Sabtu, 11 Mei 2013

the misconceptions of me ;


part two of the third album. the miscnceptions of me.

i think i'm loving this album the most. suma lagu best. and i dont know why i like the other songs in this album more than the tittle track (Why So Serious). tapi why so serious pun best jugak lah.

aku taktau la kenapa aku suka sangat siap rasa menyesal beli chapter one. haha. taktau la apa yang best mungkin sebab genre & konsep lagu dia macam in dengan aku. lagu-lagu dia macam creepy mysterious haunting gitu. dark concept. sebab tu la kalau tengok MV why so serious ada dance moves macam zombie zombie tu kan. 

mula mula macam tak semangat dengan comeback yang ni sebab they're promoting without jonghyun. dia accident dan patah hidung. tengah dalam proses untuk recover. memang tak best sangat la tengok MV berempat je. papaepon suara dia still ada dalam full album. lets just hope dia cecepat sihat and sempat join promotion.

lagi satu suka this album sebab lagu lagunya unik sikit. lain sikit dari konsep biasa shinee. dia bila first time dengar macam biasa je tak menarik sangat tapi bila banyak kali dengar best pulak. ala tapi lagu kpop kan selalu semua camtu kan. pelik betul. first dengar, lagu amendaaa lah ni tapi lama-lama ha sudahh takleh berenti la puleks.

title track: Why So Serious. lagu ni katanya genre funk rok. tapi yang uniknya lirik dia memang citer pasal zombie yang jatuh cinta tapi lagu dia tak creepy macam zombie la kan. 



my fave, Orgel. bunyi music box mula mula tu macam pehh seramm tapi hypnotizing. creepy tapi menarik telinga untuk mendengar. tak silap orgel ni maksud dia music box. bahasa apa tak sure. aku kalau bunyi music box ni mengingatkan kepada badut. ala yang music box ada clown tu. clown sebenarnya adalah antara benda yang aku takut dalam dunia ni tapi entah kenapa lagu ni macam tempting je mendengarnya. 


tracklist:

No.TitleLyricsMusicLength
1."Nightmare"  Kim Bo MinHitchhiker3:37
2."Why So Serious?"  KenzieKenzie, Kim Cheong Bae, Andrew Choi3:40
3."SHINe" (Medusa I)Misfit, Choi MinhoTeddy Riley, Red Rocket, Kim Tae Seong, Andrew Choi3:49
4."Music Box" (Orgel)Kim JonghyunChoi MinhoIain James Farquharson, Christoper Lee-Joe, Mikko Paavola, Philipe-Marc Anquetil3:26
5."Dangerous" (Medusa II)Jo Yun Kyeong, Kim JonghyunTeddy Riley, Red Rocket, Kim Tae Seong, Andrew Choi3:32
6."Like a Fire"  Min Yeong JaeThomas Troelsen, Herbert St. Clair, Crichlow3:42
7."Excuse Me Miss"  Kim Bo Min, Choi MinhoAmanshia Nunoo, Dwayne Fyne, Ryan Jhun3:42
8."Evil"  Kenzie, Fridolin Nordsoe Schjoldan, Frederik Tao Nordsoe SchjoldanKenzie, Fridolin Nordsoe Schjoldan, Frederik Tao Nordsoe Schjoldan3:27
9."Can't Leave" (Sleepless Night)Shim ChangminChoi MinhoIm Kwang Ok, Matthew Tishler4:41
*copied from wikipedia

lagu lain pun suma best. tapi tak pandai nak menerangkan satu satu sebab saya bukanlah pakar bidang muzik ker kann. aku taktau la memang diorang plan macam tu tapi apa yang aku perasan suma lagu dalam chapter 1 adalah macam sama jenis & macam tu jugak chapter 2. so basically dudua chapter adalah berlainan konsep.

tapi aku suka jugak part one sebab lagu lagu dia ada 80s feeling. its just that aku rasa album yang ni lain dari konsep shinee yang biasa kita dengar. 

sukanya lah kan aku kat saini ni sampai rajin bona buat review album. tapi serius try lah mendengarnya anda pasti tak menyesal. hehe.

ni dia punya highlight medley if u want some idea of how the songs in the album sound like


aku recommend Orgel. SHINe pun best. bila dengar teringat lagu lagu zaman boybands 90an. nsync bsb gituh. ada jugak macam michael jackson. shinee ni kalau perasan lagu lagu depa macam ada bunyi bunyi lagu MJ sikit. ok fine la atau mungkin jjong punya suara ada michael jackson feel menyebabkan lagu lagu depa jadi camtu kan. ahah.

tapi suma lah best kut. and i think its not too much if i say all the songs can be the tittle tracks. harr nampak tak? to that extent tau. 

keep on shining shinee! 

Jumaat, 3 Mei 2013


salam'alaykum,

peh kosong gila uia harini. cuti midsem pun tak sekosong ni. suma orang dah balik mengundi atau cuti mengundi untuk yg tak mengundi. 

aku balik either malam ni atau esok. sepatutnya malam ni balik dengan cikdi tapi umi buat seprais pulak titiba je call cakap on their way datang gombak semalam. harini umi kena pergi kementerian pelajaran kat putrajaya. 

so just nak cakap selamat mengundi dan juga all the best mengudi untuk yang mengundi pertama kali. kalau tak tau lagi nak undi saper tu masih belum terlambat buat solat sunat istikharah. dan kepada yang dah yakin nak undi siapa jangan lupa doakan kemenangan dan doakan yang terbaik.

selamat pulang ke kampung halaman dan selamat mengundi.

oh aku boleh mengundi ke tak? malas nak citer panjang tapi yang pastinya diriku berasa sungguh jeles dengan bangla bangla di luar sana yang boleh mengundi. cis.




sekadar gambar hiasan. mihmihmih.

Isnin, 29 April 2013

mani bogoshipda ;

perasaan ni mungkin hanya orang yang pernah rasa kehilangan orang yang paling mereka sayang je tau. hilang yang tak mungkin akan jumpa lagi kat dunia ni.

bila kehidupan dah kembali normal, thats when i realised that i no longer have abah in my life. bila kehidupan dah kembali normal, baru rasa tersedar yang aku takkan dapat jumpa abah dah sampai bila bila. bila kehidupan dah kembali normal, semua benda yang aku buat, semua tempat yang aku pergi mengingatkan tentang abah. bila kehidupan dah kembali normal, baru tersedar ada banyak sangat benda yang biasa buat dengan abah. bila kehidupan dah kembali normal, baru tersedar yang aku banyak sangat benda nak borak dengan abah. bila kehidupan dah kembali normal, baru tersedar yang seumur hidup ni segenap segi kehidupan dipenuhi abah. bila kehidupan dah kembali normal, baru teringat yang aku sebenarnya susah kalau takde abah.

bila kehidupan dah kembali normal seolah macam aku finally terjaga dari mimpi. dan mimpi tu jadi kenyataan.

i never experience this kind of feeling before. i didnt know that it hurts like this. 

everything wont be normal ever again.

my world wont be the same without you, abah.

al-fatihah..


Selasa, 23 April 2013

walaupun orang kata past is past, kadang kadang bila someone pernah hurt kita, susah betul nak lupa kan. kita still rasa ada potential untuk orang tu buat benda sama lagi kan.

kadang kadang kita lupa dah pun all the horrible things tapi kekadang bila perasaan tu datang balik, sakit yang menyucuk kat hati tu still sama.

kadang kadang benda dah berubah pun, tapi untuk bina semula kepercayaan tu bukan senang. 

aku takleh nak kawal apa hati aku rasa. jadi untuk mengelakkan sakit hati aku malas fikir buat bodoh sajork.

dan malas letakkan kepercayaan sebab kepercayaan akan jadi harapan.

so aku rasa kalau dua benda ni aku tak letak if anything happens, hati aku akan kebal.

untuk beberapa tahun ni aku rasa aku sangat heartless, kebal, gagah, besi dah segalanya yang berkaitan.

serius aku tak ingat dah sebanyak mana hurtful things yang aku dah lalui. tapi aku lupa aku ada tulis somewhere. dan aku terbaca. dan aku terkejut. aku sebodoh tu ke dulu? macam tu ke yang aku kena dulu? titiba satu satu yang aku taknak ingat tu keluar.

dan aku tak sangka sampai jadi nightmare.

aku tak tau fobia dan trauma tu macam mana. macam ni ke?

aku rasa macam nak lari tapi..

dah ah malas nak fikir.

aku sebenarnya dah jadi manusia malas berfikir sejak empat tahun lepas. 

it was just a nightmare. things wont be the same. my heart is not the same.

kalau benda sama jadi lagi, tu lah masanya untuk completely dissapear.

Sabtu, 13 April 2013

#AppaEodiga









cr: dad where are we going ep6

budak umo 7 tahun cakap benda camni boleh?
kalau lah dapat anak se sweet ni memang menangis terharu je la citenyer.

lambat sikit sebenarnya tengok. sekarang dah sampai belas belas episod kot. aku baru tengok sampai 6 je. haritu tak berani nak tengok sebab takut hooked lagi lagi tengah bz ni. and mula mula ingatkan drama. download 1st ep for a try. sebab selalu kalau drama, pas tengok 1st ep aku postone nanti nanti plak tengok. tapi rupanya variety show. dah la ada kanak kanak. aku pun meredhakan diri ini lekat tengok hari hari. even shinee one fine day pun lupa nak tengok dah. haha.

dia macam family outing tapi ayah dengan anak kandung. memang best la boleh tengok macam mana the dads treat their children. just like other variety shows kita boleh tengok mcm mana perangai masing masing, and kali ni budak budak. mesti la true colors je yg kite nampak. comel je. ada yang cengeng, yg cool gila, yang taknak amek tau. takleh nak decide suka sapa sebab suma pun comel. haha. ayah ayah dia celebrities. ada annoucer, penyanyi, pelakon n pemain bolasepak.

try ah tengok. mesti hooked punya. haha. aku tengok kat sini


Selasa, 9 April 2013

Isnin, 8 April 2013

makangthon ;


aku memang jenis yang membosankan kalau bab makan. not that aku memilih tapi sebab tak pandai pilih i tend to go with the same menu everyday. sampai bosan. bila dah start makan yang tu, benda sama la yang aku akan makan sebulan dua akan datang. haha.

sebab tu kalau keluar dengan kawan kawan aku pantang betul bila orang suruh aku decide or suggest makan mana. more to jadi pantang orang lah kut. memang hangen je nak tunggu aku bagi cadangan. sebab aku memang tak peduli sangat nak makan mana. janji makan. aku takut kalau bagi suggestion karang lagi orang naik angin je. sebab yang aku tau kfc je. haha.

mebi sebab aku suka je apa jenis makanan kut. prinsip aku bukan janji sedap, janji kenyang. dan janji ko makan. 

ok sebenaqnya nak citer pasal makanan yang menggiurkan kat atas tuh. burger kat mahallah halimah muahaha. beria padahal kat mahalah sendiri. ni pun nadja yang duduk kat mahalah lain promote. before ni aku tengok je dari jauh tak penah try. tapi bila dah tryy, hari hari lah pulok dok makan benda ni. kalo tak bulan lepas dok chicken chop halimah je memanjang. nadja cakap untung duduk halimah banyak gile choices makanan. tu pun aku dok ulang chicken chop dengan ayam penyet je. gila takde life kan. 

apa yang membuatkan ia menjadi ketagihan adalah sos yang banjir banjir dan juga cheese yang melimpah ruah. sedap. harga standard la kalau special daging cheese rm 3.60. not bad la kan.

kite tengok sampai bila aku mampu makan yang ni je.