Jumaat, 28 Mac 2008

kan baik kalau semua kesedihan dan kemarahan tu hanya simpanan short term memory. bagus kan? macam mana sakit dan sedih, kejap je dah boleh lupa pun.

aku nak macam tu. atau paling kurang, pura pura buat macam tu.


haih, mengalah sudah.

setuju tak, walau macam mana rapat pun kita dengan orang yang paling rapat, pasti ada at least satu rahsia yang dia atau kita pendam. yang takkan diluahkan.

"sorry"

"takpe..tak kisa..dah lupe pon"

senyum. jadi sedayus mungkin.

ah benci.

Khamis, 27 Mac 2008


apa khabar semua? aku masih baik. belum ada perasaan untuk mati.

hidup bosan. gara gara assignment yang membukit. kurang drama. hidup tanpa drama tu bosan jugak kan?

minggu depan turn aku ngan nani untuk present SSI. society, the state and the individual. topik lapan, stratifikasi sosial: kasta, kelas, bangsa, etnisiti dan jantina. tujuh soalan yang jawapannya satu pun takde dalm buku. adalah juga, dalam 3 peratus. haih. mungkin haritu nanti, nani pura pura pengsan. aku pulak pura pura sawan babi. dalam perancangan lagi.

terfikir lagi nak tukar blog. dah mula rasa geli dalam usus dengan tulisan tulisan bodoh aku di belakang. rasanya dah puluh kali aku ulang yang sama. tapi masih lagi menghasilkan tulisan yang berupa carut marut. membencikan sapa sapa yang baca. haih. mungkin lagi 2 bulan aku jadi jijik dengan entri ni. mungkin aku tak patut ada blog.

*dushdush* (tumbuk diri sendiri)

takpayah tunggu 2 bulan. sekarang jugak aku dah jijik ngan apa aku tulis atas ni. yekyek.

aku rasa aku patut banyak tutup mulut. sebab 98% kesalahan yang aku buat biasanya sebab mulut aku. atau apa yang aku tulis. mungkin perlu banyak buka mulut untuk makan je. makan? mungkin aku perlu bergantung pada vitamin seumur hidup baru rasa lapar kot.

kena korek lubang kubur untuk w300i. tinggal nyawa ikan je. lepas ni aku nak beli fon lagi canggih. nokia 3310. haaaaa tak sabanye.

ada dua pilihan, tuka blog baru atau delete semua entri di belakang?

bye.

p/s: tadi si gemok ckp SSI kami 1st task grup kami dapat highest. kalau betul. Alhamdulillah (:

Rabu, 19 Mac 2008

sejak akhir akhir ni macam dah tak reti nak kawal perasaan. aku risau banyak benda. banyak. benda remeh yang tak patut aku fikir dan benda yang memang patut aku risaukan.

dah mula malas nak berseronok sebab aku dah banyak sangat berseronok dalam hidup.

mungkin aku dah mula nak hidup dengan serius. atau mungkin hanya salah satu sindrom bodoh macam pms. temporary. macam biasa.

rasa sangat malas dan nak duduk sorang sorang. earphone die telinga, mainkan lagu polaroid ulang kali sampai tertidur.

esok cuti maulidul rasul. assignment SSI belum mula. ooh serabut kepalotak. masa banyak habis layan DVD korea, hello my lady.

kartrij dakwat printer lupa bawak. mungkin keluar esok beli baru. kalau rajin.

haihhhh. malas.

kenapa semua makin menjauh? saya kecil hati.

Ahad, 16 Mac 2008

home is where the heart is.

esok balik kolej. balik kepada rutin biasa. seronok tapi bosan. bangun seawal 630am, ke kelas seawal 8am. makan tengah hari seawal 10am atau selewat 4pm. brunch atau.. lunch+dinner. ahh pape jela.

jadi ke tak lights off pukul 1 pagi tu. entah. harap harap tak. aku perlu lampu untuk siapkan semua assignments minggu ni. siapa nak merasa zaman asrama sekolah atau yang belum pernah merasa zaman berasrama penuh mari mari sila ke kolej aku. :D

mungkin pengalaman dua tiga kali merempat di universiti buat aku rasa kolej bosan. mungkin lah. biasalah manusia tak pernah bersyukur. suka membanding.

setiap benda ada kelebihan dan kekurangan masing masing. open ur eyes and widen ur mind. kau akan nampak apa yang semua orang tak mau nampak.

cuti kat rumah kali ni macam tak puas. kira jap berapa kali habiskan masa dengan family.
  • makan malam di luar dengan mak ayah. 2 kali.
  • tengok tv same2. sekali.
  • main comp game dengan mak & alip.
  • keluar dengan mak.
  • borak dengan helmi.

22 jam dari 24 jam sehari aku habiskan untuk online dan tidur. haih. aku dah mula rindu family even belum balik kolej. *double triple sighs*

assignments? jangan tanya. i'm going to bury myself in those assignments starting 3pm tomorow. hopefully.

okelah. signing off.

jangan malas2 & jangan sedih2.

adieu~

ps: dah beli kartrij dakwat printer. laptop dah bebas dari virus. skarang musim orang buat esaimen. bisnes dah boleh mula minggu depan. whipieeeeeee :D. oh erma, kamu baca blog saya eh? wahh malu2. hee. and ouh, ada orang kata aku outspoken. sebenarnya tak pun. siyesly. dun expect too much from me coz im just the plain boring-clueless kinda person. boleh jumpe memane pun. ghehee.

Jumaat, 14 Mac 2008

surat layang untuk aku.

kadang kadang apa yang kita nampak zahirnya pada seseorang tu tak sama dengan apa yang dia sedang lalu. kita nampak mereka gembira, ketawa dengan yang mereka sayang. tapi nyatanya tak seperti yang kita nampak.

kadang kadang aku tau apa yang kau fikir, kau tau apa yang aku fikir. tapi kita tak luahkan. ego, malu, jaga hati. dan semuanya kita biar termendap dan terlarut.

hidup ni semuanya berkaitan dengan karma. apa yang kau buat keatas yang lain, walau sedikit secebis habuk. akan ada habuannya untuk kau kelak.

betul. aku dah rasa. tapi aku masih buat.

manusia, selalu seronok dengan apa yang mereka baru peroleh sampai lupa apa yang mereka masih ada. lalu mereka tinggal di belakang. kemudian cari bila dah hilang. dan manusia juga akan lebihkan yang lebih menggembirakan mereka. aku, kau, kita, semua pun macam tu. jangan tipu diri.

dah adat, kita akan mula hargai sesuatu bila ianya sudah hilang dari pandangan mata.

aku mengelak dan lari dari yang aku tak mahu, dan kejarkan yang tak mahukan aku. aku tak dapat apa apa.

hidup aku tak seseronok yang kau sangka. aku hanya ambil apa yang mereka beri.
dan satu hari nanti, mereka akan bosan dan pergi dari aku.

apa yang kau rasa aku buat keatas kau, segala macam kekurangan aku yang kau nampak. macam tu lah yang mereka rasa sebenarnya.

sebab aku masih aku, loser macam dulu. masih bodoh sombong, masih ego, masih diamkan segala cerita aku. jangan risau, bukan kau sorang yang bosan dan terasa hati dengan aku sekarang. ramai. termasuk mereka mereka yang kau lihat gembira bercanda ria dengan aku tu.

dengan kau, aku bercerita tentang yang lain. dengan mereka pun aku masih begitu. paling kurangnya aku bisu. tanya mereka sendiri, tak perlu rasa sakit dengan apa yang kita boleh nampak dengan mata kasar.

jangan risau, bukan kau sorang.

semuanya aku dah sakitkan.

ps: gambar? kalau bukan mereka yang hulurkan kamera, takkan wujud gambar gambar aku bersama mereka. (:

dan sebenarnya.

yuna. indipendent singer-songwriter. im a fan already. thanx to erma. hee.

ini baru talent. bukan setakat masuk rancangan realiti tv sebab rasa kau boleh menyanyi.

haih. megi segera.

ps: dah hilang minat menulis. entri jadi makin lame dari sehari ke sehari. oh esok bangun awl, kononnya mau jogging di pantai belakang rumah. konon.