Isnin, 23 Februari 2015

wuwuwuw

ok nampaknya janji palsu lagi sekali. maafkan saya iEe! (sebab nampak iEe komen) cuti ompek hari masa bagaikan habuk berterbangan titiba je dah habis pastu tensyen sesekor.

minggu ni adalah minggu sotong sedunia. hari penyampaian hadiah sabtu ni. diorang pegi pilih gua handle nasyid murid perempuan. masih tak mantap. solo yang dipilih aduhaii berrani kamu main tarik tali dengan muallimahs (sesuke pluralkan) kejap nak kejap tanak. aku dah la jenis malas layan set set ngengada ni. tak bagi masuk terus kangg haa. pastu buku program belum banyak progres pastu minggu ni pulak jadi guru bertugas pastu kena settle bahagian hadiah jugak. pastu rasa macam nak tumbuhkan tangan banyak banyak macam sotong.

tapi aku cuba aa kan untuk tak mengeluh. dengan kapasiti aku ni, ngeluh2 pun bukan bawak kemana. dah la lembab, suke tido pulak tuuuu hahaha.

ok dah puas hati dapat bebel kat diri sendiri.

ps: iols saja update belog sebab macam happy jumpa laptop bole? alasan la kot ada yang cakap dah tau bizi lagi mau apdet belog.

okbaii

Selasa, 17 Februari 2015

cuti empat hari. berukbeng dah hidup.

boleh bebel banyak banyak.

tungguuuu

Ahad, 15 Februari 2015

(:


but i have nothing good to offer. the only thing that i do better is feeling sorry.

sangat loser.

Khamis, 12 Februari 2015

bau bauan hujung minggu ;

i need a vacation.

wahh titiba kan. takde kene mengena dengan tajuk. penat weh. actually bukan penat sangat pun. penat jadi orang yang berterabur hahaha. rasa macam diri ini banyak benda perlu dibaiki. cuti weekend dua hari tak cukup. camana laa nak start jadi seorang yang organized kan.

tengok tu time tulis ni pun sempat lagi rasa mengantuk. ishh.

cuti sekulah bulan 3 kemarilah cepat sikit. nak lari jumpe dadah dadahku ni.


mutiara kata untok hari ini

Ahad, 8 Februari 2015

kekadang rasa macam dah banyak sangat asyik bercakap tentang diri sendiri.

perlu kurangkan bercakap dan banyakkan mendengar.

i'm lucky to have kawan kawan dan orang sekeliling yang sungguh caring rajin bertanya khabar. tapi aku? sangatlah tak pandai. bila orang cerita je baru dengar, baru nak care. balik balik orang yg tanya khabar aku. teruknyaa.

mari jadi seorang yang care for others more syanad. boleh kikis sikit sikap suke mengeluh suke rasa diri penat suke rasa diri bizi sebab tu tak tanya khabar kawan kawan.

banyakkan mendengar dari bercakap tentang diri sendiri byk sangat. entah entah orang bosan dengar kan.

Selasa, 3 Februari 2015

menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga ;

ohoii daku sudah gila bayang sama ini pulauu. dah lama dah jatuh cinta sejak gila dengan cite laskar pelangi dulu tapi sejak akhir akhir ni datang balik angau tu. gara gara tertengok rancangan memasak apentah kat tv3 dorang pegi sana. nak kumpol duit nak gi hanimun dengan jijah kat sana sebab dia je lagi sorang yang aku kenal yang dok gila bayang dengan pulau ni. tapi kalo hanimun lain satu hari nanti kalau kat sini pon syok gak. EH *pangg kena pelempang*


pantai tanjung tinggi aka pantai laskar pelangi


walopon tidak sefemes tempat yang biasa didengari tapi keindahan ciptaan Allah kat sana memang subhanallah cantikkk. lagipun iols memang minat dengan tempat cantek yang jarang orang sebut. baru rare kan (bajet rare) pastu silap silap sampai tempat ni femes aku tak sampai sampai lagi. jadi promoterr manjang. haha. 

jomm kumpul duit sanad. sambil isi tabung umrah buat tabung satu lagi. namanya tabung laskar pelangi. gituhh. nak plan yang dalam msia pun tak jadi jadi ceh. tape tape kita angan angan je dulu. tercapai ke tak belakang kira.
baca balik nak amek feel

Sabtu, 31 Januari 2015

dilema antara nak drive sendiri nak pegi keja dan mak yang tak berapa nak bagi drive tapi at the same time dia pun penat dok ulang alik.

aku kalau umi cakap ok tapi dalam hati tak berapa ok memang terus tak konfiden.

tapi sedikit steres la bila susah nak begerak ni. jadi orang terakhir kat sekolah, terpaksa colleagues tunggu atau kerani bagi pinjam kunci. nampak macam takde ape sangat tapi aku steresss bila diri sendiri menyusahkan orang ni.

nak tidoooo malas fikir.
benda kecik je pon takleh handle. how hopeless.