Isnin, 20 Jun 2016

Ramadhan 1437 ;

salam'alaykum,

its 15th of Ramadhan already. cepatnya lah kan masa. dah halfway through, ya Allah rasa macam nak cakap jangan cepat sangat ramadhan. saya ni slow sangat tak dapat nak kejar. huhu.

harap-harap baki lagi separuh ni dapat dimanfaatkan sebaiknya. alangkah indah bila keluar dari madrasah ramadhan ni dapat jadi someone new. someone better. but i'm still nowhere near that. huhu. 

insyaAllah, jom kejar momentum.

macam biasa just a quick update. mood menulis ni dia mai timing paling kritikal iaitu waktu tidur yang berharga. hukhuk. penangan kopi.

Salam Ramadhan semua. selamat beribadah dan menghayati bulan mulia ni. rebut peluang ibadah dan peluang berdoa. semoga diampunkan dosa-dosa kita amiin.

(:

a year with bidin. thank you bidin for helping me overcoming my fear of driving. dari 40 kmph sampai duduk belakang keta bawak 60 kmph mengantuk. muahaha. bidin dah ada jiran sebelah baru kat garaj. don wory bidin, awak tetap hensem dan jambu poreber hokey. sihat-sihat selalu yee

Selasa, 31 Mei 2016

gudbye may ;

lama tak membebel. tapi dah nak tidur ni. saja test sign in blogger kat fon. tempoh hari tak boleh. nanti aku bebel bila dah online dengan hincek lappy keyh. dengan fon payah.

just a quick update. aku sedang berkursus di kala cuti. short escape to cikyani's last weekend. masa yang singkat dengan family. tengah berusaha untuk move on lagi ni.

toodles

Selasa, 3 Mei 2016

last weekend & feelings ;

kok lanas - gombak - melaka - gombak - kok lanas.

shortly planned + unplanned trip. puan latifah gumbira dapat ketemu anak-anaknya.

and i'm happy sebab dapat lupakan realiti kerja sekejap.

tapi tak sempat jumpa sesapa. huhu. tak sempat nak get my dose of dadahgumbira. takpa next cuti.



asalnya sabtu nak hantar imah gi lrt je. dia nak balik melaka. pastu kesian, ok la reramai hantar tbs. tapi umi pesan, bawak berus gigi & baju JUST IN CASE. just in case la sangat. terusss lajak ke melaka. tapi silapnya gerak dah petang. kalau plan awal musti best. 

malamnya after checked in hotel, konon nak pi beli apa yang patut kat the store seblah hotel. umi & madi tak ikut. shoping lelaju kat the store, pastu gi aeon sebab weekend aeon tutup lambat. cari apa patut ingat nak balik hotel da. nak round cuci mata dalam kete kononnye. dah sampai kat tempat parking, imah cakap ala dekat je jonker street jalan kaki. kami berpegang pada kata-kata itu dann.. walkathon dalam sejam di tepi sungai melaka. tapi malam minggu ramai orang so meriah la. kami siap kena kejar anjing. 

kitorang stay kat hotel sentral riverview. dekat dengan kolej imah. dengan uitm bandar melaka suma. haritu walk in je, nasib baik ada bilik available. dapat deluxe room ke apatah namanya. dua twin beds & dia ada macam sofa buleh tido dua orang. cukup la untuk kami 6 orang. harga standard. tapi kalau book awal thru agoda ka trivago dan seangkatan murahla. recommended untuk yang memang nak jenjalan di bandar melaka tapi nak hotel yang selesa tapi tak mahai sangat. breakfast so so je katanya. umi & madi yang gi. tapi melaka banyak hotel kan so takde masalah kot. tapi nak yang standard 3 star yang ok boleh la hotel ni. sebab dekat dengan kolej imah banyak je hotel tapi yang jenih banyak bintang ni takut pulak weols nak main walk in je.

alhamdulillah Allah bagi rehat hari pekerja dengan family. cukup semua ada. tak plan pun. seronok tengok ummi happy. & seronok dapat belanja adik2 yang kecik. walopon tak la diorang dapat shopping sakan pasai kakak depa ni gaji ciput je huhu tapi dapat tengok depa happy pun ok dah. adik beradik aku ni lain sikit kami punya pendiam. we rarely talk. macam aku dengan hilmi, masa borak kami adalah dalam kete. on roadtrips. masatu berjela jela tak benti. imah memang lagi la tak bercakap tapi bila kita start, banyak la mulutnya. madi ikut mood dia. jenis sukar difahami, umi dengan imah je yang dia minat untuk borak-borak. aku ngan dia always at war. tapi kalau mood dia baik, we can talk all night. cuma dia saiko so kekadang aku malas layan. asalkan ko bahagia mek yah. andd alif. dia takde masalah sesuai dengan namanya Alif Farhan (kawan rapat yang gembira), he's everyone bestfriend. suma suka menempel kat dia, dia pun suka menempel kat suma orang. takde masalah life dia. haha. kagum kan dengan parents, macam manala diorang boleh handle setiap orang anak dengan perangai yang berbeza-beza. sayang umie :)

and now, back to work. lemau weh jalan tak renti. poket pon lemau haha. duk dendiam kejap sampai next gaji hujung bulan ni. aeon kb baru bukak pun tak berani nak pi lagi. kikiki. pening kepala menguruskan & memikirkan personal financial. cita-cita ada walaupun tak la besar mana, tapi dengan financial tak stable2 ni, hmm. takpa-takpa, apalah sangat cita-cita aku ni berbanding perancangan Allah. perancangan Allah lebih hebat, lebih best sudah pastinya sebab Dia lagi tau apa yang terbaik untuk aku. aku tak tau pun, hanya mampu merancang. tu pun rancang dalam hati je. tak berani lebih-lebih. insyaAllah semoga Allah permudahkan.

ada kawan khabarkan perkhabaran yang sedih. tak jadi kawen. bila dapat tau memang down. kesian, sedih suma ada. aku tak tau macam mana nak adakan diri dalam kasutnya sebab tak masuk lagi dah rasa sedih tu. mesti malu. dengan alasan yang tak berapa nak relevan. how can you crush someone's feeling just like that bila kau dah yakin kau bersedia untuk pikul tanggungjawab tu. paling sedih, how can your feeling change dalam masa yang singkat tu? letting someone go dengan alasan taknak sakitkan dia. takut nak commit? ok ye la memang ada saying yang cakap when you love someone, let them go. tapi tengok tempat la. kalau ko dah love each other, kenapa nak let go? huhu. sedihh tapi tak dapat nak buat apa untuk dia. i'm so sorry dear.

i'm not afraid of waiting. tapi apa yang scary about masa is, things can change, feelings can change. benda tu paling perit dalam relationship. benda yang aku takleh nak faham sampai sekarang. kadang-kadang dengan kawan rapat gila pun bila dah lama tak contact, tak jumpa, nak ajak jumpa rasa segan. rasa siapalah aku ni. rasa macam mungkin diorang dah tak ada masa untuk aku dan memacam lagila. aku pulak jenis pasrah. tapi dalam hati sedih sebenarnya. tapi aku pun salah, kekadang aku ni yang susah sangat untuk dicontact. lelama kawan pun larik. huhu  

apapun yang terjadi, jaga hati, jaga perasaan. always remember apa yang Allah bagi tu adalah yang terbaik untuk kita. sentiasa bersangka baik dengan Allah.

ok kenapa sayu sangat post aku ni? haha. hmm, aku doakan semoga that dear friend of mine diberikan kekuatan untuk semua ni. you are strong bebeh, i know u are. like ur dad said, biar orang buat kita, jangan kita buat orang.

Isnin, 25 April 2016

you can count on me like one two three and i'll be there ;

(:

i just hope that you'll never get tired with my nonsense attitude. kejap positif kejap negatif. lama kat negatif. pastu banyak mengeluh. 

i really wanna be that person that you can count on to but in the end its always me who do that. and its always you who need to entertain my ridiculousness.

sorry mr. mot.

although i know you want me to share anything & everything.

bear with me just a wee bit more plish? 


Ahad, 24 April 2016

titiba rasa macam lost.

tak rasa nak buat apa-apa (walaupun kerja menggunung).

sindrom hujung minggu berakhir kot. huhu.

i need an escape. rindu dadahgumbira. dan kekawan lama yang dah lama tak jumpa. dapat jumpa dengar cite borak-borak pun jadi la.

i need an escape. some me time. tapi bukan dalam bilik. dulu-dulu rasa lost mesti keluar sesorang. dapat jalan tengok gelagat manusia. atau cuci mata kat mall. lepak dalam kedai buku.

i need an escape. supaya tidurku tidak dibelengu mimpi pasal sekolah je. 

taktau la mana nak korek lagi motivasi untuk meneruskan hari-hari dengan gumbira.

oh, tambah lagi satu benda yang mendownkan. cuti peristiwa sukan tak lulus. aku malas mau fikir. long wikend yang tak berapa long dan aku hampir pasti aku balik kerja 2nd may tu tak rasa refresh pun sebab cuti 3 hari banyak la tempat kena pi. aku mengharapkan cuti on 28th sebab ingat nak pi lepak sesorang. huhu.

kekadang aku dah tak pasti. adakah kerja aku melebihi keupayaan aku atau i'm just not a teacher material. huhu. but i love teaching.

tolong la. lately dah selalu sangat stress sampai menitik ayaq mata sesorang. which is so not me. dulu stres cane pun ayaq mata tak reti nak keluar untuk benda-benda stres. makin tua makin cengeng. sebab tu kehidupan bergerak sangat selow. huhu.

Rabu, 20 April 2016

SABARRR ;

salam'alaykum,

alamak tercaps lock pulak tajuk kan. tapi memang betul aku tengah bersabar la ni. tengok last post 9th april, tekejut kejap. pehh cepatnyaa masa.

macam biasa takdak benda nak cakap cuma nak bagitau yang esok (harini) bosses from kb akan datang ke tempat kami. memacam tujuan, antaranya nak observe guru la. asalnya nak observe guru yang nak disahkan jawatan, tapi besar kemungkinan macam ada yang bebaru macam aku ni bertuah puan penolong pengarah nak masuk kelas untuk observe. aku pasrah, susah aku nak jadi orang tak bertuah. asek bertuah je terpilih untuk diusha time tengah ngajar. pasrah.

aku tunggu dua benda je dalam masa terdekat ni.

next weekend. which gonna be a long weekend for me. khamis (28th) sekolah cuti peristiwa sempena sukan sekolah. and ahad (1st may). wuhuuu time for some me time. cikgu lain pakat nak turun kl siap nak pi pesta buku. kalau ikutkan aku ni orang 1st la beli tiket ke kl sebab pantang cuti nak lari ke sana kan. tapi tak tau ah. rasa macam penat sesangat nak kemana-mana. lepak kat umah je la siapkan apa kerja yang patut pastu tidoq puas-puas.

sebab end of may cuti sekulah lagi. 2 weeks hehe. aku tanak sebut part kursus lagi. opkos lah ada tapi scratch dat topic dulu. tak sabaq cuti sebab 1st weekend cuti tu nanti kazenku kawen. which means family gathering. yang best kalini  kami nak pi jalan jauh sket. biasa gath2 ni kat gua musang umah tok ayah je. hehe. afiq anak cik yani yang nak kawen tu nanti. cik yani & family dok batu pahat so rombongan cik kiah la kami ke sana nanti. first time nak pi jalan umah dorang. kalau dak manjang depa je yang  balik kampung. afiq tu muda ler sangat lagi. sebaya imah. baru masuk 20 kut. tapi jodoh sudah mau sampai kann.

ok la nak sambung buat keja. saja nak bagi semangat sikit tulis pasai cuti kahkah. 

tooodles!

Sabtu, 9 April 2016

seiring sehaluan ;



aku baru pas habis kem kepimpinan kat sekolah. tak sempat nak ngupdate tapi nak share lagu kat ataih ni sebab dua tiga hari ni terngiang kat telinga. sebab ni lagu tema kem haritu. titiba macam best lak lagu ni kan. bila bebudak nyanyi lagi la suke dengor kan.

sebenarnya sejak layan radio ikim ni jadi suka pulak dengar lagu nasyid & islamik. keje dok meyoutube zikir & doa yang dengar kat radio je skarang. bleh ajar budak hafal. hehe. 

aku sampai berangan nanti kalo kawen time kenuri nak pasang lelagu islamic je. gituu. haha. macam nak lempang je kan.

ok bye. another weekend berakhir but but but i'm looking forward for tonite sebabb kak jijah nak mai tidoq umah wuhuu. kak jijah mai kelantan ngan ja (kawan uitm dia) nak pi kenuri kawan depa. ja tinggal kat pulai chondong je dekatt je ngan kok lanas. so malam ni kak jijah nak mai tido umah sebab esok depa nak gerak balik da. 

byee