Sabtu, 6 Januari 2018

Chapter 1 - The Book of 2018 ;

Salam'alaykum,

Mak oi lamanya aku meninggalkan belog ini. huhu. last post tahun lepas. 

Just wanna say Happy New Year everyone! Dah 2018 weh. Welcome to 3 series to all of you 1988 folks (yeah including me *insert emoji tangisan dalam ketawa*)

So macam biasa tahun baru kita mesti la nak share azam baru kan. Tapi sebelum tu aku nak intai dulu azam 2017yang lalu. haha. mari kita tengok.

my goals for 2017?

1) nak jadi better muslim. better than before. syukur Alhamdulillah Allah letak aku yang takde apa-apa ni dalam jalan dakwah dan tarbiah. semoga aku tak sia-siakan peluang yang Allah bagi ni. nak faham Islam sefaham fahamnya sampai hati ni cintakan Islam more than anything. just like mereka mereka di zaman nabi dulu. insyaAllah. (nangis)



2) finish my work on time! payahnyaa dari 20 tahun lepas aku masih struggle benda ni. hahah. insyaAllah i can do this. fighting! (nangis lagi)
 

3) rajin menuntut ilmu. tak kira la apa saja ilmu bermanfaat. (nangis jugak. tapi ada jugak la usaha sikitt)


4) BERHENTI jadi seorang yang MALAS! haha. plis la aisyah nadiah. (nangisssss. haha)


5) SAVE money. pejam mata dari membeli benda tak penting. ni dah start bulan ni. ya ampun susahnya tapi aku percaya sebenarnya boleh. sebab time takda duit boleh pulak tak membeli. haha. kena simpan wei. (i failed miserably. harini dah 6 januari 2018 aku masih shop online. malah lebih advance pandai beli barang ship from overseas omgeee nak kena rotan ni)


6) nak kawen! hahahah. ok this one walau belum nampak lagi, kita tetap kena letak dalam goal. baru la bersungguh sikit kan. (alhamdulillah yang ni walaupun tak tercapai 2017 insyaAllah heading towards it. Allah bagi pada waktu yang sesuai insyaAllah)


7) and last one, semua goals kat atas ni adalah untuk yang last ni. Mardhotillah.. nak capai redha Allah. sebab apa pun yang kita buat kat dunia ni, yang Allah redha je yang akan bagi manfaat kepada kita kat akhirat nanti kan? :) insyaAllah (masih mencari mardhotillah, malah selalu tersasar dari jalanNya :( )

Stress terus aku nak share my goals for 2018. haha. dah la hat taun lepas tak tercapai. cis. Tapi takpe, still gonna share sebab still ada kaitan dengan yang tahun lepas. Kihkih.

So for 2018, my goals are:

1) Kurangkan marah. Ke arah kehidupan yang kurang stres gitu. Haha. Anggap setiap masalah ada penyelesaian. Jangan terus nak marah, sedih dan stres. (Sebenanya harini dah fail sebab buntu memikirkan bidinku yang tersadai. tapi takpe. esok kita try senyum k). Ni pun sebab kerjaya aku (cey kerjaya) banyak involve dengan emosi amarah ni tapi tak sepatutnya aku menggunakan emosi tersebut kat budak-budak so tahun ni kita cuba jadi cikgu yang tak garang tapi tegas. gituuuuh. Haha aku rasa nak lempang diri sendiri plis. 

2) Nak buat ummi happy dengan aku. Taknak tunjuk muka masam, menjawab, bergaduh ke apa. Which dah try 2 weeks kot. Siyes memang harmoni je. Haha. Sebab these 2 months agak crucial as i am preparing for my wedding so gaduh-gaduh dengan mak is a no no. My dream wedding is which yang mak aku dream of, yang mak aku nak. So takyah stres, takyah gaduh, kita ikut cara dia je. Confirm happy. Hehe.

3) Get things done, work things out. Yes bunyi simple.Tapi 2 benda ni boleh bantu aku mengeluarkan diri dari kemelut procrastination. Aku rasa la. Haha.

4) Khatam juzuk 30. Or half of it. I have the advantage where budak-budak sekolah aku memang menghafaz surah dalam juzuk 30 from darjah 1 till darjah 6. Diorang ada list of surahs yang perlu dihafal tiap tahun from darjah 1. so aku pulak kebetulan ajar subjek quran dari 2015 berbeza tahun. 2015, darjah 1. 2016, darjah 2 & so on. And tahun ni dapat darjah 4. So masa quran diorang duk baca reramai tu aku baca sekali. & hafaz sekali. Harap-harap by the end of the year boleh la separuh juzuk pun jadila. Huhu.

5) Rajinkan diri masak. Because you know why. Muahaha. 

6) Improve pengurusan diri. Sebab tak lama lagi bukan nak kena urus diri sendiri sesorang je dah. Gituuuuuuu. Hahah.


7) And the rest adalah those 2017 resolutions.

Doakan aku ye. Kekadang rasa susahnya jadi grown ups ni. Tapi sebenarnya compared to others yang sama umur dengan aku, Allah memang bagi sesuai dengan kemampuan aku. Orang lain dah ada bigger responsibilities. Aku still yang senang-senang je. Tu pun dah menggelabah. Memang sungguh la Allah Maha Mengetahui. Even kita sendiri pun tak faham diri sendiri. Tapi Allah sangat faham, dan Dia bagi satu demi satu sesuai dengan kemampuan kita.

All the best ye sume! :)

Sory takde gambar menarik lagi. Ni je yang ada hahah. Teruja sebab first time buat photobook.

p/s: tahun ni  aku nak cuba update blog regularly. lets aim for one post per week first.

Rabu, 25 Oktober 2017

sunny september ;


9/9/17

alhamdulillah wa syukrillah. another step closer. may Allah ease this journey. 

i can never thank everyone around me enough. time macam ni, bila reflect semula rasa macam ya Allah how can i never realised i am blessed with all these people around me? 
thank you Allah. maaf hambaMu ini selalu lupa untuk bersyukur.

and thank you everyone. my family, his family & dedadahs. usaha juga untuk jadikan hari ini kenyataan.

now, time to prepare for bigger amanah. semoga segala dugaan dan cabaran mendatang dapat kita tempuh dengan tenang dan sabar insyaAllah :)


 

Ahad, 6 Ogos 2017

chapter 8 of the book of 2017 ;

salam'alaykum,

just dropping by kejaaap saja. rindu laaa kat belogku ini. huhu. bila la boleh membebel. tengah bizi jugak nih. budak tinggai lagi sebulan nak peksa. tolak cuti seminggu dan sabtu ahad, tak sampai sebulan lagi aaaa stresss. 

doakan aku ada masa merilis stres disini ye. untuk arini macam biasa tepek gamba je dulu huhu.

last week went to cameron highlands  (for the first time evah! haha) with my colleagues & bawa ummi ngan cik bimi dan jugak alip. it was a short 2 days n 1 night trip. tapi banyak jugak la tempat kami cover. nanti aku cita noh. doakan aku diberikan kelapangan masa ye.

byeee


ps: sambil counting days yang bikin stres, tengah counting days yang bikin bunga bunga jugak ni. hee

Rabu, 19 Julai 2017

eid 2017 ;

salam'alaykum,

sorry for missing in action. biasala orang biziiii (padahal takde laptop). nantila install blogger kat fon kalau rajin. sebenarnya tak sempat nak bebel pun ni. share gamba raya je lah ye.

Selamat Hari Raya! kosong kosong ye :)

selamat hari raya dari anakberanakhasdi. #teamroyalblue


keluarga besar belah ummi :)


adik ipaq kitaaa :)


 macam biasa ayat cliche: aku banyakkkkk benda nak cite. tapi tak sempat nak berblogging2. huhu. nanti free sikit aku sambung bebel.

toodles!

Rabu, 10 Mei 2017

omgee its chapter 5 alredy!

salam'alaykum,

fuuh lamanya tak update belog. huhu. 

kat mana nak stat eh. rasanya harini update bergambar je lah kot. sementara tengah on laptop ni. laptop aku rosak. jadi nak buat kerja kena pinjam laptop ummi. dan laptop ummi pon not in it's best condition. keyboard dah prob. haritu nombor 6 and 7 takleh. ni backspace pulak. bayangkan. aku ni jenis menaip laju tapi suka taipo. jadi backspace sangat penting. seksa gila nak kena guna button delete je. huhu. hopefully dapat pi hantar encik lappy ke hospital cecepat. tengah kumpoi bajet huhu.

so dah bulan 5. another 4 months UPSR! aaaa cuakk. musim musim panas ni lost sikit rasanya (cey padahal lost sokmo. alasan!) aku harap starting from may ni semangat la sikit.

oh 29th march lepas kami kehilangan tok ayah kami. few days lepas kenduri hilmi. tok ayah sihat je. tak sakit apa. seminggu duk kok lanas. 2 hari lepas kenduri balik gua musang. and sehari lepas tu, tok ayah dijemput Allah. sesak nafas kejap je. tekejut sangat2 kami. tapi nak buat cemane kan. dah sampai masa dia. and orang paling terasa mestilah tok mek. hari hari prepare makan dan ubat dari pagi sampai malam. sekarang ni pon kalau lepak berdua ngan mek je mesti dia dok cite stories saat saat terakhir tok ayah and kenangan2 depa. sedih pulak dengar.

dan seminggu lepas tu, 7th april. cik edi pulak pergi meninggalkan kami. tekejut tak leh nak kata. dia pun sihat je. and was there during tok ayah's funeral. sihat sihat je. cik yani cakap after balik johor dari gua musang lepas tok ayah meninggal, dia demam teruk. bengkak tonsil. kena operate. and cik yani cakap 50 50. cik yani cik edi ni rileks orangnya. dan bila dia cakap 50/50. memang tak sedap hati. sehari lepas operate cik edi tenat & meninggal dunia. Allah. terbayang-bayang lagi suaranya selorohnya. sangat suka bergurau.

semoga roh almarhum tok ayah hasan & cik edi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang Allah sayang. ameen.

ok lah jom kite tengok gambar-gambar.     

18th march 2017 : time ni tengah tunggu tok kadi. dupdapdupdap.
tok kadi ni aku takleh lupa dia bebel sebab mas kawen rm1110 camtu. payah nak sebut dia cakap. tak pasal je kena sound ngan tok kadi haha. ok tenkiu tok kadi, ini boleh jadi tips. bagi angka senang sebut je nanti. muahaha. adik aku masa 1st lafaz lambat sangat dia sambut akad tu. so kena lagi sekali. pastu boleh dia ajak tok kadi tu prektis lagi. padahal b4 tu da prektis da. 

antara family belah abah yang ada on the nikah day.

alhamdulillah selesai. 180317.

hantaran on progres. by yours truly :)

dulang recycle dulang tunang. sebab orang perak ni tunang dah macam hantaran kawen. so kawen simple-simple je snanye. takyah dulang dulang pon patutnya. tapi orang kelantan ni rasa pelik pulak bawak pulut semata. tu betambah tambah dulangnya. barang suma dari kaison. bungai kaison cecantik. nampak cam bunga betul kan.

frame untuk letak mas kawen. sebelum alip terpecahkan. adoi drama la hat sorang tu. pecah just before kami nak gerak pi rumah pengantin pompuan. nasib one side je yang pecah. yang belakang. tepaksa laa kami seletep je duit mas kawen tu. pasrahh. 

19th march 2017 : majlis belah grik. diorang buat kat dewan. pelamin cantik hoi macam pinses pinses je.

adore gilaa aku ngan baju dila nih. siyes. tapi kalo aku la nak bawak dress ghope ini aku rasa ada yang aku jatuh tersembam. takpayah la sanad.

gambar curik kat fb photographer. sebab dalam kamera digital. malas plak aku nak transfer.
25th march 2017 : nindiaa pelamin belah kok lanas. kul 8 setengah pagi majlis baru stat buat woi. hasil bantuan cikhab cikyana sambil beperang ngan anak2. dan juga kak long dan along sambil beperang ngan anak jugak. dan matjue madiah imah. suma bizi tak sempat snap time dia elok. ni lepas kena serang ni. barang yang sedia ada kat umah, beli kat rantau panjang sikit dan kaison. ni pun ada yang lupa kuarkan sebab bizi nau sampai lupa. aku rasa seksok majlis aku, rupa macam ni jugak la kot. zaman gst ni kena jimat bajett.  

the hasdi's :)

gudibegg. kami beli kepok sira segera je. (lupa nak amek gambaq). kat sekolah ada murid anak tokey kepok ni. tagging cari template kat gugel, edit nama n tarikh, print. mekasih chemot dan kak jijah terlibat secara lansung dari proses memotong hinggalah mengikat. semoga tiap titik keringat (kalo ada) jadi bekal kat sana. takda keringat pun tetap byk pahala ampa insyaAllah :) layankan aku yang pepepelik ni kan. keje senang ada nak jugak wat yang letih. haha. dan tenkiu jugak pinter pemberian chemot yang banyak berjasa. we even printed extra invitation cards using the printer :)    


 time ni aku nampak lagi kecik dari dila. padahal adik ipaq aku ni haluih weh. sebab tekepit kat tengah kot.

patut kena ada gambaq bertiga aku madiah hilmi. we've been thru a lot membesar bertigaan. timah kuar lambat. abang dah nak tadika baru lahir. banyak gambar bertiga masa kecit masa besar takde pon.
dekwan yang yang paling bz dan banyak projek.

tulis guestbook. kemahen beli guestbook. hari kejadian lupa nak kuarkan suh semorang tuleh. memang penuh ngan empty pages je. pepandai la ampa conteng ye.

tok ayah T_T

ehh macam kenai ;)

set set ni kat kelantan orang panggil 'jung kako'. ketua dia cikwa not in the pic. chemot pun takda.

wuhuuu kak jijah. orang yang paling penatt sebab malam b4 majlis tidoq kui 5 am menyiapkan sagu gula melaka. tenkiu kak jijahh. jangan serik datang lagi. chemot pon sama jangan serik yee :p

pengantin paling rilek kat donia. penantin lain time ni bz potosut. 



*****

mat gebus ngan tomek. ya Allah geramnya dengan seketul aqif ni. this was a month ago few days after tok ayah's passing. agah sket sengih. 

this was few days ago. dia dah banyak akaii. dah pandai merangkak. skarang ni nak mak dia je. orang lain amek je wat muka ni. masalahnya muka gini pon orang geram. heii   


ni lagi sorang bikin geram. ajepaaa

never thought it was the last time this axia kuning datang kok lanas bersama tuannya. next time mungkin tak datang dah. kalau datang pun dengan cik yani je la.huhu.

aku taktau bakpe gambaq ni kuar macam ni. takleh nak rotate. muhammad ammar time good boy. ngan abang amin. abang amin skarang dah anak yatim huhu. pasni geng dengan abang alip ye.

fuhhh bejaya update secebis kenangan wedding abang hilmi kat dalam ni. lately ni malas bebenor nak membebel. saba jap ea. ada banyak lagi story. tapi next time bila aku free. huhu. nak tido sebab nak bangun sahur japgi.

toodles!

Selasa, 4 April 2017

Chapter 4, 2017 ;


Alhamdulillah selesai majlis yang dirancang berbulan. lega bridezilla (ummi). yeayy ummi dah dapat menantuu. haha. welcome to the family adila :) 

 nanti story aku update di post lain. kalau ada masa. huhu. ni pun tengah berperang dengan exam paper lagi wuwu.