i finally understood how pinterest works and suddenly got addicted.
masak laaa cani
berejamm dok scroll scroll pin.
padahal eso kerejaa *nanges jurai jurai ayaq mata*
tido la woiii
Sabtu, 28 Mac 2015
Jumaat, 27 Mac 2015
Rabu, 25 Mac 2015
bukz ;
antara tempat feveret aku adalah kedai buku. wahh statement tak fikir dua kali dahh. feeling ulat buku sangat kan. tak tak..bukan bukan. aku suka kedai buku sebab boleh beli benda benda ngarut yang comel comel macam stationaries suma tu la. kalau boleh suma kedai buku nak buat member card. gituuu. tapi an, takleh lawan la level keserunukan usha benda benda comel kt Mr DIY, Kaison atau Daiso. tapi Kaison siyes menguji la dia punya comel dan murah tuh. once masuk, teros ko rasa macam nak makeover bilik.
tapi aku suka jugak belek buku kat kedai buku. dan aku ada satu masalah, pantang tau buku tu bestselling ke mestii nak beli. ataupun orang tu fave writer. masalah tak timbul kalau aku beli pastu baca. masalahnya tak baca baca. kalo orang tak suka buku buleh la cakap tak minat membaca. aku suka weh tempat macam library atau bookshop atau rak rak buku. bau kertas lelagi kalau buku yang dah usang tu rasa macam bestt je. macam seronok je. TAPI setakat belek je tak baca pon dapat faedah apa haha.
zaman belajar sempat 3 kali rasa voucher buku. tiga tiga tu aku habiskan beli buku tau, orang lain pakat perabih cari tempat boleh borong stationaries. buku pulak bukan novel melayu zaman sekarang yang tajuk ala ala suamiku sebelah rumah apa suma tu tau. english novels tak pun ilmiah2 atau motivational. taknak kalah la kan. tapi berapa ketul je la baca. tiap kali tengok berazam nak baca tapi hampeh. bahkan aku juga berangan dan banyak kali mengajak umi buat 1 sudut letak kabinet tinggi sampei siling letak buku. kemahenn.
maka terus la menambah koleksi tapi tak baca baca pon. kat atas ni latest tapi yasmin mogahed's reclaim your heart tu kak jijah bagi. macam mana lah kan nak merajinkan diri membaca. dah berapa kali tahun baru la aku letak azam membaca nih. tambah tambah sekarang banyak bahan bacaan kat pesbuk je, dok baca mukabuku jer laa. sedih weh tambah tambah you know how good the contents of the books tapi ko tetap takde masa malas membaca.
kena start nih. or maybe kita paksa diri baca and share kat belog ke kan. mihmihmih *berangann*
Sabtu, 21 Mac 2015
have courage and be kind (cinderella) ;
home :)
terima kasih Allah, untuk nikmat hidup yang tak terhitung sampai hari ini.
untuk perjalanan yang sebenarnya tak pernah begitu sukar; semuanya masih mampu diharung. belum pernah terduduk atau tersungkur.
for the people around me yang sangat sangat baik. yang sentiasa ada dengan sukarela dan tanpa syarat. ya Allah, sometimes i feel like i dont deserve all these kindness and attention. takde apa kebaikan pun aku buat untuk mereka. balaslah mereka dengan sebaik baik balasan ya Allah, selimutkanlah mereka dengan kebahagiaan, aku mohon.
untuk rezeki yang tak pernah putus walau usaha tidak seberapa, walau bergunung dosa.
subahanallah alhamdulillah Allahuakbar.
terima kasih Allah (:
semoga aku tak pernah lupa untuk bersyukur, di saat susah atau senang.
Jumaat, 20 Mac 2015
salam'alaykum,
malam last di rumah gombak. huhu sedih pulak. padahal macam laa taknak datang sini lagi dah kann. bajet je tau sanad nih. tapi tulaa, sini je buat aku rasa macam truly balik rumah.
walaupun dah tak tinggal kat sini mesti kalau dah lama tak datang rasa rinduu sgt nak datang sini. sebab rumah ni je la paling banyak kenangan dengan abah. abah yang tengah lepak kat sofa, abah yang tengah tengok tv, abah yang tengah makan kt meja makan, tengah cuci kete kat luar.. kat tempat lain takleh nak tgk and bayangkan.
bila baring kat sofa, boleh tengok lama lama lampu kat ruang tamu yang abah beli. last before abah terus jatuh sakit. ingat lagi abah beli lampu tu, masatu aku dengan abah je kat gombak.. umi still kat sarawak. abah datang gombak sebab nak lapor diri last day bekerja b4 pencen and nak teman aku yang tengah prektikal & dok sesorang kat umah gombak masatu. sebab eksaited nak makeover rumah, dia beli sendiri suma lelampu tu. masatu belakang abah dah sakit dah tapi dia gagahkan jugak diri pegi.
ok dah terleleh la plak.
tu la masalah bila kat umah ni rindu 200% pulak kat pacik hasdi nih. ish.
tapi bila fikir fikir. abah sempat buat banyak jugak benda yang dia nak buat after pencen. abah nak hantar ambik umi n alif kat sekolah, nak hantar aku gi tempat keje. duduk rumah rileks2 tengok tv. cuma repair rumah tak sempat buat suma mcm dia nak. tak sempat aku nak belanja makan sedap sedap kat luar. and paling ingat abah nak belanja kami jam tangan, memule abah suruh survey dulu nanti gi beli sesama. pilih yang cantek n mahal dia cakap. tapi taklama pastu abah tak larat nak jalan sangat dah abah nak bg duit suruh beli sendiri. tapi kami nak tunggu juga sampai abah sehat. tapi rupenye abah bukan sakit biase. sampai skarang aku hilang rase nak pakai jam walopon dulu takleh idop kalo takpakai jam.
most baju raya mesti ada kenangan pasal abah sebab beli baju raya mesti ada abah sekali takpun mesti tunjuk kat dia mintak komen. masa abah ada dulu tak perasan pun sume ni, sekarang baru nampak. paling takleh lupa 2012 punye baju. our last raya with pakcik hasdi.. masatu puasa kat rumah ni without ummi sbb ummi kat swak. sakit belakang abah dah makin teruk tapi abah belum nak pergi hosp. kami pegi shopping baju sendiri. aku beli baju murah gile. balik tu abah bising. tapi bila tunjuk dia cakap cantek. then on 1st raya kat hosp, went to the hosp wearing that baju kurung. abah puji lagi sekali baju tu cantek. bangga kemaen aku dapat beli baju murah tp cantek kononnye. sampai sekarang tgk baju tu aku rase mmg dia paling cantek. padahal 50 hengget je aku beli.
and i still remember masa prektikal tiap petang lepak mamak thaqwa belakang rumah dengan abah makan roti canai (:
kekadang rasa takut bile hari tak jumpe abah dah makin banyak, takut memori yang ada makin hari makin lupe. tapi bile tulis dalam belog, bukan sanggup nak baca pun.
abah, kakak tak sabar sgt untuk hari dimana umi takyah risau masa depan kakak. semalam umi cakap kat whatsapp family kite dia dok runsing masa depan anak2. terasa la jugak sebab anak yang ni je belum kerja dalam ertikata sebenar. huhu. agaknya anak anak kekawan dia suma dah berjaye kot. kesian ummi. hope by this year dapatla kerja bebetol kan. sory abah, dulu asyik harap abah buatkan suma benda, nak cari kerja pun kekadang harap abah ada untuk consult. tak indipenden betul.
but im glad that makin hari i have more reasons to be proud for having u as my abah. and my love for you will go stronger every day insyaAllah ((: alfatihah.
Selasa, 17 Mac 2015
#dadahgumbira
aku rasa aku ada ramai kawan yang aku consider as my bestfriends. aku tak reti nak pilih sorang atau dua sebagai yang paling rapat ke apa. each and everyone have a special place in my heart. each and everyone of them pernah borak berdua heart to heart pasal life apa suma. tak kesah la kalo aku tak masuk dalam list bff dorang ke kan. haa kalau korang pernah borak tentang hidup dengan aku, jagajaga, you are considered as my bestfriend. haha :p
okay thats not my point actually.
nak share gambar last weekend. tapi teaser je aa. tapi teaser ni mungkin akan ada cerita aku bebel dalam belog ini dan mungkin juga jadi teaser sampai bilabila muahaha. bergantung pada kerajinan gwe.
![]() |
| tak complete sebenarnya. takpe, next time keyh. |
mendadah dengan dadah dadah gumbira wuhuu.. belom boleh move on lagi. the reason why this post is written.
walopon aku cakap aku ada ramai bestfren, kenapa balik balik dadah dadah ini yang dipetik?
mungkin sebab diorang ada dalam timeline hidup aku diwaktu aku paling saiko camharem. its not that they were the ones who kept me sane. sebab masatu semua pun hidup dalam masalah masing masing. tapi diorang ni la yang ajar aku mcm mana untuk fikir pasal orang lain sebelum diri sendiri.
lagi satu yg buat aku rasa diorang ni best adalah walopon masing2 ada circle of friends yg lain, ada bestfriends lain, semua respect kawan2 each other. kekadang siap introduce n lepak sama. aku jenis yang jarang cerita pasal life yang lain, tapi diorang slalu amek tau siapa kawan2 aku. and tak pernah timbul la isu macam sejak dia ni baik dengan orang tu dah sombong dgn kite. sume jenis sukati la korang nak ada berape byk geng ke nak lebihkan sape ke yang penting ure one of my dadah gumbira. contoh macam sapik, dia tu bapak aa ramai kekawan n suma stok mcm sayang kat dia (euw memintak boncet tak baca) tapi tak penah la rasa jauh. kekadang besfren fiza atau besfren Ds jadi besften kitorang gak. sangat la tak memilih sampai aku pun heran. aku kekadang segan nak ajak lepak sekali ngan kekawan aku sbb takut memasing tak selesa tapi diorang ni konsep the more the merrier. tu yang best. lansung tak memilih.
lagi satu yang best adalah diorang boleh tahan kawan ngan aku yang super memboringkan nih. aku ni sangat memboringkan orangnyer. atau mungkin mereka adalah spisis mudah tehibur so walopon aku tak klakar ke apa terimalah seadanya kan.
lagi satu yang best adalah diorang boleh tahan kawan ngan aku yang super memboringkan nih. aku ni sangat memboringkan orangnyer. atau mungkin mereka adalah spisis mudah tehibur so walopon aku tak klakar ke apa terimalah seadanya kan.
peh kelangit uols memuji padahal baru lepas kena buli. diorang ni paling suke bahan aku tatau la pasepa.
i hope we'll stay like this sampai bila bila takkan pernah rasa awkward mahupon lost contact. dan aku harap sangat3 untuk kita continue jadi bestfrends di Jannah. ameen😊
ps: jangan fikir sgt bebenda yang belum tentu akan jadi. fokus utk buat bendabenda happy dan jadi happy (:
ps: jangan fikir sgt bebenda yang belum tentu akan jadi. fokus utk buat bendabenda happy dan jadi happy (:
Ahad, 15 Mac 2015
if you want ;
self reminder.
there are questions in my head.
which i'm curious about the answers.
but at the same time i dont really wanna listen to the answers.
so i just let go.
and let things stay as it is.
Langgan:
Catatan (Atom)





