Khamis, 30 Julai 2015

salam'alaykum. hohoi inilah makan dia bila balik sekolah tido bagai nak rak. time time ni segarrr je lagi mata. aduyai.

RPH dah tergendala banyak dah ni. dibuatnya bos PPA mai mengejut buat pencerapan memang mati weyh. kena siapkan cecepat.

tapi now aku nak carik idea untuk bahan bantu mengajar bebudak linus. apakah itu linus? linus adalah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). maksudnya program saringan literasi dan numerasi. ni program kementerian untuk murid-murid yang ada masalah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira. sekolah aku ada dua kelas tahun 1. satu kelas tu dia punya bijok dah kalah tahun 2. yang satu lagi lemah sikit. majoriti tak boleh membaca lagi. so sekolah buat kelas pemulihan untuk diorang ni. panggil guru luar berpengalaman dan readykan 1 bilik untuk depa.

makanya aku yang cikgu BM ini kenalah fikir nak hias cemana dan readykan apa apa je la ABM yang sesuai.. haa tak macam gugur pula bulu kening nak fikir kan. nasib kelas tu belum setel mengecat lagi. aku boleh la buat alasan takleh nak hias lagi.

nak jadi cikgu ni selain boleh sabar dengan kekanak rebina, kena kreatif dan yang paling penting RAJIN. aku ni taktau la mana antara tiga tu ada kat aku. aku rajin fikir dalam kepala je. output nan hado!. haha.

jadi cikgu ni kena sabar dengan memacam la ragam budak. lagi la yang belum ada experience jadi mak. tak berapa nak ada lagi la naluri keibuan untuk bersabar lebih tu. experience aku mengasuh adik je. tu pun banyak hilang sabar je. haha. layan diorang ni kekadang nak nangis melayan, kekadang tersengih sesorang, kekadang terharu. ada time lak dorang punya unexpected adegan comel tu buat rasa nak gelak setan je. haha.

ada 1 hari tu aku ajar tajuk di dusun. tahun 1. so basically pasal buah la kan. aku pun suruh la depa fikir dalam masa 3 minit buah apa depa suka dan kenapa. nanti nak tanya sorang-sorang. bebudak kecik ni ko takleh pick randomly. kena tanya suma. sebab suma semangat membara nak bagi jawapan.

jadi selepas 5 minit aku pun mula lah bertanya. aku expect buah buah yang glemer je la yang keluar macam mangga, tembikai, rambutan, strawberi etc.. and most of them memang jawab buah-buahan tu la. titiba sampai kat sorang budak ni.

aku: ok, aiman suka buah apa?
aiman: ana (sekolah aku cakap ana, enti, anta okk.haha) suka buah kurma sebab buah kurma makanan sunnah.
aku: (dalam hati) *perghh aku pon tak terfikir nak jawab gitu*

pastu sampai kat sorang lagi..

nabil: ana suka buah delima sebab buah syurga.
aku: (amazed)

sesungguhnya bukan setakat aku tak terfikir diorang akan jawab buah-buah tu. aku sendiri pun tak terfikir akan jawapan itu. rasa macam disekolahkan pun ade. haha.

ada banyak lagi kisah-kisah nanti aku share. sebab aku ni pelupe so kalau tulis kat sini boleh la baca balik satu hari nanti (kalo baca).

dakwah & tarbiyah untuk anak-anak kecil ni bukan setakat jadi parents, atau guru atau guru sekolah islam je sebenarnya baru boleh kita ajarkan nilai-nilai islam. tak kesah la siapa pun kita, kakak abang ke pak sedara mak sedara ke atau hanya orang besar yang diorang jumpa sekejap, tak salah kalau kita ajar sikit-sikit apa yang kita tahu. budak kecik ni sangat ingat dan sangat percaya apa orang besar cakap. so instead of takutkan diorang dengan citer momok baik cite tentang islam. akhlak, aqidah atau apa saje la berkaitan islam. aku ni pun pengetahuan sangat laaaa sikit. kekadang budak tanya ternganga teroih. cara mengelak, suh pi tanya ustaz. teruk betul. kekadang budak-budak lagi tau dari aku. tak jadi apa hokeh cikgu depa nih.

jadi pasni marilah kita kalau lepak dengan budak kecik ajarkan mereka tentang kebaikan, cerita pasal keindahan islam. manalah tau, diorang ingat sampai besar kan. dunia sekarang penuh dengan benda yang merosakkan. anak anak kecil ni tanggungjawab kita untuk corakkan. sambil sambil nak prektis jadik mak ayah tu kan. hehe.

ok jauh pulak membebel. maafkan sindrom cikgu-cikgu ini. tengah cari semangat di kala keserabutan kerja melanda. haha. 

byeeee

Khamis, 23 Julai 2015

take her to the moon for me, okay? ;


pliss tell me cerita apa ni mau tengokk. yang aku tau nama dia big bong.

Selasa, 21 Julai 2015

eid mubarak ;

salam'alaykum,

rasanya belum terlambat lagi kan nak wish selamat hari raya idulfitri. minta maaf ya atas segala salah silap.. mintak halal juga apa apa yang dah diberi atau terambil.

ok nak cite pasal raya tahun ni tapi nanti next post la yer. tak habih habih next post tapi tak jugak cite kan. haha. aku cuba ok. reason behind my lack of updates: maleh nak pi bayaq berukbeng. muahaha.

raya tahun ni sama je macam before. yang lain sikit for the 1st time raya pertama tak balik kampung. 1st time untuk aku la, dorang dah penah da time kat sarawak dulu.

esok sekolaaaaah :( malas gila. tak sabar tunggu weekend. ko tengok ko tengok. cuti tak abes lagi dah looking forward to the next cuti dah. tak jadi apa. 

rindu ramadhan :( rasa sangat lainnya. dah liat nak ngaji, nak solat awal waktu. emm emm.. gotta find semangat itu semula. huhu. dah la masa ramadhan pun semangat suam suam kuku. memang kalah terus la bile ramadhan habis. syaitonirrojim rileks je bisik sikit sambil tiup kuku depa T_T astaghfirullah maafkan saya Allah..huhu

selamat hari raya!

Isnin, 20 Julai 2015

....

no, you actually tried to push me away many times. maybe i was the one who didnt understand.

sorry for always making things hard for you. sorry sebab tak faham walau dah banyak kali diberitahu. 

maybe its time to move on. maybe its time to slowly walk away. so that it would be easier for you. 










but the thought of losing a best friend...the thought of i might be hurting your feelings...
haihh..

:'(

Rabu, 8 Julai 2015

jangan pergi cepat sangat ;

salam'alaykum,

pejam celik pejam celik, dah hampir sampai masa untuk Ramadhan say goodbye kat kita. kejap je.

i am writing now sebab sejujurnya aku sedihh.. huhu. this time macam akan berlalu dengan hasil yang almost sama dengan sebelum ni. Allahu.. rasa kejap sangat dan rasa sangat rugi. ngaji pun baru kat mana entah. 24 jam mengantuk. qiam tak sempat lagi. Allah bagi cuti terus kelaut sumanya. terhegeh nak kejar momentum bila dah boleh puasa semula. sebab apa? sebab awal ramadhan baru nak start enjin. suam suam kuku je feel. and you said its ur fave month aisyah nadiah? 

Allah bagi ramadhan untuk kita jadikan turning point, kembali pada fitrah. bersihkan jiwa hati apa suma. tapi aku masih liatt. kekadang terfikir, ya Allah ni tandanya hati dah keras ke? bila terdengar lagu raya rasa sedih sendiri, layak ke aku nak happy2 di hari raya.. ramadhan tak dimanfaatkan sangat pun. belum tentu tahun depan dapat jumpa wehhh

hmm..

harap beberapa hari terakhir ni boleh kejar momentum & lebih semangat. moga habis ramadhan nanti dapat rasa beza diri dengan before ramadhan. forgive me ya Allah, masih sibuk dengan dunia, masih selesa dalam comfort zone.


Isnin, 29 Jun 2015

batuk tapi kena membebel ;


salam'alaykum,

haa marah kann tengah puasa puasa ni tunjuk gambaq cani. muehehe. ni pun atas dasar ni bulan puasa je ni letak gambar air kosong. ikut hati nak up kan air sirap ke, teh ais ke, fresh oren ke. baru betul suffer.

aku tengah batuk ni. aritu ye ye selsema. kemudian aku tidur beberapa ketika, dan bangun-bangun terus macam ni sampai harini. suara pun takde.

bayangkan tengah bulan puasa ni korang kena batuk yang macam geli tekak tu. nak minum air takboleh. seksa woi. nak jaga percakapan (tak cakap kuat-kuat) pun takboleh sebab aku cekgu sekulah rendah. nak bercakap wajib melaung. kalo aku cekgu sekulah menengah memang aku pura-pura takde suara terus je.

tapi takpe, dah habis kelas dah ni. so dah boleh simpan suara. masalah dia sekarang batuk geli tekak ni taknak berenti pulak. adei.

Jumaat, 26 Jun 2015

seelamat pagi chekgu (baca nada upin ipin) ;

salam'alaykum,

haiii hows your ramadhan so far? puasa ke takk harini?? haha tanya orang je lebih. ish. kejap je kan diam tak diam dah 9 ramadhan. dah nak habis fasa pertama ramadhan. masuk fasa kedua sepatutnya semangat untuk beribadah tu lebih banyak la kan. huhu.

so harini hari jumaat dengan kata lain hari melepak di rumah. haha. padahal banyak je kerja nak kena siapkan nih. sekarang ni since ive started to teach again, hari hari mimpi berkisarkan sekolah je. gila sedih. bukan aku tak suka sekolah, tapi kasik la can iols nak mimpi indah indah sket. ni tidur kejap pun mimpi sekolah, tidur lelama pun mimpi sekolah jugak. adoi.

kalini aku ajar bahasa malaysia pulak. tahun 1 dan 2. frankly, aku rasa macam agak susah jugak sebenarnya nak aja bm. nampak macam senang. dalam buku teks tiap-tiap topik memang banyak bahan & aktiviti compared to english textbook year 1 tapi susah wei. masa first class aku masuk 1 abu bakar, kelas tahun 1 yang pandai sikit. disebabkan masatu belum tengok RPH cikgu sebelum ni ajar sampai mana, so i asked them instead. diorang bagitau la dah kat tajuk pasal kebun-kebun. aku tak study lagi topik tu just ajar sikit-sikit & suruh buat latihan dalam buku aktiviti. titiba depa mai tanya gambar sejenis sayur, "ni sayur apa muallimah?" terdiam kauu. ye le gambaq kartun mana nak tau. nasib kelas pandai.

masa ajar english dulu aku tak risau sangat pun dengan those yang belum boleh mengeja membaca ni. risau tu risau tapi masatu fikir, their cekgu bm is working on this. haa sekarangg amekau. siap kena jadi ketua jabatan kurikulum, jangan kata problem tak pandai baca la. sume masalah akademik budak kena fikir. sebab rulenya adalah, kena galas semua tanggungjawab yang ditinggalkan oleh previous teacher. next year punya school session baru boleh bubar jawatan. nangiss. sekolah tu 10 orang cikgu je so bayangkanlah orang lain pun dah bongkok bahu dengan tanggungjawab memasing. huhu. masa aku start balik diorang tengah dok kalut isi markah budak dalam sistem sps. titiba mudir mai jumpa bagitau dia tak dapat nak isi lagi markah. aku blurr terus tanya, markah apa ustaz? rupanya baru la tau nanti jabatan kurikulum la yang kena kuarkan analisisnya. akak yang aku ganti tu pulak tak dapat2 nak datang lagi serah tugas sebabtu la blurr. ni pun aku taktau la kalau ada lagi jawatan dia dalam sekolah tu yang aku taktau. rasa macam kaunseling pun dia. tapi malas nak tanya nak buat-buat taktau je..haha.

dan aku jugak kena ajar subjek teknologi maklumat dan subjek rekabentuk & teknologi. subjek TMK pasal komputer-komputer. boleh la nak harung, kena stadi sikit je nama perkakas komputer ni dalam bm. tapi sian gak bebudak ni. kalau sekolah lain ada makmal komputer, diorang takde pun. so teori je lah suma. subjek RBT pulak macam kemahiran hidup tapi yang bab bertukang2 tu je. yang ni mencabar lah jugak. walopon masa sekolah aku suka bila bab bertukang ni, tapi malasnya laa nak stadi balik jenis-jenis paku pemutar skru apa segala tuh. bukannya aku reti sangat pun. & then again, kesian bebudak ni sebab subjek ni banyak projek sepatutnya. tapi sana bengkel pun tadek. aku plan minggu depan nak bawak perkakas perkakas tu dari rumah nak tunjuk. aku ingat lagi masa darjah 4 dulu ada buat penyangkut baju kot. nak usha buku modul tengok apa yang mungkin diorang boleh kerjakan. benda yang simple je la.

itulah serba sedikit sekembalinya aku ke alam cekgu cekgi. tapi adalah malu sikit. wasnt expecting to go back there this early. aku bajet kalau ada rezeki pun tahun depan la next school session sebab diorang akan ada pertambahan cikgu sebab dah ada budak darjah 5. tapi Alhamdulillah, rezeki. malu sebab apa? sebab masa last day haritu siap ada majlis perpisahan bagai lagik. and tau-tau je la budak sekola rendah kan, tau cikgu nak pindah pakat bagi hadiah. sangat feeling hepi besday haritu hokeh. takjadi nak sedih.. haha. titiba je aku datang balik kan. ramai jugak la tanya, "bukan muallimah dah pindah ke? nape datang balik?" -_-" ish ish uols ni banyak tanya la...haritu suruh muallimah jangan pindah ni tanya pulak. haha cover malu.

tudiaaaa.... seumur hidup tak pernah rasanya dapat hadiah banyak sebegini rupa. haha.
mudir pun bagi jugak
 
tapi sebenarnya yang lebih precious adalah the kids' handwritten letter. terharu wei baca. bayangkan bebudak tahun 1 tahun 2 tulis something untuk kita. biaq la kalau mak ayah dorang yang ajar tulis pun tetap terharu.


and last week when i returned to school dapat lagi hadiah. haha. ni masa hari guru haritu bebudak bagi, tapi aku dah takde la masatu so minggu lepas baru claim. syafiq syafiqah bagi handmade pencil case ummi depa buat. terus guna buat isi segala mak nenek pen.

hadiah diorang kalau yang boleh pakai pergi sekolah semua aku guna. sebab aku rasa kalau diorang nampak & perasan aku guna barang yang diorang bagi mesti diorang happy. hehe.

teringat pulak masa sekolah rendah dulu hari guru kalut dok fikir nak bagi apa kat cekgu. kekawan bagi bunga aku pun sama nak bagi. tapi ummi cakap bunga mahal. bagi pen je dah la. tapi aku tak setuju, rasa macam tak grand je hadiah pen. dan sekarang baru faham, paling best wey dapat hadiah pen especially PEN MERAH! haha. pen yang paling senang habis dakwat if you're a teacher.

doakan aku berjaya mengharungi segala cabaran yang menanti. nanti aku try share jugak my journey as a muallimah (kat sana cikgu dipanggil muallim/muallimah) there. aku taktau sampai bila rezeki aku kat sana but i'll try my best.

byee nanti bebel lagik.

ps: kalau tengah mencari quran bolehla follow instagram @suratchenta ye. tak pernah lagi promot dalam belog ni hihi. nanti ada masa aku upkan produk sekali.