kuching dah tapi abah turun KL lagi last thursday sebab kerja. he stayed at berjaya times square hotel. last sabtu aku & helmi jumpa abah & had lunch sama-sama. abah offer tidur kat bilik dia. kitorang macam malas sebab abah dah nak keluar kerja pagi-pagi ahad & kitorang pun fikir nanti malam tidur lambat bising kesian abah. so bagi abah alasan busy. sekali naik bilik untuk solat sabtu tu, bilik suite rupanya. ada 2 bilik sumore dalam tu. bising la sampai lebam pun abah takkan terjaga. alahaiii rugiiii. bila lagi nak rasa berjalan sampai lebam kat times square pastu balik tidur kat bangunan sama je kan? rugi do. tapi takleh ubah balik fikiran sebab dah cakap ada kerja kan. haish rugi2. kalau tak boleh layan midnight movie ke apa.

tabung gajah tu boleh beli kalau shopping kat cold storage. RM100 ke RM150 in single receipt if i'm not mistaken. ada lagi 2 design. harimau dengan apo entah. lupa. nama aku nak shopping ratus2 kat cold storage. harapann. dah la elok je lepas aku bayar foreigner yang bayar lepas aku beli 3-4 barang je dengan lepak dapat tabung tu sebijik. aku memandang dengan wajah sayu je.

hup seng untuk aku = tea time bersama dadah2 gembira di KPM :)

exam lagi dua minggu.

and i have mixed feelings. about many things.

hopefully i can pull myself together & boleh jadi manusia waras & berfikir apa yang perlu saja.

aku taknak buat benda yang aku penah kutuk orang lain buat.



ps: tajuk post adalah lirik dari lagu SHINee, Seesaw. dalam japanese album depa, THE FIRST.

Tiada ulasan: