Sabtu, 21 November 2015

cuti sekolah datang lagi ;

salam'alaykum,

cuti sekolah dah mulaaaa. selamat bercuti kanak kanak sekolah sekalian.

tapi aku tak cuti sangat pun. dah give up nak berharap pasal cuti. cuti guru from 28th sampai 12 disember je. itupun ada ura-ura mengatakan aku kena buat kelas intensif untuk bakal murid tahun 1 tahun depan. those yang tak berapa boleh lagi membaca tu. ye la sebab aku cikgu bm kan. jadi sape lagi yang paling selayaknya buat kelas tu. sebenarnya memang perlu la kelas tu supaya tak penat masa sesi persekolahan nanti kan. tapi sedikit sedih la. i have lots of plans cuti ni. which includes catching up with kesayangan kesayangan di kl. tapi nampaknya terkubur je la suma tu.

ni pun nak pergi penang trip ni sebenarnya belum start cuti guru lagi. tapi sebab aku taktau selamba je aku dah book tiket apa suma. pastu bila tahu haritu meroyanz la kejap. nasib mudir baik. dia cakap apply je la cuti. buat surat sikit. tapi sebab busy sangat haritu aku hantar borang cuti je. tak buat surat. fikir-fikir balik, asal nak buat surat lak? aku nak guna cuti rehat tahunan kot bukan kecemasan ke apa. so aku buat bodoh je dan mintak cuti 4 hari. puas hati. alang-alang tak dapat cuti tu kan.

kepanasan dan kepedihan di hati bertambah pulak dengan kesengkekan dan kekeringan dalam acc bank. haha. mujur la gi penang tak pakai duit sendiri pun. just keluar untuk pergi balik kb-kl je la. bulan 12 pulak takde gaji huhu. sebab belum confirm, dia akan bagi bulan 5 nanti. memang agak sakit la. tapi itupun mujur aku duduk kat rumah. sesak-sesak leh merempat ngan umi. 

i guess this is reality of life kan. takkan selamanya kita boleh jumpa kawan-kawan or share stories macam dulu. semua pun ada komitmen memasing kan. just sedikit sedih sebab dah janji nak jumpa nazira & zu. nak jumpa akak, mas, ds, lala fiza suma. banyak benda diorang nak share & cite. mesej & phone conv tak cukup sebenarnya. rasa bersalah coz i cant be there for them. diorang selalu ada untuk aku dulu. bila diorang macam sedih ke apa rasa macam kawan yang teruk. wuu sorry korang :( sedih bila duduk jauh ni. tapi nak buat macam mana kan. 

ok cukup la tu bebel. sebenarnya bersyukur sangat for what i have today. cuma kadang-kadang sisi selfish dalam diri ni rasa rindu nak macam yang dulu-dulu. padahal benda yang mustahil kita akan dapat balik dah kan.

ok nak sambung kemas barang, nak masak paprik, buat corn in cup dannn bersiap untuk naik bas ini malam.

happy weekend semuaaaa. till next update. banyak cerita dan gambar nak share ni haha. dasar janji dicapati kan sanad ni. ish ish.

toodles!~

yess everything will get better with coffee. teehehe

Khamis, 19 November 2015



i hope you can tell by the way i'm treating you ;) though i know i dont really do anything for you.

not sure whether u will read this or not. i just wanna say thank you. for being there during this past 2 years, every day without fail. i dont know what have i done to deserve this kind of attention from someone. i think its not because i deserve this, its because you are a good person, a good friend.

and during this stressful time, you are still there. you have your own work stress, but you still entertain my neverending stories about my workloads. padahal kerja awak pun banyak. sorry. i always have this fear that i might become a burden to people, they will get bored and leave me. thats why sometimes i tried to keep things to myself. but everytime you asked or said that you wanna know, i lost it. pastu bebel banyak banyak, menyesal.

i hope you know that i want to be there for you too :)

thank you. for being there. and sorry hari hari bebel benda sama.

Rabu, 18 November 2015

Ahad, 15 November 2015

countdown to school hols ;

salam'alaykum,

lagi 4 hari jee (tak termasuk hari ni) na cuti sekolah dah. tapi tak rasa excited pun sebabb banyakkkkkkkkk sangat kerja kena bereskan before cuti. rasa nak bertukar jadi segala jenis monster dah. haha.

semalam baru sampai kok lanas from a 5-day-trip. kok lanas-gua musang-melaka-gombak-gerik-kok lanas. penat ya tuhann. tapi lagi penat ummi yang drive berapa hari straight huhu. so jangan mengeluh. hari sedikit lemau sebab selsema dan batuk. dari time jenjalan lagi sebenarnya tapi biasa la bab bejalan sakit pun boleh sihat kan.

dann isnin depan im going for another 'larirumah' trip to penangg. wuhuuu. dengan kak jijah. suratchenta belanja percutian tahunan. kihkih. Alhamdulillah for the rezeki. tapi tu la nak eksaited sangat pun kerja tengah banyak. tiket bas gi kl pun tak beli lagi nih. cari pasal betui.

ok la nak pi masuk kelas. nanti kita update gambar melaka haritu yee. hehe

toodles!

Khamis, 5 November 2015

yeayy ;

2 umar ni time ni je la nak tengok diorang serius pun. time lain dia punya happy-go-lucky level tu agak diabetis sikit.

peksa akhir tahun dah habiss wuhuu.

tapi kekanak ribena je la yang hooray cecikgu dia sotong nak setelkan suma benda before cuti. bukan lembik macam sotong ye, banyak tangan cam sotong.

since aku mengajar di sek ren islam, tak dapat tidak akan ada paper yang dijaga dari subjek diniyah dan juga bahasa arab. haruslah takleh jaga paper sendiri kann. most cikgu yang bukan dari sekolah agama macam den ni very the nebes kalau tengok2 jadual kena jaga subjek b.arab. budak2 besar takpa papehal memang dorang kena faham sendiri cemana nak buat. kekanak ribena ni kekadang kena bagitau cemana nak buat soalan tu kalau tak temenung la di situ (note to self: jangan lupa letak contoh before soalan pertama lain kali). dann cuba ampa imagine kalau subjek b.arab. kita tolong baca arahan pun kita yang tak paham maksud dia. 

tadi jaga paper arab 2 umar baru laa rasa memang Allah jadikan takdir kita ni ada hikmah dan sebab. takde yang tak bersebab. kita je yang kena pandai cari dan fikir akan hikmahnya. syukur masuk uia kulliyyah human sciences yang kena belajar 6 level bahasa arab. dulu aku selalu question, kenapa banyak sangat padahal kite course HS je. budak2 engin, econs suma tak banyak level pun kena. tapi, agaknya kalaula aku takde basic mau ternganga tak pun kelam kabut carik ustaz dia. macam tadi, still ingat jugak la sikit2 maksud perkataan. boleh la faham apa arahan tu nak. ada soklan suruh warna merah untuk jawapan betul, kalo tak paham memang tekelip2 la aku nengok. tapi tu pun sebab dah lama tinggal dan belajar 6 level pun aci survive je, tekelip la jugak sikit2. but at least takde la kena turun naik tangga carik ustaz dia. hehe. Alhamdulillah. titiba rasa nak belek balik buku b.arab kan.

kalau subjek diniyah pulak dalam jawi. nasib sempat pandai baca time sekolah rendah dulu. i was in convent school dan tak pergi sekolah agama petang. memang subjek diniyah aku lemah. membawak ke sekola menengah lemah dia. orang lain dengan tenang dapat A. aku manjang B. tu pun nasib baik B. kalau tak bernasib baik C lah jawab dia. kalau kena tulis jawi memang aku merapu. sebbaik boleh baca so bila bacakan arahan untuk budak boleh bajet2 terer. tapi kalau ada yang budak betulkan tu perkara biase lar tu. haha. who said we cant learn from kids right? 

sabtu ni ujian kelayakan tahun 1. tak sabar pulak nak tengok muka muka si comel yang mungkin bakal jadi kekanak ribena sriam tahun depan. hehe. okbai nak tido dah.

thanks for reading!

toodles

Selasa, 3 November 2015

al-baqarah:286 ;










salam'alaykum,

saja je post quotes nak bagi semangat kat diri sendiri dan semua orang. everyone have their own struggle. just because kita rasa kita macam susah atau stress atau banyak kerja atau sesak sesangat doesnt mean orang lain yang nampak seronok atau rileks atau happy tu takde struggle depa.

bercakap dengan diri sendiri. huhu.

semoga tak kalah sebelum berjuang.

be strong everyone! :)

himnae! (be strong!)

Sabtu, 31 Oktober 2015

^^


agree with everything on the list except for the 'know that having arguments are normal' part. haha. maybe because of my personality, i tend to avoid arguments (family not included. sebab dengan family arguments, gegaduh, buat muka cekodok tu biasa lar kan). not only in relationship, but with friends too. 

i dont really like the tense u feel in arguments. ada kawan aku cakap dia dah bosan bergaduh je manjang dengan bf/gf. aku yang dengar pun dah tensi. terfikir jugak, macam mana boleh ada topik nak gaduh tiap-tiap hari? tapi faham la sebab perempuan normally bila in relationship akan jadi saiko. yang beza macam mana setiap orang mengawal level saiko tu. biasalah kekadang pms kan. pms pulak sebelum, ketika dan selepas. bayangkan dia punya haywire dalam hati dan fikiran tu cemana. im not saying that aku terer mengawal perasaan-perasaan tak patut tapi selalunya bila terfikir benda-benda negatif or rasa nak sentap ke apa, fikir positif je la. sebab most of the times, memang perasaan kita je pun.

orang cakap arguments, salah faham, bergaduh merajuk suma tu adalah tanda sebuah relationship yang normal. sebab by arguments you actually communicate. persoalan yang bermain di minda aku sekarang adalah, is a relationship without arguments not normal?

all my past relationships (bunyi macam banyak tapi tak ye, tak) ended without arguments. semasa mahupun towards the end. haha. pathetic pulak aku rasa citer benda ni kan. adoyai. dun wory ni suma zaman tak matang lagi haha. haa pelik kan macam mana boleh terhenti di tengah jalan (dramanyer) tanpa arguments. tu lah aku pun rasa pelik. bila borak dengan kekawan biasalah depa cakap, orang tu yang tak appreciate kite. biasalah tu kann. padahal entah-entah aku yang salah. mungkin aku ni terlalu memboringkan tapi nak bagitau direct tak sampai hati lalu terjadilah pengakhiran seperti itu. agaknyalah.. aku pun tak tau. 

both relationship i had (dah kantoi cakap both plak kan) lebih kurang macam long distance. mungkin itu one the sebab la kot. tak suma orang boleh endure kann kalo tak jumpe-jumpe nih kann. aku pulak jenis tak kisah. sebab bagi aku relationship kena ada kepercayaan. bila kita trust each other kurang la nak fikir bukan-bukan tu. takkan orang nak citer pasal kawan perempuan aku nak merentan macamkan aku takde kawan lelaki kan. satu lagi reason orang in relationship suke gaduhkan adalah pasal ex. dulu aku ada kawan yang pergi cari beria bf dia punya ex sampai buat kawan. bagusla nak pergi berkawan bukan begaduh tapi agak-agak lelaki tu suka tak kite buat macam tu? macam takde motif. last sekali begaduh pulak bagai nak rak. kan dah tak pasal. hmm.. tak minat nak tau. bukan tak minat, biasalah suma orang bila in a relationship mesti nak tau punya pasal ex-ex nih. kenapa clash apa suma kan? tapi kalau takde kaitan dengan kita macam takde sebab la pulak kan nak tau? past is past. kalau orang nak citer, dengar je la. kalau taknak, takyah sibuk. thats all. mungkin sebab tu la kot menjadikan aku sangatla tidak interesting orangnya.

bayangkan masa zaman cinta monyet dulu, he was in other school (ye aku tau, sekola belum habis dah gatai). pastu kawan yang satu sekolah dengan dia cakap, dia rapat dengan junior. dah macam belangkas siap pegangkan ic bagai. tipu la tak sedih sakit hati apa suma kan. kalau ikutkan mesti tak sabar sabar nak serang kan. tapi aku masatu nak tanya pun fikir banyak kali, sebab rasa macam apa hak aku nak marah. pastu tanya la jugak baik-baik. and i still remember what he said, "teman tapi mesra (zaman lagu teman tapi mesra tengah top). kenapa? jeles eh? hehe" amboi dia boleh hehe hehe kann. tapi entah kenapa aku pun cakap eh takdelah saje tanya and the topic ended just like that. titiba time tulis ni aku rasa emo pula apa pathetic sangat ko ni sanadd. haha. anyways it was in the past. dulu ada la jugak rasa sakit tu walopon cinta munyet. tapi Alhamdulillah mujur la benda cintun ni tak la besar sangat bagi aku sampai takleh nak belajaq. and amazingly walaupun perasaan yang aku simpan kat dia tu ada bertahun. tapi perasaan tu boleh hilang kejap je. and pastu dia datang carik balik pun dah takde rasa nak continue. oh lupa sebab dia missing in action selama beberapa bulan, maka aku pun jatuhkan talak melalui sms lepas spm. selamba tak selamba. haha. tapi bila dia contact aku balik pastu pun layan baik-baik je la. memang takde gaduh ke apa pun. takde simpan dalam hati pun. namapun cinta munyet kan. kalau mak aku tau anak dia dah gatai masatu memang dah kena dah. 

yang second agak drama jugak sebab melibatkan ramai orang. cinta munyet tu memang dendiam je kawan rapat je tau. yang ni malas la nak cite penat la taip. nyampah pulak tadi cakap pasal lain titibe cite pasal pengalaman bercita apekes. haha. tapi yang pasti bukan di zaman sekolah. ni zaman orang dah start serius mencari. macam orang lain jugak la dah feeling2 he's the one gituh. tapi macam biasa aku kan jenis relaks. kalau ada jodoh ada la, belajar pun belum habis memasing. tapi salah aku jugak sebab relaks sangat kot maybe sampai orang rasa aku not interested? dan berlalu lah ia seperti angin. haha. apa yang aku boleh simpulkan dari apa yang orang lain sampaikan (i never asked him why), dia tak boleh nak commit dengan long distance relationship. fine lah kan. its not like aku boleh pegi pindah uni ke apa pun. tapi sama la, tak penah bergaduh ke apa pun.

sebab tu ada dua benda yang menakutkan aku. relationship with no arguments or conflicts. dan juga distance. aku takut aku sorang je rasa boleh buat dan harung benda-benda ni tapi the other person tak boleh. kekadang terfikir, entah entah dia ada kecik hati ke apa tapi sebab tak sampai hati nak cakap direct maybe sebab perangai aku yang suka avoid arguments. and i know thru arguments biasanya orang akan lebih kenal each other sebab kita jadi diri sendiri. tapi tu la, aku tak suka tengok orang marah, tak suka kena marah, tak suka marah orang. haih. sometimes i can sense dalam gaya bahasa mesej bila orang moody ke sedih. tapi tak reti nak tanya. kekadang bila orang reply moody2 pulak rasa macam diri sendiri ada buat salah. terus elak conversation sebab faham yang takde siapa nak cakap banyak time moody. kekadang rasa bersalah, aku perasan sesorang seolah2 aku ni seorang yang understanding padahal yang sebenarnya i didnt really give him a chance to understand me dan juga tidak memahami dia. 

but i hope relationship with less or no arguments are normal too. 

or maybe its still too early for that. not that im hoping for arguments tho. tapi kalau boleh if kecik hati ke tak puas hati ke nak marah ke nak tegur ke bagitau je ye. marah je. i think its okay if we become cekodok once in a while :) i know i have so many flaws. and i dont really have anything to offer. i'm really thankful for all your time that u spent for me. i'm not writing this here to tell the world. i want to tell only you but i dont know how to say this directly. i dont want to say things that may become a burden to you. because i know u're afraid that u might give me high hopes & anticipations. but yes, i'm really thankful for everything. i just dont know how to express it more. but its more than really thankful. more than that.


may Allah permits us to be what the last line on the image above says. ameen :)