Isnin, 26 Disember 2011

스물네 ;

lima hari lagi dan umur akan bertukar angka. honestly aku tak pernah heran sangat dengan umur. tiap tiap tahun aku anggap macam baru masuk 20. eh? *tampo*

tapiiii

tadi tengah tengok-tengok kalendar and suddenly it hits me. aku dah nak masuk angka ni?? sumpah??

sterressss *nada gary dalam Running Man*

for the first time aku rasa nak sorok tahun lahir kat facebook.

aku takdelah sedih mana kalau umur tu dikaitkan dengan topik kahwin ke jodoh ke. at least buat masa ni tu bukan topik yang aku rasa aku patut stress pon. untuk aku lah kan. korang yang dah kerja aku taktau. dah boleh la tu kot nak risau :P :P walaupun ummi dok cerita pasal bestfren dia zaman sekolah dah ada cucu lah, dia & abah dok kira biras dah ada berapa orang cucu lah. ko mampu ajak kira cucu2 ipar duai biras dengan aku? aku ni kalau anak bongsu ke boleh la mengira sekali dengan senyuman kan. ni aku anak sulung. very the awkward okk. tapi macam aku cakap tadi, tak kesah sangat pasal suma tu sebab isu paling besar dalam hidup aku sekarang adalah untuk habis kan degree.

which i'm still nowhere near to that.

kalau dah nak habis tu takdelah rasa sangat kot kan.

nanti tak lama lagi ko redha je lah bila suma orang kat sekeliling meng-'kak'-kan ko aisyahnadiah oi.

and tak lama lagi bila kawan-kawan tanya aku buat apa, bila aku cakap still belajar, mesti soalan akan keluar, "oo ko buat master eh?". penat do nak explain. 1st pasal kos 4 tahun. lepas explain yang tu kena explain jugak yang aku before ni buat diploma 3 tahun.

lagi satu kat iiu ni selalu malaysian students dari matrikulasi iiu kan. ni pun kelakar. bila dah terkantoi umur selalu je berhadapan dengan situasi orang tanya,

"ko dulu matric pj or nilai?"

sebab zaman budak-budak umur aku masuk matric iiu, matric nilai belum ada lagi.

untuk soalan macam ni aku kena explain pulak aku direct intake bla bla bla.

lagi dua tahun nak hadap benda benda ni. ohmaii.

tapi takpelah, bak kata sorang senior kpm yang juga kat iiu sekarang, jom je lah kita tua dan bahagia kat iiu.

bahagianyelah kannnn

haha.

kepada yang berhadapan dengan situasi yang sama, jangan sedih. bukan ko sorang & bukan aku ngan ko je yang sedang berhadapan benda sama. ramai lagi okk. jangan hanya sebab orang sekeliling ko suma dah berjaya, habis belajar or kerja ko rasa down pulak. masa kita akan sampai juga satu hari nanti.

rilek je lah kan. belajar kasi habis dulu. heheh.


alahhh nampak macam sebaya je kan aku dengan diorang? kadang-kadang nampak cam aku lagi muda pun ada je kan kan? *pangg*

3 ulasan:

the baloney berkata...

haha..meh aku pang kan sekali syanad..haha..tua kan kita..sobs sobs..aku pon x pikir sangat kawen..aku pikir nak keje je..pastu bagi duet kat mak ayah..sebab dah naek segan dah pakai duet dorg..tulaa kite yang buat course 4 tahun je merasa.. :P

l t t l g j h ; berkata...

kann. walopon mak ayah aku pun still keje nak jugak rasa bagi dorang gaji kite kan. belanja makan tempat sedap2 ke. alahai genang2 plak air mata tulis ni sebab aku tau lambat lagi baru leh buat suma tu. hehe :')

hidhikariee berkata...

jawab saya amek dabel degree.hee.ok ape