Selasa, 19 November 2013

rip gomak ;


gambar menandakan perasaan rindu nak balik kok lanas. tapi lambat lagi boleh balik. bulan 12 time pokde kawin. 

pokde adalah sebaya dengan aku. dan kenduri dia akan buat kat rumah kok lanas. kekadang tuh bila umi nak ngajak sedara sedara jauh & jiran dia buat ayat camni, "datangla kita buat kenduri kawen bulan 12 ni". lalu semua pandangan menghala ke arahku. -_-"

biasa la tu kan sekali sekala rindu family. tapi rindu nak balik sejak abah dah takde ni tak macam dulu. dulu excited sekarang macam excited tapi sedih pun ada. camtu la.

oh nak tau, baby baby kucing kami dah mati 3 ekor. huhu T_T sedih gila. gomak, hachiko & dickson dah mati. sekor lagi tu pun macam tunggu masa je. semua sakit. taktau la keracunan ke apa. siyes dah jatuh sayang sebenarnya, bila tengok gambar dorang balik bergenang jugak la air mata. especially gomak. first time la rasa camni bila kucing mati. masa 1st anak kucing datang umah haritu pun mati jugak tapi tak la sedih sangat.

tapi yang steres, aku je la yang beria sedih. tuan kucing rileks je. sabo je la. bila dah camni rasa taknak bela lagi. aku ni bukan boleh handle kematian sangat. tak larat menanggung sedih.

Gomak. Rindunya.

Tinggal yang 3 colors tu je. tu pun taktau ada lagi ke tak sebab diorang kat rumah tak inform pun

minggu konvokesyen uia baru je tamat. most of my batch mates graduate tahun ni. tapi aku tak pergi pun. sebab hari ahad malas gila nak turun plus takde gang. nampak tak teruk punya perangai. stabaz (pesta konvo) pun tak pergi. pergi kejap je petang hari last tu pun tak round pergi booth yang kedua dari depan. tapi tahun tahun sudah pun camtu gak. first year dulu je semangat sebab yelah pengalaman pertama gitu kan. sekarang ni dah macam the grinch konvo pun ada. tengok orang konvo reramai kawan aku duk terfikir adakah nanti konvo aku bergambar dengan cah, nadja & zue jer? haha. dah takde kawan kat uia ni.


tapi macam mana dull pun kehidupan sepanjang kat sini aku pasti nanti dah blah dari sini konfem sedih dan rindu dan teringat. 4 tahun weh. walaupun most of my times are spent dalam bilik kan. banyak jugak la benda belajar dalam hidup sepanjang kat sini. perasaan dia macam, aku taktau la aku patut sayang ke tak tempat ni sebab tak berapa nak happy kan kat sini tapi yang pasti aku akan rindu.

tak sampai dua bulan lagi. tapi cuak tu tetap ada sebab banyak main. kalau kena repeat paper mampos den.

kekadang dalam hidup ni, in order to jaga hati & hormat perasaan others, we have to hurt others. i'm sorry. its for your own good. tak semua benda dalam fantasi kita can be applied in reality. kena terimalah. if u think u are hurt, its two times hurtful for me actually. lets dont be selfish.

Ahad, 3 November 2013

meow ;

its already november.

tak sabar nak habis sem tapi kekadang seram sejuk bila imaginasi liar aku membayangkan benda benda macam sangkut paper. haish takut. nauzubillah mintak dijauhkan.

tapi malas duk takat tu je jugak -_-'

family kitorang for the first time bela kucing secara serius. serius maksudnya beli makanan syampu apa suma tu la. before ni tak pernah bela sebab ummi abah tak minat kucing. yang minat gila pun hilmi dengan alip tu pun setakat bagi kucing jiran makan je la. lepas pindah masuk rumah kok lanas awal tahun haritu ada la beberapa ekor kucing jiran datang lepak. ada yang jirann terus bagi, beranak apa suma. so kitorang decide untuk bela je. buat kawan alip. sian kenik kat rumah ada mek & tok ayah je, kawan pun takde so main dengan kucing je la.

umi pun layankan, beria beli rumah depa. nasib kat kok lanas ada je kedai jual sangkar sangkar ni. kalau tak umi nak bertukang je buat sendiri. kitorang masa kecik kecik (biasa la budak kecik suma suka kucing kan) bagi makan camtu-camtu je tak pernah ada kucing sebab umi abah tak bagi. lagipun bagus jugak sebab nak ajar alif responsibility. kucing kucing ni suma kucing dia kan, so if berak ke apa kat tempat yang sepatutnya dia la yang kena cuci. kitorang cakap, if tak responsible kitorang  buang. nampak tak permainan kakak abang, bila berak terus jadi kucing alip. haha. ada satu hari tu baby kucing ni berak kat tangga depan, subuh subuh lagi alif bangun cuci, takut kena marah punya pasal. biasa bukan main susah dia nak bangun. ha tau takut. 

babies. dari kiri dickson, gomak, hachiko & kittypiti. 

omak eh. nama coco.
yang hitam nama dickson sempena nama player nigerian team the red warriors, dickson nwakaeme -_-' biasa la alif sekarang kan dah jadi mat kelate. dah la jadi mat kelate, gila bola pulak. aku pun konpius mana dia dapat kegilaan tersebut. baru setahun duduk kelantan. sebut je la liga apa, dalam ke luar negara ke suma dia tau. takde siapa ajar. aku syak, belajar time duduk dengan ayah ngah kat kota bharu haritu kot. biasa la budak budak kan. tapi helmi tak macam tu pulak dulu. alif ni tahap 70% baju dia sekarang kategori jersi je.

honestly, aku ni bukan jenis penyayang terhadap kucing sangat pun. tak takut, tapi takde perasaan. nak pegang angkat apa semua boleh, tapi agak awkward nak sayang sayang bual bual apa suma tu. memang tak dapat nak mendalami perasaan orang suka binatang especially bila depa cakap berbual dengan kucing ke. kerut kerut dahi nak faham. dah la gua ramai kengkawan sayang kucing stok buat kucing macam anak sendiri gitu. aku ni ketara tak romantik lansung (eh apa kaitan?) tapi lepas dah bela, jadi tukang bagi makan tukang mandi apa suma, aku start memandang kucing kucing di sekeliling in a new light. dan aku juga tanpa sedar start bercakap dengan budak budak kecik ni (dickson, gomak, kitipiti & chiko). dengan coco pun boleh ajak ajak teman jemur baju kat luar rumah. kucing kucing mahalah pun kalau dulu pandang sebelah mata je sekarang rasa concern je dengan depa.

sebenarnya betullah orang cakap, tak kenal maka tak cinta. wah gitu. memang ada orang yang memang sayang kucing tapi untuk yang tak tu the feelings can be developed. aku pernah tengok sorang kawan ni memang kategori takut tahap alergik la dengan kucing. tapi bila family dia start bela, dia la yang jadi tukang bawak kucing pergi vet. hehe. aku ni pun takdela penyayang gila sampai nampak kucing tepi jalan sanggup berhenti berbual seketika. tapi boleh la nak usap usap ke bagi makan ke. lagipun aku ok je dengan kucing, kucing yang taknak dengan aku. suma mengelak bila aku panggil. kalau nak dukung pun meronta melepaskan diri. ceh. maybe sebab pendekatan nak approach diorang kot. nampak macam pembuli. haha

try la bela sekor, tak rugi pun. binatang kesayangan rasulullah pula tu kan. lagipun selalu dengar orang cakap, murah rezeki kalau kita bela kucing & bagi makan kucing. sebab katanya diorang ni akan mendoakan those yang bagi diorang makan. insyaAllah (:

Sabtu, 26 Oktober 2013


hermit mode. 

takde mood nak jumpa orang tapi kena jumpa orang jugak. 

haih.

Selasa, 22 Oktober 2013

poca and guri ;


dulu tengok wgm taeun je. sekarang both new couples pun ku dah terlayan sekali. rosak rosakk. 

and i ship this couple dalam MV di atas. first, jung joon young is wanjon nae style. hahaha gituhh. rocker, muka tak lively, nampak depressed tapi kelakar jugak. tak suka outdoor stuff, beruang kutub kinda personality. tapi part gamer tu aku tak pasti aku taste ke tak. haha. tapi part rocker & tak bersukan tu memang i loike. 

and wife dia pun comel walaupun dalam rooftop prince aku geram nak carik carik je muka dia hahaha. ala watak dalam drama jer tuh.

habih lagu mamat ni aku download. tapi bukan sebab dia dalam wgm la. sebab suara dia memang sedap & lagu memang feel nak dengar memalam before tidur.

tak sabar nak tunggu onew keluar album solo genre rock/pop rock/modern rock. eh.

yer suara onew masih win hihihi.






hidup lagu rock.

Rabu, 9 Oktober 2013

kuih bangkit ;

wuhu another antologi puisi collection. ni pun even lari bajet beli jugak sebab malas beli online bazir duit postage.

dah berbulan bintang peram perasaan malas ni. dah jadi penyakit. aku pun tak tau ah nak seluk kat celah mana lagi benda yang boleh dijadikan motivasi. berapa bulan je lagi tinggal tapi dah tak mampu nak bawak diri. nasib baik tak banyak subjek. kalau tak dah tunggang terbalik manage diri. dulu ambik  banyak subjek plus busy kelab pun boleh survive. sekarang ni macam tak mampu je. entah kenapa.

dan makin hari makin malas jumpa orang. kalau boleh lepas kelas atau tiap kali gap before kelas nak terus balik bilik hadap katil atau laptop. rasa useless je.

banyak benda boleh dijadikan sebab tapi aku rasa baik salahkan diri sendiri je la. sebab benda lain tu hujung hujungnya akan nampak macam alasan je. sebab sudah tentu Tuhan tak bagi dugaan yang kita tak mampu hadap kan. so diri sendiri je lah masalahnya.

and aku taktaulah kalau aku dah pernah post pasal malas ni kan. rasa macam dah lama sangat hidup dalam timbunan kemalasan ni.

bangun wey.

"mimpi sudah habis
ayam sudah kokok

bangkit"

--FJ

Sabtu, 5 Oktober 2013

shinee's back back back ;


berapa kali back daa tahun ni. haha.

papepun cant wait.

06-10-2013. 8pm KST (7pm MYT)

Jumaat, 4 Oktober 2013





happy happiest birthday baby brother.

our sikenik dah besar dah. dah 10 tahun. rasa macam baru je lagi masuk pra sekolah. dah abang abang dah sekarang.

went through his photos just now, sedih pulak rasa. first sebab tak sangka dah besar dah budak ni walaupun perangai tu tak berubah mana. second sebab aku malas sikit nak belek gambar lately sebab bila terjumpa gambar arwah abah perasaan dia macam dikejutkan dari mimpi. macam baru teringat yang dia dah takde dengan kami. kalau tak tengok dok rasa dia ada je.

alfatihah--

semoga muhammad alif farhan hasdi menjadi anak yang soleh yang tak pernah lupa untuk doakan ummi & abah, yang amalannya sentiasa dapat jadi saham ummi & abah kat akhirat nanti. ameen.