Rabu, 13 Mei 2015
Selasa, 12 Mei 2015
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu ;
*tengah dengar lagu Dealova semasa memikirkan tentang tajuk post. so yeah.
sebenarnya nak pos gambar pd tempoh hari. pastu ingat nak clearkan sikit lappy nih. nak delete bendabenda yang tak berguna termasok apps yang memang takkan bukak dah.
godek punya godek punya godek... menambahkan sakit jiwa dan menenatkan penyakit rindu jerrr. hahahaha geramm tao. mana taknya, nak uninstall skype & ym pergi bukak dulu & went thru old conversations. ya Allah rindu kat masa duludulu. tengok conversations dengan intan rasa berdosa gila sebab selalu takde untuk dia sekarang. masss maafkan akuu..huhu.
bukak folder Gemilang dok rindu uia. bukak folder gambar laaagi lah T_T
akhirnya aku membuat keputusan untuk leave them as they are. bukan suka sangat nak ingat tapi sayang nak delete huhu. rindu zaman belajar tapi kalau aku cakap ada lagi ke orang yang rindu zaman itu? mesti aku sorang jer. haha. rindu zaman mulutku macam longkang wahahaha. tadi sempat terbaca ym dengan si ayol dia cakap aku kalau bahan orang menusuk kalbu. tapi jumpa dedepan muka kemain inesen. haha. rasa macam dah beberapa orang je yang cakap camtu. tapi tu dulu ah. aku baca balik ayat ayat aku pun rase nak bagi pelempang pun ada gak. dulu fefeeling anak jantanz sangat kut. kalau tengok group chat kat skype lagi tepok dahi. merepek manjang. agaknya tu sebab aku tak penah ada bofren dulu. cakap ngan laki pon woi woi je. laki cakap lagi feminin dari aku. haha.
tapi suma tu dulu lah. bukan nak kata sekarang aku dah perempuan melayu terakhir. tapi zaman kekanak (kekanak awl 20-an) sangat fun. cakap kasaq kasaq kutuk mengutuk dedepan takde terasa pun. best best. tapi kalau sume orang sama je sampai sekarang pun payah jugak ye dak. bilanya nak matang seiring usia. cewahhh matang ke sekarang? haa jawab jawab.
yang kelakar jumpa conversations ngan ilyas dia promot citer korea beria cite sinopsis haa. siap nak supply bagai lagi. yang ni aku kena bookmark dalam otak sebab nak tanya nazirah. korang dua layan citer korea sesama tak sekarang? haha.
scroll conversations ngan intan, rindunyaaa zaman kitorang sentiasa updet pasai memasing. rindu nak dengar intan membebel. sampai dok baca pun tak ingat dah sape watak lelaki yang intan dok kutok kahkah. pastu dudua dok rindu kpm lah, rindu megi telur ona la. rindu kpm tu sejak 6 taon lepas tapi tak perenahnya nak melawat kontan pun kitorang. ceh. rindu nak risau pasal ona samasama. sekarang ona punn da kawen. dulu dok risau ngan masalah cinta ona jer. dulu kalau ym ngan ona lak memang tak pernah benda serius pun. sakit jiwa layan kegedikan dia tuh. haha. yang kelakar dulu if one of us macam dah lain je, macam masalah dunia okk. sekarang ni kalo perasan pun suma anggap ada life memasing.. malas nak kacau & bizibodi. hmm..
conversations ngan kawankawan 3rd batch lak, manjanggg nak reunion. reunionnyer berapa kali je. macam tak caya sekarang ramai dah kawen dan beranak pinak. sekarang ni aku tengah macam tak caya dildil dah nak ada baby next month. homaii.. dulu time kesepian kat uia dia lah yang banyak menyelamatkan aku dengan mengambil dan membawak keluar.
pastu scroll2 lagik jumpa conversations ngan pkck. tahun 2009-10. lawak ok sebab dari dulu sampai sekarang memang keje nak lawan membahan je rupenye. cuma dulu memang gurau kasaq terok ah. cara aku becakap nauzubillahh tak sanggup aku baca. kahkah. ade 1 stetmen pkck, 'ko je la yg aku senang ati nk chat sebab leh kutok tanpa rase besalah'.. hahah ciss. alamak kutok banyak banyak dalam nie dibuatnye dia baca mati aku. haha. sori pak tiri :P
banyak gak la aku dok melayan sorang sorang tadi. conv dengan izanis yang penuh dgn nasihat2. izanis pun dah ada babyy huu. conv dengan nabel yang banyak cakap pasal life. conv dengan jebat yang banyak buat aku berfikir, selain dari memberi solusi masalah dan merepek kan. tapi ramai dah yang lost contact. bukan lost pun sebab zaman sekarang hilang nombor pun as long as ada fb tau je pekembangan memasing. segala macam apps chatting ada di hujung jari jeh, cuma dah tak bertanya khabar. huhu. suma dah dewasaaa dah nak 30. and here i am ranting about missing the old days yang dah 6-7 tahon lamanya. adeh -_-'
tapi kalau whatsapp dah ada time tu apa jadi agaknya kan. hangg memanjang agaknya fon aku bertenet je keje. huish nasib baek laa. dulu pon tak berapa nak belajar dah asek main tenet je. aku sempat rasa fon berwhatsapp2 nih masa final year je.
![]() |
diorang ni tak payah rindu sebenarnya sebab jumpa selalu. tapi sebab
aku tak puas ati takde lansung conversations ym ke skype ke ngan dorang
maka hias pos ni dengan gambar nih. grr. this was 2009 during kpm's
convo. fiza pun dah feminin masa ni aku still lagi acah acah anak jantan
aperlaa..haha. parents aku takleh datang konvo so kakak kecik yang
datang dan bawakkan aku. kira pura pura jadi family lah haritukan.
kitorang sewa kete kat uia, tido hotel kat melaka. boon pun ikot sekali
drivekan ke melaka pergi dan balik. oops tido hotel opkos la boon tak
join kann. haha. baju kurong nak gi konvo pon diorang teman carikkan.
aku ni rupanya dari konvo diploma sampai la nak keje pun jasa diorang.
ish ish. jodoh pon boon pernah cube carikkan cuma mungkin memang takde
jodoh, harapan boon tak kesampaian..haha. sian dia. tapi bukan salah
boon pon. itu kerana aku adelah seorang yang memboringkan k.
haa sebab tu la kalau kena bebel dengan duorang ni aku redha haha.
haa sebab tu la kalau kena bebel dengan duorang ni aku redha haha.
ok dah pasni malas dah nak membebel pasal rindu (jangan caya stetmen nih).
eh tapi tak salah pun kalo kita rindu yang best best tau. yang tak best delete jangan ingat lansung. tahun 2009 aku dulu tak best pun sebenarnya walopon ada nomor 2 dan 9 haha. tapi aku tak ingat dah part yang sakit sakit tu sebab yang aku tau tahun tu paling best utk pacik hasdi sebab anak anak dia masuk unibesiti tarikh sama. hepi giler dia masatu.
and now, i feel better :)
eh tapi tak salah pun kalo kita rindu yang best best tau. yang tak best delete jangan ingat lansung. tahun 2009 aku dulu tak best pun sebenarnya walopon ada nomor 2 dan 9 haha. tapi aku tak ingat dah part yang sakit sakit tu sebab yang aku tau tahun tu paling best utk pacik hasdi sebab anak anak dia masuk unibesiti tarikh sama. hepi giler dia masatu.
and now, i feel better :)
Isnin, 11 Mei 2015
hari-hari hari mak ;
salam'alaykum,
so semalam adalah hari dimana ramai yang mengepos gambar mereka bersama ibunda memasing sambil mengucapkan kata-kata penghargaan & sayang dan sebagainya. ada yang mak takde fb pun wish jugak berjela hahaha, ok ok tak kutuk sebab aku pun buat camtu gak.
kitorang pun pakat wish jugak kat group whatsapp. kami adik beradik memang suma stok tak romentik. kat fb nak wish wish memang takdela (mungkin aku je buat kekadang), dalam group pun tak reti la nak tulis berjela bagi umi terharu sket ke kan. dalam hati banyak nak cakap woi terutama sekali terima kasih dan mintak ampun :'( hilmi je la yang romentik sikit kot (sebab kuat mengampu! haha). aku nombo 2 kot (kaki bodek jugak muahaha). eh tak tak nombo 1 opkos si alip mok. lupa pulak. dia juara bodek. ok dah dah. sambung citer. maka sesi mengewish pun berlaku. padahal mak kami bukak whatsapp suka suka ati dia je bila bila dia rasa nak. silap haribulan yang kami wish wish ni the week after baru mak baca.
pastu hilmi sebok la tunjuk gambar gambar jam suruh tanya umi ok ke tak. dah la umi dalam group tu satu hal. suruh jugak aku tunjuk gambaq tu kat umi. tak pehe aku ngn mung ni tau dok! (kecek broken in purpose). maka sesi perbincangan hadiah pun berlaku. ko tengok ko tengok. ada ke bincang nak kasik adiah kat mak dalam group mak kami boleh baca, very the tak surprise. aku pun cubalah hasut diorang kumpul duit beli cincin. sebab aku nak bagi cincin so kalau kumpul duit reramai leh beli yang mahai sikit. haha terer kan tektik aku. hilmi tetap dengan pendirian dia nak bagi jam. ok fine sukati ko ah dik. tapi madi termakan hasutan aku. haha bagos bagos. dia siap belagak lagi, "aku dah kumpoi duit ni ko dah ke?" amboi kau mementang la gaji aku bape ratos jer. cet. tengah hangat hangat berbincang, titiba
umi masokk. haha. suma terus krikk krikk. tak tau krikkrik part umi titiba masuk atau sebab ucapan ummi tu. ye baiklah ummi. insyaAllah kami cuba untuk jadi anak soleh solehah. nak jadi jambatan untuk ummi abah ke syurga dengan senang. huhu. ameen ya robbal'alamin. tapi sebenarnya aku sangatlah jauh dari solehah tu, huhu. kesian ummi dapat anak cam aku :(
the night sebelum tuh aku gigih la buat kek sempena hari ibu katenye. kebetulan mek (nenek aku) ngan tok ayah sampai malam tu. tapi aku boleh tahan jugak bijak, tengah nantok pegi buat kek yang banyak step. jenuh la tongkat kelopak mata. dah la tengah tengah buat tu menerima perkhabaran anak kuceng ditemui mati kat luar. masa nenek aku sampai tu la baru perasan. salah satu kelemahan aku adalah i cant handle death well. tak kire lah orang ke kuceng ke. kucing kat rumah ni pun dah berapa generasi dan dah berapa ekor dah mati pun mesti aku sedih beria. dah la yang mati tu feveret aku :( kesiannya dia. tak tau mati sebab apa. kami syak dia ada salah makan atau sakit, tapi tak perasan pulak dia macam lembik ke apa sebelum tu. huhu. and when it comes to death, mesti akan teringat abah giler punya. hilang mood nak buat kek. tapi dah separuh jalan dah pun. kekadang aku fikir agaknya Allah tak bagi aku tengok masa abah tengah nazak mungkin sebab aku tak mampu nak handle. aku sorang je yang takde masa abah pergi. tak sempat tengok. tapi aku sampai rumah pun tak tengok jugak abah. tak mampu. tak sanggup nak tengok abah dalam keadaan yang tinggal jasad je. tengok masa kiss abah for the last time je. huhu kakak minta maaf abah T_T
bukak moments we chat tengok fiza pos ni. bertambah lah sayu. tapi tersedar la kejap, aku sedih sedih ni ada orang lagi sedih dari aku. sambil baca tu sambil aku terbayang fiza punya phone calls dengan mak dia. sebab tiap kali aku lepak dengan fiza mesti dia akan call mak dia atau mak dia call. without fail. and memang mesti akan ada skrip pasal makan tu. pastu dia akan cakap dia dengan aku. aku sendiri kadang kadang macam rasa mak dia ada je lagi. terbayang kalau pegi rumah mak dia suh masok & kalau singah kedai mak dia, mak dia suruh makan. sebab mak dia sakit tiba tiba & kejap sangat kot. tu yang rasa macam mimpi je.
aku pulak bila baca ni je baru la nak mesej dia. & 1st word dia cakap dia sangat sangat tak kuat. Allahurobbi. dah la masatu aku dok tengah teringat & rindu kat pacik hasdi. tak macam berjurai air mata pulak kan. aku just mampu cakap normal if rasa tak kuat sekarang. nanti suma akan ok slow slow. mampu cakap bedasarkan pengalaman dulu je la. kak kecik cakap sampai sekarang dia takleh gi kedai mak dia, rasa fobia dengan hospital, jalan yang nak gi ke hospital mak dia dulu pun dia takleh nak lalu. kesiannya. aku pun sama gak sebenarnya. spesis memang tak suke hospital, lagi berganda ganda la perasaan tak best dengan hospital. 6 bulan kot berumah kat hospital. bukan rumah kedua dah. memang berumah teros. aku ni yang balik kekadang. ummi dah memang jadi penghuni kat sana. ummi pun cakap dia nak tengok pintu pagar hosp kb tu pun taknak dah. aku bagitau kat kakak kecik camtu. dia pun cakap.. oo dia ingat dia dah tak betul dah sebab rasa suma tu, rupanya normal la eh. yup..normal kak. things will get better. kena sabar je. tapi aku tau bukan senang. fasa lost aku dulu lama kot. aku bernasib baik sebab ada beberapa kawan kat uia yang sangat caring & tak penah tinggal aku sesorang. kalau tak agaknya tak habis la stadi. hopefully kakak kecik cepat dapat kerja, biar dia busy2 sikit tak sempat nak fikir fikir sangat.
yer, statement ni siapa yang pernah rasa hilang parents je yang setuju & faham. aku pernah borak dengan nabil masa mak dia baru pergi dulu. dia pun cakap camni. takde sakit dan sedih lain dah yang boleh lawan. putus cinta 10 kali pun takleh lawan yang ni. nabil lagi la, dia tinggal berdua je dengan mak dia. sebab tu kekadang macam mana down pun aku rasa, aku kena bersyukur. sebab ramai lagi yang lagi sedih dari aku. huhu. kak kecik lagi emo, dia cakap pasni sape yang putus cinta nangeh2 depan dia, dia nak lempang. haha. ko siap kak, sok sok kalo ko becintaa berani la ko frust frust nangis. eh tak tak, kak kecik pasni dia kawen je takde dah becinta frust frust kan kan :P :P
jadi, pengajarannya hargailah parents kita selagi mereka ada. aku tau, cakap memang senang. memang ada time kita akan rasa steres atau tak sebulu atau tak setuju dengan parents kita. tu suma Allah nak uji kita, mampu tak kita tahan suma tu di usia tua mereka bila mak ayah kita dah tahan dengan kerenah kita dari hari pertama kita lahir? jangan sampai korang menyesal macam aku keyh. kalau boleh diputar masa, aku nak mintak maaf dengan abah hari hari. nak annoy abah call abah hari hari.
sory entri emo emo je lately. duk rumah lelama camni la jadinya. tapi takpa. aku tengah fix diri nih. nak lari jap dari dunia fb instagram apa segala tuh.
till then. chiow~
Isnin, 4 Mei 2015
haarapan setinggi gunongg ;
salam'alaykum,
tajuk tu sebab ummi ngan alip dok nyanyi laa lagu tu sepanjang hari harinih. lagu black dog bone. tajuk dia hatiku luka lagi. tapi dorang dok nyanyi part harapan setinggi gunung tu je la takde kuar dah lirik mahupun melodi lain. memang sebijik macam aku tulis kat tajuk tu. sabar jelah. kalau korang tak pernah dengar lagu tu cepat search youtube Black Dog Bone - Hatiku Luka Lagi. haha.
haluuu mayyy :)
bulan may agak eventful untuk aku sebab bulan ni hari emak, hari cekgu dan harijadi puan emak. so bulan ni basicaaly bulan ummi hahaha.
tapi macam taktau la nak buat apa or bagi apa kat ummi. esok (5th may) beday ummi tao. dah simpan satu resepi caramel cheese cake tapi tadi ummi cakap lama dah tak makan red velvet. ambui tak tercapai lagi kemampuan nak buat tuh hahaha. nak bagi hadiah shawl ke apa mak aku lagi update dari aku weh. baru je nak introduce kat dia orang sekarang pakai instant shawl sarung dan lilit je rupanya umi dah pakai lama stail tu. aku je tak perasan. lupa pulak mak aku tu cekgu haruslah update bab tu. nak bagi handbag pun taste kitorang tak sama. tapi kalo dapat henbeg memang melompat gumbira cik puan aku tu aku tau da. tapi macam dah banyak je hendeg dia. jadi aku adalah buntu.
tapi aku ingat weekend ni nak ajak umi gi kedai mas. wahh habis anak mithali la ni beday mak bawak gi kedai emas?? wahaha. takde la. sebenarnya tempoh hari (dah lama la jugak) aku ade terjatuhkan cincin ummi dalam lubang tandas kat rumah gombak. memang stok jatuh tak jumpa jumpa dah. gila takut nak bagitau, aku dok pospon sampai sekarang. jadi aku plan nak belikan ummi cincin baru dan mengaku perbuatanku itu. haha. eh tapi aku pun taktau harga emas tengah best ke tak best eh sekarang?
duduk rumah tak buat apa ni menguji wei. paling kritikal bab waktu tidur la. selain waktu tidur kerja aku sekarang window shoppinggg je. sampai rase tanak bukak instagram dah. takott. masa keje aritu takda masa dan selera lahhh nak usha usha ig shop. tapi sekarangg. memang best window shopping kalau takde rasa sangat keinginan nak beli tu membuak buak. dia bila mai datang perasaan nak tu yang takleh nak bendung. tapi buat masa sekarang ni masih terkawal lagi napsu bukan-bukan tu. habis terok aku screenshot & tengok tengok before tido je la. haha.
selain instagram, pinterest pun aku suke belek jugak sekarang. sebab tengah bajet bajet nak makeover bilik la nak berkebun bagai ni, memang best search search kat pinterest sebab ada banyak tips yang best best. haritu kak jijah mintak tolong bagikan nama untuk kod quran baru pon aku tanya pinterest je. pkck tanya kaler kaen pun aku tanya pinterest gak. pastu dengan kompiden aku bagi nama. padahal taktau la betul ke tak. wahaha. pastu haritu teringat la jam yang telah tertangkap oleh pandangan aku (ter ok). dengan taktau nama tu aku main search je. boleh pulakk jumpa. adei. haritu tengok tapi ingat jam kanak kanak rupanya bukan.
![]() | ||||
| ni yang aku jumpa kat kedai auntie tu. santek weh. |
![]() | |
| ni satu lagi pattern. tak perasan ada ke tak kat kedai tu. tapi tak menangkap sangat kat mata aku. |
![]() |
| yang ni pun semartt.. tapi takde kat kedai auntie tu haritu |
haritu ada offer kot. memang murah sesangat je sebenarnya. orang baya aku tak pandang dah la jam peten gini cam budak sekulahh jer. haha. tapi comel kot. tapi sebab masatu aku dok kekonon aim nak digital punya yang tali gold so tak pandang sangat la. yang digital tu pun ada offer sekali ngan yang ni masetu. nasib baik laa tengah berbelah bahagi kalau tak memang beli dah. takpe, u masuk wishlist i dulu ye bersama sama dengan kamera instax mini 8 tu. i memang suka sangat kat uols tapi belum patut beli lagi. saba tau. jangan offmarket pulak yee. haha.
seronok kan window shoping kat tingkap laptop dan fon? haha. tapi bukan senang dan tak suma orang suka. ye la tengok je takdapat beli kan. tapi bagi aku ok la dapat cuci mata.
ni satu lagi wishlist. walopon orang cakap wane dia tak cantek. tapi aku sukaa *emoji mata lovelove* tapi puan besar kat umah ni dah beli untuk dia dulu. jeles hoi. takpa takpa, lagi beberapa tahun iols beli kat umi pulak. strateginya adalah haritu masa umi tengah pening nak pilih kaler aku hasut amik kaler ni. hihik. padahal memula ummi cakap tak lawa kaler cherry blossom nih. aku pun tak ingat aku cakap cane titiba sekarang nampak je axia kaler ni ummi cakap best jugak kaler rare. rare lah sangat kan. sebab tu ah sekarang nak prektis drive sampai terer.. nanti dia sampai ada la can dapat green lite untuk test drive kan kan. dah la minat, dok satu rumah, buleh tengok je. alangkah sedih. haha.
seronoknya laa berangan kann. kena puasa banyak banyak nih nak tahan napsu. padahal ganti ponn belum habih. haha.
ok nanti sambung bebel.
eh titiba kan cam seronok pulak bebel pasal wishlist. dia macam walaupun kita tak beli pun cam puas cakap pasal benda tu. nanti nak sambung ah. haha.
ok baii
toodles~
Khamis, 30 April 2015
salam'alaykum,
harini adalah hari terakhir april sudah. weh cepatnya. baru je rasa aku cakap dah nak april. dan selama 2 minggu kat rumah ni takde apa pencapaian sangat pun sedihh. ni yang kekonon aku plan nak buat:
- pegi kedai dan beli lauk dan masak. sekali je baru buat -_-'
- clearkan halaman rumah aka berkebun lah kekonon. setakat ni siram pokok je paling jauh aku pergi. semangat pudar lepas beberapa kali dorang jumpa bangkai 'U' bukan nama sebenar. kucen main main pastu bawak balik umah kot. tinggalkan kat halaman. serammm walopon kecik dan dah mati. aku taip huruf U tu pun dah meremang bulu roma bayangkan kalo nampak live depan mata. terpijak ke. aduhh pitamm. oh noo pobia dah nak pegi petik daun inai.takpe aku cube cabut rumput sikit sikit.
- makeover bilik. yang ni pun tak setel setel. minggu ni bab nak setel lemari je pun dah berhari hari. lipat baju simpan dalam lemari je ponn.
- baca buku buku yang belum baca. satuuu pun belum sentuh bohohooo teruknyaa.
- layan benda benda yang baru didonlod sampai lebam. yang ni haruslah berjalan dengan lancar muahaha. tapi Superman Returns je yang dah layan. mungkin dah lama tak updet korea korea nih dah hilang feel. try tgk RM pun dah tak feel. tengok we got married nak feeling romentik pon tak sronok dah. tengok balik wgm taemin naeun pun dah rase tak sanggup. dulu kemain suke. mungkin dah ketinggalan lama kot. superman returns taktau la mungkin sampai satu tahap nanti dah boring gak tak tengok dah. oh adekah ini petanda dah tua. hahaha.
![]() |
| daehan minguk manse. perangai comel rasa nak ngap pipi. |
jadi apakah tujuan post ini? jawapannya takde tujuan. rasa macam sayang nak abeskan april tak conteng pape. haha.
lets be more productive in may shall we? especially dalam bab membaiki diri membaiki iman. ramadhan is around the corner dah. kejap je kan.
Isnin, 27 April 2015
belug ;
salamualaykum,
haritu borak dengan kak jijah pasal blogging. lepastu timbul la pasal belog yang ada isi dan tak ada isi dan belog yang bahasa cantik dan berterabur. blog jijah memang sangatla penulisan matang dengan bmnye yang baguih lagi. memang beza langit bumi dengan lttl gajah yang kekonon kicik tapi gagah ni. haha. lalu aku pun terfikirlah, selama aku menconteng.. eh menaip kat sini dari zaman nak SPM sampai lah sekarang, rasa macam hampir takde atau memang takde kot entri entri yang boleh bagi manfaat kat orang lain. bagi manfaat kat diri sendirik pun aku taktau la ada ke tak. sepuluh taon duk menulis entah ada ke tak yang berfaedah.
tapi bila fikir balik, takpelah ni sebenarnya macam diari yang tak private yang aku tulis untuk diri sendiri baca dan amik iktibar in future. haha baek punya alasan nak sedapkan hati kan.
jadi alang-alang tu, nak minta maaf kepada those yang happen to read this blog tapi tak dapat apape manfaat. aku hanya mampu citer pasal life yang takde citer menarik ini. haha. takpe takpe next time aku try tulis yang berfaedah sikit keyh. yang ada info ke apa kan. tapi ampa tanak baca pun takpa aku malu lah jugak wei orang baca aku merepek tahpape kat sini. *emoji sengih gedik tutup mulut ngan tangan*
ok so harini nak cakap benda random je.
aku kena start simpan duit secara konsisten. KENA KENA KENA! sebab taktau sampai bila akan tanam anggur. nasib baik laa keje kat suratchenta jugak so ada la rezeki income tiap bulan. tapi aku ni bangsa yang pantang ada duit sikit feeling kaya. kalau shopping beli benda benda nampak takpe ni taktao kemana hala titibe macam magik saya dah miskin balik.
jadi hari ini saya melancarkan tabung duit kertas hijau (rm5). cewahh nak tiru macam tips menyimpan yang orang dok share lah tu kan. aku dah ada tabung gajah sekoq yang kekadang isi kekadang tak tu. yang ni macam khas untuk rm5. tapi kan aku dapat rasa macam lambatt je nak penoh sebabnya bila aku pecahkan duit macam jarang je dapat duit hijau tu. tapi takpe, kite cube. aku semangat tabung balik ni sebab kak jijah dah boleh pecahkan tabung beli jam cantek dan mahai. haritu aku teman dia survey sampai dengan aku pun tergoda sekali balik dok gugel jam. tapi cheapskate macam aku taste kat jam murah je la. aku baru tau ratusan untuk jam itu normal. nasib baik taste aku kanak kanak je kalo tak jenuh. tapi habis setakat gugel je la tak lebih dari itu. esok orang cakap pasal nak pi perhentian aku dok gugel pakej holiday pulak. dia punya eksaited macam harini jugak nak pegi. pastu esoknya senyap la. jadi sebelum aku start fikir dan teringin yang bukan bukan baik simpan.
tapi jangan lupe bagi ummi dan adik adik yang belajar lagi ok sanad. yebaiklah saya tak lupa. sebab selalu fikir seronoknya jadi adik yang belajar masa kakak abang kerja nanti diorang bagi duit belanja. nak jugak bagi adik adik rase camtu. walopon ummi dah bagi diorang jugak kan :)
and aku selalu ingat benda ni. everytime kita terlintas untuk sedekah, sedekahlah. walaupun tak selalu buat jugak kan, aku pun tengah try jugak ni untuk didik diri amalkan. sebab aku tau aku ni masa takde duit selalu la berazam kalau ada duit nak derma apa suma tapi bila berduit sikit lupe. huhu.
ok tu je la bebelan harini. walopon tajuk macam tak random, macam biasa ah ikut dan aku jer nak cakap pasal apa. haha.
babaiii
haa saje tepek gambar ni sebagai hiasan. satu ketika dulu lepas frust
jam adidas yang dah pakai bertahun rosak, sementara nak anta dia repair kononnye (last last taktau kemana hala di hilang) aku pakai jam ni je. zaman
belaja uia dulu. tapi bukan ori, 10 hengget punya je. tapi best jugak,
bermacam warna aku kumpul, siap orang tegur cantek leh bagi camtu je. ko
mampu? haha. paling best siap pengaruh kekawan lagi. tapi walopon 10
hengget ada yang aku sempat pakai setahun tau sebelum dia gelong. haritu time teman jijah suvey suvey jam dia aku usha usha jugak, yang model ni yang ada sekarang yang warna hitam, pastu tali silver dan yang kaler gold. yang kalerful ni aku rase macam tak pernah jumpa kat kedai jam. kat pasar malam banyak hahaha. rasanya dah takde kot ataupun dia memang limited edition. gold smart weh aku hampir terguda tapi aku cecepat menahan diri. macam nak beli jam riban riban dia punya menahan diri tu. malu aku dengan diri senirik orang suvey jam fossil, guess dan sengakatan, aku dok kelabu mata tengok jam olskool je. sebbaik gak casio. kalo miki maus? tapi mickey mouse pun kemungkinan tu ada. haha. takpelah aku takde rasa nak pakai jam lagi. bagi aku survey dulu 3-4 bulan lagi. silap silap bulan depan beli jam. hahaha lempang. godaan sekeliling banyak sangat weh.
mak ai panjang lak caption gambar. aku nak cite pasal menabung je titiba jadi pasal jam. nampak sangat bab perabih duit eksaited nak cite kaan. haha.
ok babai.
Langgan:
Catatan (Atom)











